keluarga keduaku...

10 tahun berada di ETD Likas(now Hwkks)memberi bukan sedikit tetapi banyak pengalaman pahit manis.Apabila ukhuwah dalam jabatan ini sudah sebati,  serasi dan berakar umbi...segala pahit manis, sedih duka akan menjadi perkongsian bersama... 
Datang dan pergi silih berganti namun setiap yg menjadi ahli baru di jabatan ini juga akan menjadi adik beradik yang saling memahami antara satu sama lain. Dan yang meninggalkan Jabatan ini pasti tetap menjadi sahabat sejati...Semua kami sudah sebagai keluarga, rakan bergosip mengalahkan wartawan melodi, tapi bekerja serius demi sebuah profesionalisma.
Di sebalik suka kadang duka juga tidak kurang menerpa.Mana mungkin hati ini tenang sekiranya salah seorang ahli keluarga ini ditimpa musibah apatah lg yg membawa kepada sesuatu kehilangan... Rasanya perit dan pahit... Namun hakikatnya pahit itu terpaksa juga di telan perlahan2.Duhai hati sabarlah itulah rencah kehidupan, bak kata seorang sahabat perkara itu pun sama sekiranya berada di tempat lain.Mungkin ya mungkin tidak kerana bagiku ETD inilah yang terbaik!!Minggu ni ada dua musibah menimpa keluarga ETD, kedua2 nya bekas staf, seorang meninggal kerana masalah kesihatan dan seorang lagi kemalangan dan keadaan nya membuatkN fikiran ini tidak tidur malam, siang pun tidak tenang.Semasa blog ni dikemaskini alhamdulillah keadaannya bertambah baik...hatiku ini rapuh... Mohon jangan ada lagi musibah yang boleh menghancur remukannya

Comments

Popular Posts