Sunday, 30 November 2008

gelora di hati sara...



Kisah Gelora Di Hati Sara bermula dengan kepulangan Asrul dan Sara yang baru menamatkan pengajian dari luar negara ke Malaysia. Di luar pengetahuan keluarga masing-masing, mereka sebenarnya telah bernikah namun perkara itu terpaksa disembunyikan kerana bimbang sikap keluarga Asrul terutama ibunya, Datin Maria yang tidak suka anak-anaknya berkahwin dengan pilihan sendiri. Apatahalagi ibunya menghidap penyakit jantung.

Asrul meminta Sara bersabar dengan situasi mereka itu yang terpaksa menjalani kehidupan suami isteri secara sembunyi. Namun kesabaran Sara ada hadnya apatahlagi apabila membayangkan tempat isteri adalah di sisi suami. Sara mula mencari jalan bagaimana mahu mendampingi Asrul. Kebetulan syarikat keluarga Asrul berdepan dengan kes saman daripada sebuah syarikat pelanggan.

more

ke hujung dunia

Ke Hujung Dunia

Bila kudengar lagu cinta
Tentang sepasang anak manusia
Yang sedang hanyut dibuai asmara
Beradu di dalam syurga loka
Yang amat indah

Pasti kukenangkan dirimu
Yang masih jauh di rantau orang
Lantas ku teringat kata-katamu
Yang kau ucapkan tika saat-saat
Kita berpisah

( korus )
Takkan bisa hatiku berubah
Bila di timpa dugaan dan badai melanda kita
Teguh berdiri cinta yang ada

Takkan bisa sekali-kali kasihku berubah
Bila bertindanan halangan tiba
Kesetiaanku tetap serupa
Kasih tak kan berubah

Ku percaya cinta harus bersama
Bukan terpisah ke hujung dunia
Ku cuba menanti
Walau lebih lama lagi
Andai kau benar-benar menyintai ku

Dari kaki tangga ke menara

Dari Kaki Tangga Ke Menara

Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi

( korus )
Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa
Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka

( 3 )
Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara

( 4 )
Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan

Thursday, 27 November 2008





Lusa ibu mertuaku akan balik semula ke Lahad Datu..itupun setelah aku berjaya mmujuknya untuk menangguhkan rancangannya untuk balik hari selasa lepas kepada hujung minggu sahaja...Alhamdulillah aku punya ibu mertua yang sangat sayangkan aku dan anak2ku...sayangnya memang umpama anak sendiri...so apabila dia menyatakan hasratnya untuk balik ke kampung memandangkan aku sudah agak sihat..hati ku jadi pilu..tambahan lagi..abang pulak akan pulang semula ke UK seminggu dari sekarang..
So hari ni aku ajak abang serta ayah dan ibu mertuaku untuk berkunjung ke kampung halamanku..seronok kerana di sana kakak ku yang sulung juga balik kerana cuti sekolah...FAteen pulak lagi happy kerana ada teman bermain iaitu Aliah...

Sunday, 23 November 2008






alhamdulillah..hari ni dah masuk hari ke 5 baby Faez...kehadirannya benar2 memberi erti...dan Fateen juga makin gembira kerana ada teman....cemburu?belum lagi kulihat di riak wajahnya..cuma kengkadang minta perhatian..lagi 2 minggu ayahnya akan kembali menyambung perjuangannya...di hati ini terdetik juga rasa sedih..tapi tidak ingin di nampakkan sangat ..lantaran tidak mahu fikiran abang nanti terganggu..berpantang kali ini di rumah sendiri dengan bantuan ibu mertuaku dan pembantu rumahku yang setia...
abang juga sdh banyak berkorban demi aku dan faez sejak dari aku sudah mula sarat...aku tahu abang pun risau..dan wajah abang semasa aku di bilik bersalin masih aku ingat..betapa risaunya abang..anak matanya tidak dialihkan melainkan merenung aku terus yang sudah tidak dapat menahan airmata sebak bila tahu perlu menjalankan pembedahan...selepas bersalin pun abanglah yang banyak membantu sejak di wad..dan yang sama 2 bersengkang mata jika baby faez bangun berkehendakkan keperluannya...terima kasih abang....luv u...

more picture here

Thursday, 20 November 2008

Faez Zakwan...


masa ni tgh tunggu discaj


Sebenarnya sunyi dari khabar berita 4 hari lepas kerana banyak sangat peristiwa yang berlaku...dan to be specific...berkaitan dengan kandunganku yang kedua...semenjak hari jumaat lepas aku sudah start merasai 'contraction"..on and off..dan yang paling kuat biasanya pada sebelah pagi/subuh...sehingga aku tidak dapat tidur..so semenjak itu aku berulang alik ke bilik penilaian(PAC:patient assessment centre) di Hospital LIkas..hingga yang ketiga kali iaitu 17/11..aku buat keputusan untuk masuk wad untuk observation...tapi last2..contraction itu subsided...then aku decide untuk berehat di rumah..dan minta MC seminggu..tapi belumpun cukup sehari aku di discaj...pagi 18/11/ seawal 230 pagi..aku sudah PROM(prelabour rupture of membrane)..mujur tiada contraction lagi masa tu,so cepat aku kejutkan abang,,untuk segera ke hospital..so aku di periksa..then terus ke labour room..untuk persediaan bersalin...since contraction aku tidak begitu "strong"..dan bukaan rahim pun baru 3 cm..so aku minta diberikan epidural(analgesic)memandangkan masih byk masa lagi untuk bertarung dengan kesakitan...jika dulu semasa fateen aku tidak request pun untuk itu memandangkan aku benar2 mahu tahu bagaimana sakitnya bersalin...so kali ni aku kira masa yg paling sesuai untuk bersalin tanpa kesakitan..setelah epidural diberikan..tiba2 aku developed allergi pada ubat yg diberi..suddenly felt itchiness all over the body,difficulty in breathing,dizziness...luckily it was subside after steroid given and antiinflammatory drug..so selepas tu..aku just tunggu my labour progress...without any pain...but unfortunately...5 hours after that my CTG(cardio-tocograph) showed Faez heartbeat was become bradycardic(slowdown from normal)..on each contraction...meanwhile my os opening still not progress well..still 5 cm after hours...so decided by the attending specialist..i have to go for emergency caeserian section..it was a straight forward decision..i have to agreed because it was about my baby Faez's life...i didn't want to keep him in that stress condition for another few hours!!...it might compromised my baby safety..so that's the story behind it..i was end up with emergency LSCS...

more photo here

Alhamdulillah...

just nak maklumkan Fateen Zawana dah jadi kakak kepada Faez Zakwan..yang selamat dilahirkan pada 18/11/08 melalui pembedahan. pada pukul 1.10 ptg di hospital Likas...plan asal memang hendak bersalin normal..tetapi baby developed fetal distress dalam masa proses kelahiran so terpaksa dilakukan secara emergency... namun alhamdulillah semuanya selamat...baby dan ibu sihat dan baru discaj dari hospital hari ini..gambar2 akan diupload kemudian

Sunday, 16 November 2008

bingkisan dari hati

sebenarnya teda idea mau tulis apa..tapi it's about my 39 weeks pregnancy today..if it is the same nature with my dear Fateen last time..today should be the day..but u know every single pregnancy have their own story...so shouldn't expected the same..so sama2lah kita tunggu dan lihat...bila ni baby Fa** mau kuar tinguk dunia luar...

gambar2 kenangan


ni dah pregnant fateen..masa tu baru 5 bulan lebih..


ni masa masih tinggal di kuarters lama depan HQE..


ni dalam labour room..tgh contraction..sempat lagi abang ambik gmbar guna pda phone dia..


ni masa honeymoon di Rasa ria resort...Tuaran..nice place..


masa ni belum ada camera lagi..pakai pda phone ja..bolehlah buat kenangan

banyak rupanya gambar2 kenangan dalam desktop satu lagi di rumah ni..satu yang best kalau lihat gambar2 dahulu...satu sebabnya..dulu masih slim gtu...hehe..so dihati terdetik..aku pernah juga kurus dulu bah..kah..kah..

jalan2 bawa perut

Hari sabtu semalam,family day-out...dah lama tak pergi ke city mall..kalau setahun dulu..kami pegi,kedai2 pun tak full lagi..but personally aku suka tempat ni..satu sebab parking nya still free seperti setahun dulu..and toiletnya yang bersih and FREE!!...aku rasa lagi ramai yang datang sini compare to 1 Borneo..tapi iyelah kalau tahun lepas pun macam tu juga city mall semasa kedai tak buka bayak lagi...sebenarnya bukan nak beli apa pun..cuma bawa perut boyot ni jenjalan..sebab kalau dudk rumah ja..asyik melayan contraction yang on and off ja...takpalah..no hurry..paling2 pun next week kena keja lagi seminggu kalau baby ni belum keluar minggu ni..

Kami kalau dah kluar jenjalan,memang terus dinner lepas solat dimasjid negeri..so kali ni first time makan semula pizza hut semenjak balik Mlaysia...makan di city mall..ramai sangat org sampai kena tunggu untuk seat...time ni lah seronok melihat karenah manusia...ada yang sabar menanti..ada yang mula buat bossy-style...kejap2 angkat tangan panggil waiter...minta itu ini...kami dah kira lama juga duduk di tempat duduk kami..tapi belum di ambil order lagi..kata kat abang..takpa...oklah tu..perut ni pun sebenarnya takdalah lapar sesangat..sebab dah mkn sikit tadi di wisma merdeka...so biar jek lah sampai masa di ambil order...so sambil2 tu melihat seribu macam karenah manusia..sebelah kami ada satu family...yang aku kira sudah ada di situ sebelum kami masuk tadi..nampak meja nya pun belum laplagi..tapi mereka dengan muka sabar masih setia menanti...dalam firasat ku..ordernya pun belum sampai lagi....berbangsa cina/kadazan....agak2 dalam lingkungan umur2 aku jugak...

ada satu meja lagi..dia baru saja sampai satu family kecik..anak sorang(mereka bertiga lah..mcm kami juga)...dan baru sahaja duduk di meja bertentangan dengan kami...aku kira kerusi nya belum sepanas kerusi kami lagi..sang isteri dah mula angkat tangan...aku kira adalah dalam 7-8 kali dia angkat tanagn di celah2 meja yang penuh di sekelilingnya tu..so waiter pun sibuk dengan pelanggan...so satu pun agaknya tidak perasan...so dengan muka benggang..wife tu meluru laju keluar dari restoran tu dengan muka tidak puas hati...sang suami pun mendukung si anak kecil dan ikut langkah kaki si isteri..ku jerling meja sebelah ku yang satu family tadi pun baru dapat minuman ringan ..so hmm..kami pun masih terlalu awal...then tidak lama selepas itu baru ada org ambil order..tapi aku rasa kalau kami datang ke restoran yang busy gtu time perut kosong dan berkeroncong better jangan ambik risiko...sebab takut2 nanti ada yang jadi singa...hehe

Begitulah karenah manusia..aku ingat di jabatan kecemasan sahaja org tak sabar 2 nak jumpa doktor especially kes2 yang di kategorikan hijau dan bukan kecemasan..itu yang samapai tak sudah2 telinga ini bingit mendengar komplen itu ini...semuanya berdasarkan sikap manusia...tapi aku taklah salahkan semua orang seratus peratus..sebab pesakit ni atau waris pesakit ni bukannya medical staff...bagi mereka apa sahaja jenis sakit..itu adalah emergency bagi mereka...tu sebab mereka datang kecemasan...

Tapi satu perkara yang org2 yang suka komplen macam ni kena ambil tahu..at least mereka kalau nak jumpa doktor di Malaysia ni sangat mudah dan senang...macam mau jumpa kwn2 jak..walk-in gtu..tapi kalau di UK sana kalau anak sakit demam panas pun mereka galakn kita rawat dulu sendiri..then dia akan bagi appointment 2-3 hari untuk jumpa doktor...kalau g walk-in center pun just dapat jumpa nurse saja...kalau kes2 emergency pun..bukan sembarang boleh walk-in ke ED...(except accident la)..kalau contoh appendiks...kena call ambulance dulu..then dia akan assessed dirumah..kalau perlu dia bawa ke ED naik ambulan s dia akan bawa ,kalau tidak dia akan bagi surat untuk dtg ED sendiri...so..kita di Malaysia sepatutnya bersyukur..kita dapat jumpa doktor dimana2..tak kira kena bayar(private) atau free(kat goverment)...so after this kena banyak sabar la kalau pegi jummpa dr di ED..sebab keutamaan untuk kes kategori merah/emergency seperti..accident/medical emergency seperti sakit jantung/pendarahan2 yang boleh bawa kepada shock jika tidak dirawat awal..susah bernafas.....and etc..nanati la saya put on thr proper list...ok adios...

Wednesday, 12 November 2008



dari tadi lagi aku dah sign in kat blog ni..kengkononnya nak buat entry baru...dah beberapa hari aku asyik jenguk je blog aku ni..takde mood agaknya...nak kata keja busy..takdelah juga..cuma lately..terasa perut aku ni dah semakin berat..

Tapi dalam keadaan sarat ini pun ,masih lagi rancak hendak mengajak abang window shopping...bukan apa aku fikir kalau aku dah bersalin,entah esok ke lusa..aku dah tak de peluang nak keluar shopping ngan abang..sebab tak lama lepas aku bersalin abang akan kembali menyambung pengajiannya..nk drive keta sendiri kat Sabah ni...hmm..lagi buat aku ngeri...last2 naik teksi je lah...

Sunday, 9 November 2008

my dear dept...


today is sunday..my 1st weekend since i am working as office hour...frankly speaking i never have an opportunity like this for a very2..long time...(let's talk about while im working rather than when i was spending my unpaid leave a year ago.that's different)because even before i m applied for my unpaid leave..we have not enough MO to cover all the shift available...we even have to beg for other department to send for 1-2 releive MO for at least 1-2 shift..we are suffered..totally suffered...can u just imagine if ur working non-stop for 7 days a week...and u couldn't see any space that u can apply for a single leave..becoz if u'r doing so..that's means u make ur colleagues more sufferer...

my dear pengarah offered me office hour work and have to concentrate more on management work...actually i'm not that preferred that management work...that makes me more distance from my patient...but since the offer will makes me spending more time with my dear Fateen and my future son..and have to manage my family alone after this(after my dear hubby return to UK for his study)..so i guess i better not to think too much..i should accept it...!!

Friday, 7 November 2008

Wanita....

Siti Nurhaliza - Wanita Lirik :-
Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Ku wanita.....
Yang hanya perlu kau fahami

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Wanita....ooo...
Ku wanita.... haaaa....
Wanita....

1Borneo







Hari ni kali kedua menjejakkan kaki ke 1BOrneo...selalunya abang susah betul di ajak hendak ke shopping complex yang baru tu..katanya ramai sangat umat manusia...sering buat dia sakit kepala..mungkin hari ni nasib kami baik...org dan kereta takdalah ramai mana..and parking kereta underground tu pun belum kena bayar apa2 lagi...walaubagaimana pun..belum jugak habis mengelilingi 1BOrneo tu lagi...tapi yang buat abang lagi excited hari ni...dia telah menjumpai satu lagi..hobby store..yg kedua di bandar KK ni..tapi of coz...harganya memang jauh lebih mahal kalau compare beli di UK...tapi apa2 pun..toy city dah ada di bandar KK ni..satu petanda baik..bahawa next time aku boleh ajak abg dtg sini lagi..yeah..yeah...

Wednesday, 5 November 2008

my dear abang...

Malam tadi..nda atau apa yg aku makan sampai diarrhea yg teruk juga...nasib baikla tandas duduk dan dalam bilk kami saja..tapi mau turun katil setiap kali mau pg toilet tu yg aku nda tahan...sdh lah perut aku ni terasa sangat berat sdh akhir2 ni...penat oo...terasa silap2 meneran(mengajan)boleh terberanak ooo...hubby pun asyik tanya aku apa yg boleh dia buat...sambil urut kaki,then dia carikan stok2 ubat yg ada di dapur,sib baik ada hyocine(buscopan) ...nasib baik after 6-7 kali g toilet baru terasa lega...dan bolehlah tidur sampai ke pagi...for abang thanks for ur concern...couldnt imagine kalau abang not here...luv u..

nasib HQE

Hari ni dah masuk hari ketiga aku masuk keja...dan hari ni hari kedua aku kena attend meeting sana situ sini...kengkadang rasa bersalah juga ngan MO yang buat syif,sebab terpaksa attend patient sorang2...tapi mcm tu lah kalau buat keja management...jauh sangat dengan ptient,dekat pulak ngan menda2 pengurusan...

Hari ni attend meeting dengan DG(director general)..Tan sri Dr Ismail Merican...berkenaan masalah hospital Queen Elizabeth yang baru2 ni dihebahkan tidak selamat untuk digunakan..hmm...so Hospital Likas pun kena tempiasnya....kerana terlibat dengan perpindahan pesakit2....

Kalau ikutkan taklimat yang diberi dari pihak JKNS...dan hasil laporan JKR dan Ikram...tower blok HQE banyak mengalami kerosakan dan keretakan...dan perlu dikosongkan untuk mengurangkan beban yang sedia ada...bukanlah bermaksud ianya akan runtuh dalam masa terdekat..tapi sekiranya ada gegaran(eg earthquake) this building will be collapse!!so...pening juga pengurusan HQE/dan beberapa hospital yang terlibat...KKM pulak pening memikirkan bajet...samada perlu beli bangunan hospital yang baru/tapak baru/atau alternatif yg lain...

sama2lah kita tunggu

Monday, 3 November 2008

welcome to Sabah...




i'm on air


ni di jeti marin ums
Yesterday we have friend visited us..so jalan2 sekitar bandar kota kinabalu..JJCM

today is the day...

hmm..hari ni adalah hari pertama aku start keja semula...debar?hehe memanglah berdebar...sebab bygkan ja tak aku sentuh menda2 medik ni selama setahun...tapi kelebihannya kali ni MO kami dah lebih dari cukup..sampai request aku nak keja ofis hour till bersalin pun dapat dipenuhi..alhamdulillah...soo tak delah istilah keja malam dan keja hujung 2 minggu...
berdebarnya nak keja pagi tadi sampai aku tak boleh lena tidur malam...hehe...apa ek?bkan apa aku takut terlajak tidur...al maklumlah setahun cuti melayan mata saja..hehe...

Saturday, 1 November 2008


Hari ni genaplah setahun aku bercuti.....and by right aku dah kena start keja hari ni..tapi memandangkan kebetulan jatuhnya harii sabtu..so tunggulah isnin ni untuk aku start enjin balik..hehe..saki baki(ada sehari setengah lagi)cuti ni..aku lebih suka ajak abang g keluar bandar...tak pun g mencari2 makan...hahaha..petang semalam berjaya juga akhirnya aku g facial centre...setelah setahun muka aku ni tak tersentuh...hmm..baru puas hati...cuma aku rindu nak urut satu badan ni..tapi memandangkan kebuncitan aku ni..manalah boleh kan...esok aku dah masuk "safety period"...atau "term"..37 weeks...so kalau baby F**z mau kuar sudi2kanlah...lagi cepat lagi bagus..hehe..boleh cuti lagi...kuang2..kuang..kalau ikut macam Fateen dulu..39 weeks...

tengah2 blogging ni..Fateen dan bapanya sedang berkaraoke di living hall...lepas ni nak kuar bandar jap...nak survey2 barang...as usual kat sini sangat panas...

ok..gtg for soalt asar...sebelum kuar jap lagi...