My Gynae Story PART 3(laparotomy kali kedua)
Semasa aku menulis tentang laparotomy kali kedua ini..aku masih berada di hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah untuk menghabiskan tempoh antibiotik.
Keputusan untuk pembedahan kali kedua ini adalah selepas pemeriksaan pakar pada 10.3.2026.Semasa pemeriksaan, dr suspek terdapat “gapping” pada luka jahitan di vault. Plan asal, hanyalah untuk menjahit semula luka pembedahan ku ,dan membuat pemeriksaan semasa bius. Namun keputusan iu bertukar apabila finding baru . Maka 11.3 itu aku. masuk wad semula,dan 12.3 aku dijadualkan sebagai kes pertama yang akan dipanggil ke bilik pembedahan hari ittu. Agak sebak juga, memandangkan tarikh itu adalah tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang ke-21 tahun.
Setelah melalui pembedahan hampir 4 jam,dan kali ini pasukan pembedahan juga di panggil menyertai pembedahan ini.Finding mungkin aku tidak perlu kongsikan dis ini,memandangkan terlalu complicated.
Selepas pembedahan aku ditempatkan di wad k4 di bahagian acute katil 4.Kali ini aku terpaksa di tahan lebih lama sehinggakan terpaksa beraya di dalam wad.Alhamdulillah aku berasa sihat , cuma menghitung hari utk melengkapkan antibiotik sehingga 2 minggu.

Comments