doa2 amalan

DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA



Allahummaftah ‘alaya futuuhal ‘arifiin. Wa faqqihni fiiddiin.

“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”

DO’A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS





Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli.

“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”

DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL




Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”

p/s jika dulu semasa sekolah rendah..sewaktu hendak mulakan kelas pendidikan agama islam..ustaz/ustazah akan arahkan anak2 muridnya menadah tangan dan doa dibaca sebelum memulakan pembelajaran...tetapi semakin kita ni dewasa...ingatkah kita amalan2 doa sebelum menuntut ilmu ini..tak kiralah..sijil/ ijazah/master/Phd/Post Doc..yg penting ilmu2 yg bermanfaat...fikir2kanlah...

sumber

Comments

Popular Posts