Sunday, 31 August 2008

Dapat artikel ni dari sini

PHD DAN RUMAH

Rumah yang saya sewa ini tergolong dalam kategori sedikit mahal, namun saya tiadapilihan lain. Secara peribadi saya bersetuju dengan kata-kata seorang Prof.Madya di UIA ketika membentangkan kertas kerjanya di Kursus Metodologi Penyelidikan di UIAM.

"Waktu buat PhD adalah satu waktu yang boleh sangat memerlukan kesabaran buat sebuah keluarga, terutamanya jika si suami yang menyambung PhD manakala isterinya tidak. Ini kerana sang isteri akan merasa kurang perhatian dari suami keran asuami terbeban dengan fikiran menyiapkan PhD, hingga menyebabkan tumpuannya kepada isteri dan anak-anak jatuh merudum. Jika tidak ditangani dengan baik, ada rumahtangga yang bergoncang kerananya" Demikian lebih kurang isinya.

Beliau menambah :

"bagi lelaki pula, ia berbeza jika si isteri yang menyambung PhD dan suami ikut bersama, ini kerana suami lebih bebas untuk ke sana sini, bekerja dan enjoy kehidupan mereka di negara asing ini. Keadaan ini jarang boleh dinikmati oleh isteri, jika suami yang belajar. Hasilnya tekanan ke atas suami adah kurang berbanding isteri. Tekanan ke atas isteri pula berganda"


Untuk itu, saya kira berkorban sedikit wang ringgit yang dikumpul dahulu untuk menyediakan rumah sewa yang lebih selesa adalah merupakan unsur tambahan yang penting buat keluarga saya terutamanya anak-anak yang inginkan ruang untuk berlari dan bermain.

Memang sangat benar, kemampuan sabar sang isteri amat amat diperlukan di ketika pembelajaran PhD ini. Suasana yang hampir sama juga ketika saya menyiapkan masters di Jordan dahulu.

nak baca lagi?MORE here



Salam ramadhan



Kami sekeluarga mengucapkan..selamat mempertingkatkan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia...semoga segala yang kita kerjakan di terima oleh Allah..insyaAllah

Saturday, 30 August 2008

Bajet 2009

Aku ambil yang berkenaan ja..hmm..bab kesihatan nampaknya tidak begitu menariklah..

Kakitangan kerajaan

bullet buttonBayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

bullet buttonTempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru

bullet buttonKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

bullet buttonBuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.

bullet buttonKelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.

bullet buttonKemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.


More

Friday, 29 August 2008

Tetamu


OMG...how "bloated" i am...hehe

Hari ni keluarga yang dtg dari Malaysia dah balik ke cardiff(destinasi seterusnya)...sebenarnya kalau ada tetamu Malaysia yang dtg ke UK(esp)...soton(khususnya)..ni terasa teruja...sebab bukan senang nak dapat visitor dari jauh..tapi ingatkan mereka nak stay until this Sunday..i was too excited sebenarnya nak bawa keluarga ni ke carboot sale..but apakan daya...mereka pun ada plan memasing...

Wednesday, 27 August 2008

Today...

Today we're expected a guest from Malaysia....
and today as well...our landlord planning to change a new boiler in the kitchen and bathroom...
and today, both his workers do their work in my house with shoe-on...and now after 5 hours...i'm still waiting...i have to wait until they finished their job so that i can use my kitchen again and cook something for my guest...erggh...luckily they are not arrived yet..but i am sure they will be here very2 soon!!....so now i just surfing for the recipe that i should cook in myresepi...

i hate waiting!!

Sharif's worker finished their job by 5 pm...just imagine...@ 4.30 pm..my guest already informed me that they 're already at town..at that moment i didn''t prepare anything yet..!!so i need to THink BIG!!..hehe...

4.30pm:Ask my hubby to order "ayam goreng" from the nearest fast food restaurant
5pm: started tidy up all mess+cook rice(plain only...1st thought of doing nasi tomato but needed to be canceled last minute!!)
5.35pm:Ding dong(door bell)....the people from starfriedchicken came with our order...wink:)!!
5.40pm:my ringtone...my guest already infront of our house...fuuh...it was really close...luckilywe managed to settled everything just nice on time..
6pm:Tea time..meanwhile i cook vegetables + prepare dinner
7pm:Dinner time....wink2x(hehe..thanks abang for helping me a lot...thank you Fateen for behave yourself...and u r really a big girl now...hee


Dengan Bismillah.....


ni lah hadiah sebeno nya..hehe..shilap gambo
Hadiah dari kak kin

Pastinya Ramadhan kali ni...adalah yang pertama kali di sambut di perantauan..jauh dari bazar2 ramadan...huhuhu...kali ni kena berinisiatif sendiri...tambahan lagi dengan perutku yang kian jelas "keboyotan"nya...kihkihkih..hmm berdebar tuh...

Aku suka dengar lagu ni kalau bulan Ramadhan...

Dengan Bismillah - Uji Rashid

Tuesday, 26 August 2008

Legoland dan anak hilang



ni kawasan sebelum Fateen hilang


ni snap sebelum Fateen hilang...tulah sengih lagi

Sekolah Melayu southampton(SMS) telah menganjurkan trip ke LEGOland baru2 ni..so aku satu famly pun tak mahu ketinggalan...benefit yg aku dapat pergi secara berkumpulan ni ialah dapat tiket yang murah dari biasa..kalau harga asal kena byr GBP 36/head,tapi selepas discount grouping ni dapatlah jimat GBP 18/head.best kan!!!

TApi dalam keterujaan ni tiba2 ada satu peristiwa yang melanda aku satu family..masya Allah dah lah beribu2 manusia kat sana.tiba2 tanpa di sedari fateen hilang!!!...ya Allah jumpakan lah aku dengan anakku Fateen(doaku dalam hati sambil terus mencari)...sambil airmata ku sudah tidak berhenti2 keluar...kelibat Fateen pun tidak kelihatan...kami berpecah termasuklah Keluarga Kak Sal turut mencari.. terlintas di fikiranku..bagaimana Fateen hendak mengadu yang dia mencari aku/bapanya di bumi Mat salleh ni??..sedangkan dia cuma tahu sebut namanya itupun depends kalau kena dengan soalan yang selalu di dengar nya..masyaAllah..di mana Fateen?baru aku faham perasaan org yang kehilangan anak..baruku tahu betapa sakitnya....

tiba2 aku ternampak dari jauh kak sal seolah2 berlari ke arah sesuatu....haah..itu Fateen ..dikawasan yang sudah berkali2 ku lalui dalam masa mencari tadi an di situ juga terakhir sekali aku melihat Fateen sebelum kehilangannya..ALhamdulillah....!!ya Allah....
Terus ku peluk Fateen...Fateen masa tu tengah "happy" bermain dengan sesuatu...dan terus dia memandangku dengan penuh hairan.kenapa aku menangis sambil memeluknya....selepas ni kena ikat je lah Fateen dalam push chair...aku takkan lupakan peristiwa pahit ni sepanjang hayat ku!!

Saturday, 23 August 2008

stupid me

Only one word can describe ...SUPERTIRED! I forced my hubby yesterday for give me a hand to tidy up our house, even tough i know he was superbusy with his PhD thingy and that RC stuff,i don't care because my friend's parent will come from Malaysia sometimes this week...i'm intended to do so since last week..but i thought of giving him a chance to finish his job first..but it was super duper slow man!!..until i couldn't wait any longer...i could do it my self but the area that i should tidy up now is his "mini office@bengkel@ store....and almost of the things there were his stuff.....so i need him to clarify which one is still needed and to be kept!....

So we started our tidy job from 10 am-3 pm(3 pm need to go to city council and ASDA)...so back home...there were so many things not settled yet!!...and this time is not about tidy only one room..but both the room...meanwhile i was too ambitious to change the furniture again in our bedroom...but with my big tummy i really couldn't help myself...but coz of getting tired to ask him to help me with this and that,again and again..really make me sick...and hopeless...!! arggh..so what did i do..??i' ve emptied old the stuff in our cupboard so it became more lighter to be move...and just take a few step to change the location..so i did it myself at first and another half way to go..then my hubby realized that i move it by myself....and he gave me a hand....

Another thing this morning when i tried to lift a big luggage to put on top of the cupboard....i thought i did ask for him to do it..but i'm not a waiting-type of person, so i've tried to do it myself..that luggage not that heavy but maybe of graviti thing i 've found it a bit difficult..but stupid me!!!!..i forced my self too do it..and suddenly the small chair that i used to stand up was suddenly broke..OMG...it was too close...then i realised my big tummy...oh my..'m pregant ok!!!...but luckily i managed to hang on the cupboard so that i didn't fall down..and luckily i didn't injured my self!.promise not try to do it again....STUPID me!!

Thursday, 21 August 2008

Hari ni cerah .bestnya...tapi masih juga terasa sejuknya...Fateen pagi2 lagi duk minta coklat+susu....aku seperti biasa...me"redirectkan"pada abang yang juga masih berselimut...ayat mama..pada mulanya jadi" bapa..coklat.."hmm...sampai merajuk anak dara aku sorang tu sebab sorang pun tak respon ngan permintaannya...huhuhu...
akhirnya abang juga yang bangun...sbb hari ni aku masih posa lagi..kihkih..(alasan)...nasb baik perut aku y memulas semalam dah reda...selepas aku telan hyocine(buscopan) and ranitidine sekali...

Wednesday, 20 August 2008

Madah2 cinta..


Terasa gerun sedikit di benak ni kalau terasa macam aku ni bakal jadi ANDALUSIA tak pun..anakdara tua kata lainnya yang tak sedap di dengar..tapi ni tak boleh nak salahkan diri sendiri...kerana ni soal jodoh bukan urusan hamba...aku dulu pun masa 3rd year baru nak terfikirkan menda2 ni semua...kakak ku yang dah grade(course 3 tahun) pun dah nak bertunang masa tu...aku??taknak fikir pasal nak cari kekasih hati ka?ramai senior2 aku yang dah kerja pun belum bertemu jodoh lagi...btw...soalnya jodoh ni bukannya semestinya kat tempat kerja...kadang2 insan itu berada depan mata atau yang kita mungkin pernah berurusan dengannya walaupun tidak lama..mungkin pada pandangan mata kita jelik pada mulanya...namun setelah di amati dengan mata hati..baru kita kenal hati budinya..

Dont judge the book by it's cover..
tu falsafah yang aku selalu dengar semasa proses mencari jodoh ni...nak kata di praktikkan..hmm..manusia..siapa yang tidak terbuai dengan seribu kemanisan paling tidak pun keindahan..kengkadang kita menilai terlalu cepat..hingga tidak menimbangkan masa depan..mahupun kesesuaian...sehingga sanggup merubah diri sendiri agar "match" dengan pilihan hati yang belum pasti...

Kita adalah diri kita sendiri...tidak perlu berubah untk orang lain?betulkah?namun sedikit perubahan itu perlu...untuk kita menjadi lebih dewasa..tetapi bukan menukar personaliti semata2...untuk menarik minat orang lain terhadap diri sendiri..berubah lah kerana Allah itu yang lebih hakiki dan di redhai...

Panjang pulak celoteh mak orang ni...bukan apa sekadar berkongsi pengalaman dengan sesiapa juga yang masih mencari(teman2ku...adik2ku barangkali)...aku sebelum bertemu dengan suami ku dahulu..aku ada pilihan..(erti kata lain...bukan kekasih..cuma yang dilihat dari jauh dan mempunyai potensi ) Untuk mencari teman hidup kena ada pilihan,dan beri peluang pada diri untuk memilih,sbb ini bukan soal seminggu atau sebulan,ini adalah keputusan untuk hidup bersama2...selagi hayat(insyaAllah)... .Ada juga falsafah yang aku ingat...
Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka; namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka.
Dan jika terluka...menangislah,buat penghilang dukamu....jangan dipendamkan perasaan...namun jangan lupa untuk bangun dan berjalan lagi,maksudnya dia bukan untukmu..pernah satu ketika..aku terasa si dia itulah calon ku yang paling tepat...dan paling sesuai untukku..tapi kenapa aku tidak dapat melakar mahupun mencorakkan masa depan bersamanya?...pasti dia bukan jodohku...

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas
kurniaan itu.
Teruskan pencarianmu temanku...jangan berhenti di situ...
dan yang paling penting titipkan doa setiap solatmu. kerana Dialah Perancang Yang Maha Hebat...

-wassalam-

sungkai...@berbuka....






Assalammualakum..w.b.t...
Hari ni hari pertama aku ganti puasa..di UK...memandangkan lagi 2 minggu nak posa Ramadhan...kalau sebelum ni..besa aku dah ganti lopong2 puasa aku masa raya lagi..(masa posa enam)..tapi last year sebab busy benor nak travel ke UK..sampai tak terganti puasa...ish..ish..

so hari ni...aku still beraksi di dapur jugaklah..walaupn tak dapat nak rasa sedap ka tidak..aku usahakan juga..buat apa yg termampu...kali ni...fikir2kan menu berbuka (padahal yg nak berbuka tu aku juga...huhuhu)..abang dah g opis tghri tadi ..so tak delah tukang rasa..tukang makan adalah(cik fateen)...surfing2 internet...jumpalah cara2 buat cendol...hmm..macam senang je....dan kek gula hangus(kek sarang semut)..yang dari dulu lagi aku nak try tak pernah nakke sampaian...so kali ni..berbekalkan resepi yg ada..aku pn bancuh dulu dan bakar after 3 jam ...hmm..tapi nampakgaya...sarangnya tu mcm kureng menjadi...hmm. bab rasa..tak tahu lagi..sbb masa aku masukkan entry ni..lagi sejam...nak berbuka...but so far fateen dah asyik menambah(adakah itu maksdnya sedap.!?...hmm..musykil)...

selain juadah..aku dah masak lagi sardin masak kicap..memandangkan kari ayam lebih semlm ada lagi..so aku teringin ak mkn sardin ja.....huah..hua...hua

so cendol..sebaik2nya kalau ada acuan maruk..lagi panjang hasilnya..tapi aku tekankan jak..kat tos aluminium aku tu..aku ingat mak aku pernah buat mcm tu masa aku kecik dulu....hehehe...oklah..nak bersiap2 dulu...sebelum berbuka..

Monday, 18 August 2008

Sardin masak kicap

Hmm...hari ni macam nak hujan je....mood aku pun seakan2 mendung gitu...hmm..tak start lagi nak ngemas rumah...breakfast pun masak spagetti goreng je...malam tadi pun aku tak masak,rasa badan sakit2...tak tahu kenapa..nak kata main netball..jauh sekali...p stoneham pun aku tak join hari ni,nak berehatlah....lepas abang balik dari main Trak nya..aku pun paksa dia masak Sardin...hehe..kebetulan dah tersalah beli sardin in brine so..takde lah sosnya...so aku minta abang masak sardin +kicap...hmm boleh tahan..asalnya aku bukan nak makan..tapi sedap betul...makan dengan nasi putih...sampai aku yg habiskan sardin tu akhirnya....kuang2kuang...(hmm..abang kembang hidung..hinsh..hinsh!..mentang2 dia msk sedap..hee..lenkali boleh masak selalu)..janji...!!

Carboot semalam p FairOak jek...ntah aku suka betul gi sini..sebab satu dekat dan kalau g sini byk pulak pendapatan aku...yg best u dapat set Avent(pump) yg bru..untuk persediaan kembali bekerja nanti...dpt lah dlm GBP6...mula2 tu dia letak GBP10....kali ni kureng sikit baju2...tapi byklah mainan Fateen...i'm looking forward for next week CS..just can't wait!!

Saturday, 16 August 2008

duniaku...duniamu...


ni aksi apa ni?Fateen buat padang stoneham tu macam halaman rumah aku pulak


cik minah payung ke intan payung?


Hari ni cuaca sangat2 sesuai untuk aktiviti outdoor....so as usual...ptg2 begini..abang ajak aku dan Fateen g Stoneham untuk menemankannya test drive Trak RCnya...hmm..since aku pun tak de benda nak buat..aku pun lepak sambil snap2 picture...ni lah hobi memasing...aku minat benar dlm fotografi...dan bapanya pulak minat kat menda2 RC...walaupun takdak connection langsung ngan karier memasing,apa salahnya lupakan sekejap..beban kat otak tu...take a break!!

more pics

Thursday, 14 August 2008

cerita seram!! dari pengalamanku

Teringat kisah semasa student di Usm Kubang kerian dahulu..masa tu aku di tahun 4...aku antara yg di suruh pindah ke asrama yg baru siap...Desasiswa Nurani...yang berada agak terasing sedikit dengan Desasiswa yang sedia ada..tapi kelebihannya berdekatan dengan hospital...satu bonus bagi aku kerana tahun 4 lebih kepada tahun klinikal yg banyak aktiviti dan kelas di dalam wad sendiri...namanya pun asrama baru..tidak pernah diduduki..dan baru siap awal tahun itu...mulalah ada suara2 sumbang yang mengatakan asrama baru itu "berhantu" tambahan lagi dekat dengan hospital.tapi semua itu aku terima sebagai..cakap-cakap angin sahaja... berbalik kepada asrama itu kemudahan boleh dikatakan canggih dan moden...ada bilik study sendiri,lab komputer dalam asrama,laundry,bilik Tv yang luas dan ada di setiap tingkat...ada 4 tingkat semuanya...kantin pun dekat....

Tapi kali ni aku bukan nak cerita keindahan asrama ni yang memang indah...aku teringat satu kisah ngeri...dan seram!!

peringatan!!pastikan anda tiada masalah lemah jantung....dan silalah tarik nafas dalam2...sebelum meneruskan membaca entriku ini...


masa tu aku pertama kali menggunakan bilik study aras 1(iaitu aras yg sama dengan bilik tidurku..cumanya kedudukan bilik study ini agak terpencil..aku kira sebab sengaja di reka begitu untuk menambahkan kesunyian dan kedamaian study room itu...semasa aku sampai di bilik study tu..belum ada sesiapa yang datang...so erti kata lain..aku orang pertama malam itu...jam di dinding sudah menunjukkan jam1030 malam...memang hening dan agak dingin malam itu....tambahan lagi..aircond dalam bilik study itu sdhterpasang...so aku pun memulakan proses mentelaah pelajaranku...aku duduk di meja yang membelakangkan tingkap...
Dalam lebih kurang 10 minit aku di situ...tiba2 aku terdengar bunyi "Psst"..yang memecahkan keheningan malam itu...dan disusuli dengan bau wangi...yang sebelum itu aku tidak pulak menhidu bau seharum itu...hmmm..aku biarkan shaja...cuba2 berlagak berani...dan meneruskan menelaah...kali ini aku decide untuk memasang walkman...spy aku tidak akan mendengar sebarang bunyi2 yg pelik...

Tapi tidak lama selepas itu aku dengar..bunyi itu sekali lagi.."Psst'...dan sekali lagi aku terhidu bau wangi yang sama....kali ni aku nekad untuk pusing belakang untuk mengetahui apa kah itu sebenarnya....ku pandang ke tingkap...hmm..tiada apa2..tapi nyata bau itu...masih ada cuma sudah kurang sedikit...aku pun memberanikan diri untuk menjenguk ke luar tingkap.....perlahan2 aku bangun dari kerusi...dan menuju ke tingkap..tiba2"Psst" itu ku dengar lagi....tapi kali ini betul2 berada di atas kepala ku....walhal aku sdh berada di hadapan tingkap masa tu...perlahan2 aku medongakkan kepala....dalam fikiran ku sudah terbayang2 kemungkinan yang pelik dan menyeramkan...



jika anda lemah semangat sila hentikan membaca yg seterusnya...!!



dan bau wangi itu kali ini semakin kuat menusuk hidung....
ooh..rupa2nya perfume dispenser!!

"Psst"!!

!hahaha..aku ketawa sendiri.....hmm mula pandang keliling..takut2 ada org perhati muka aku yg pucat tadi...kuang..kuang..kuang!

p/s..ada juga member lain yg kena..sampai dia terus balik bilik!!takkutt!!huhuhu


hobby Vs study??




me: why don't u choose mechanical engineering last time if u r really obsessed with this engine thing?

abang: hmm...not sure why, but i do like those small electronics thing as well,really challenging... and sometimes I've thought i could change my pHd all about this Rc stuff...sure will be great huh?

me:hmmm...not really agree with that... for me ,hobby is hobby... study is study..when it's become something that required more about details and critical thinking in limited time given..i'm sure it will be tough as well....furthermore if someone (SV)is keep awaiting for the progression and end-result!!!


Tips..semarak kasih suami isteri...

1.Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium
pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya
atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)

2.Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang
paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri
berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.

3.Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda
membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter
atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan
merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)

4.Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari
sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan
mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan
anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.

5.Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi
bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan
pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat
atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda
akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.

6.Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala
pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang
hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah
satu-satunya yang ku cintai".

7.Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain,
terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda.
Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah
tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.

8.Sekiranya pasangan anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah
ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak
perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan
yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya
layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.

9.Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk
merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan
anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada
anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja
mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan
sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit
pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata `inginkan
seseorang yg dapat membantu'. Jangan la hanya ingin senang bersama,
bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di
baca apabila umurnya 40-an.

10.Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan
baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga
pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan
la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya
yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada,
jangan sekali di caci-keji.

Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..

Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi
isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami
anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat
mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak
menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting,
pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.

Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta
kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri
bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa
depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal
yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan
terhadap ekonomi rumahtangga.

Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda
hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil
menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan
suami akan merasakan kenikmatannya.

Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu
untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang
lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan
membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia
bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh
anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan
sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak
dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan
kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.


sumber:frwded email

Wednesday, 13 August 2008

apa khabar orang kampung...sudirman




Apa khabar orang kampung
Lama sudah tak berjumpa
Minta-minta semuanya
Di dalam sihat sejahtera

Apa khabar orang kampung
Bilakah dapat berjumpa
Kirim-kirimlah berita
Janganlah senyap sahaja

Orang kampung merantau jauh
Mencari ilmu di kota
Orang kampung merantau jauh
Mencari rezki di kota

Asal ada kemahuan
Semua jadi kenyataan

Cukuplah sampai di sini
Lain kali cerita lagi
Doa restu untuk kita
Panjang umur kita berjumpa



Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat




so cute..and nice shoot...

this pic i C&P from yahoo..really captured my eyes...
baby tengah: uwaaahhh,nak susu!.....
baby yg paling tepi: hee..bising lah kawan ni....aku baru nak terlelap!!....
baby sebelah satu lagi: ni kang ada yang aku gigit telinga ni karang

hahaha!

Fateen and Dora the explorer....





Award


Bestnya pagi2 lagi buka blog dah dpat award dari kak kin...cute pulak tu..benar2 membuat permulaan hariku ini ceria...Thanks again...would like to share it with ..my friends..coz u all deserved it!

Tuesday, 12 August 2008

homemade kuey teow

Petang smlm abang pegi beli ikan fresh...dah lama nak beli...baru kali pergi sendiri itupun ajak kawan yg pernah pegi..mcm biasa abang beli kepala ikan salmon nak buat kari kepala ikan...ikan mackerel...dan yg best tu abang ada beli udang frozen tapi murah sikit berbanding kalau beli kat china town/siamcity....
Aku pantang kalau ada udang mesti dan wajib buat Char kuey teow ,memang favourite sejak dulu..
Tapi lupa lak nak beli kuey teow kering tuh...
So fikir2 punya fikir...terlintas juga nak buat kuey teow sendiri..tapi kata dalam hati..hmm besok pagi lah..tapi kang lambat pulak nak breakfast pagi esok...so skrg jam dah menunjukkan pukul 11.30 mlm...!!..hmm..oklah aku teruskan juga projek buat homemade kueh teow...hhee...inilah hasilnya..sehingga aku siap rebus..proses ni..tak sampai pun satu jam...12.25 pagi aku dah ajak abang masuk tido...(kalau tak masih lagi dok pomen trak Rc nya tu...).Fateen..hmm..dah lama dia tertido kat sofa..






resepi nya di sini

rumah kecil.."dollhouse"



nak cerita sikit kisah carboot hari ahad sudah...plan asal nak g Fairoak..tapi rupanya tutup sebab hujan semalaman...so teruskan perjalanan ke Bursledon...hmm walaupun tak ramai carbooters mcm selalu...dengan jalan becak2..aku teruskan juga..pendapatan tidaklah sebanyak mana..cuma yg best tuh..abang dapat mini dollhouse for free...!!seronoknya Fateen...dan mamanya pun tumpang sekaki..hehe bukan apa...sebab ni mengingatkan aku zaman dolu2 masa aku darjah 3...(masa tu baru 8 tahun ok!)pencilcase yg betingkat(kalau tak silap aku hadiah Milo kot masa tu)kecik jek..aku dan member aku buat main supermini dollhouse 2 tingkat kat dalam kelas..selamba jek!al maklumlah masa tu guru kelas aku adalah mak aku sendiri..huhu...tapi (takdelah ambil kesempatan terus2-terusan ye...)main benda ni pun masa rehat jek..atau ada masa lapang..seronok...!!..guna patung little kitty yg comel2 tuh...aku guna pemadam..pencil sharpener tuh sebagai perabot2 dalmannya...walaupun tak nampak real tapi aku betul2 happy masa tu..guna imaginasi semata2...benda2 comel tu pun dah boleh jadi besar kat mata aku..
so utk Fateen aku pun turunkan ilmu daya imaginasiku ...so takat ni dollhousenya tu belum ada perabot..aku gantikan dgn segala benda yg bentuknya boleh jadi meja dan sofa mahupun katil...supaya mindanya berkembang sikit...!!



withdrawal symptom??

hmm...bermula hari ni terasa aku akan dilanda "kemalasan" dalam minggu ni...macam withdrawal symptom pulak ek...seminggu rajin seminggu malas...kihkih...bukan apa..aku kena slow down a bit..kalau aku buat kuih hari2..pun takleh jadi jugak..habis bil gas dan letrik aku naik nanti...tu belum masuk kos beli bahan2 buat kuih lagi....tapi dalam kemalasan nak "beresepi" minggu ni..hari ni nak tak nak...aku kena call mak aku juga awal pagi ni..nak tanya resepi kuih angin...mesti korang pelik dan tak pernah pun dgr nama kuih ni..tak try lah pulak cari kat myresepi...tapi yg aku tahu ni masakan sabah(tak pasti kuih masyarakay brunei ka apa..kang nanti ada yg mengamuk pulak kalau aku ngaku!!)
so dah tanya resepi..terbantut pulak ..sebab tepung beras pulut tak ada dalam simpanan aku...so kena beli dulu petang ni....

Petang after p city council nak setelkan itu dn ini...singgah jap di shopping center area tesco kat town..wah dari jauh aku dah nampak signboard IKEA rupanya dekat2 tu jek..happy nye..tapi end of this year baru buka...hmm tak sempat le!!tapi ini satu berita baik utuk masyarakat melayu soton secara amnya dan masyarakat melayu broadland road khususnya...maksudnya ada peluang le kita nak dapat brg2 ikea kat carboot nanti..yeah..yeah..yeah...nak beli baru..hmm..kena fikir byk kali wei..

so jenjalan kat town..masuklah....Mothercare...dah masuk situ..tiba2 baru terasa dah lama rupanya ktorang tak masuk shopping complex mcm ni..(asda tu tak termasuk le)...sebab dah selalu sgt ke carboot...so masuk2 je..mata ku terpaku kat satu baju preggy ni...wah bestnya dah le kaler coklat(mmg kegemaran aku)pastu lengan panjang..pendek kata mcm baju2 yg aku selalu pakai..cumanya yg bestnya ni untuk pregnant lady mcm aku...tapi apakan daya..tgk bab tag nya...GBP32...kalau tu harga malaysia maunya rm 200+...gilo..ngandung pun tggl brp bulan jek lagi...tak kuasa lah aku...(tapi terkilan juga sbb tak berjaya nak memiliki!)pendek kata..masuk mothercare punya store tu..kami berjaya beli payung mainan untuk minah payung mcm fateen nih..ngan bubble game yg harganya GBP1.50...tapi payung tu masa byr baru tahu harganya GBP 5(sbb masa amik kat rak tuSale katanya..tak letak pun harga brp...erghh!!) ..nak pulangkan..fateen dah jatuh chenta..!!..so takpelah..beli gak lah payung yg arganya RM35 tuuh!!huhuhu...

Balik dari town..ajak le abg belanja mkn kat STAR burgess road tu..balik tu singgah jap kat siam city..yeah nasib baik ada tepung beras pulut itu...so balik rumah tanpa berlengah masa lagi aku pun buatlah kuihangin yg aku teringin nak mkn dr pagi lagi..hmm walaupun tak begitu serupa...tapi rasanya seakan2 sama..dan abang pun mcm suka..walaupun dia sendiri tak pernah rasa sebelum ni...hehe

resepi kuih angin (dari mamaku)
1 bungkus tepung beras pulut(1 cup je aku guna..sbb baru nak try)
4 biji kelapa parut(aku guna dessicated coconut lebih kurang 2 cup+dilembabkan dengan sedikitair sebelum di campurkan dgn tepung..kononnya nak nampak mcm kelapa parut yg betul2 tu lah...basah2 sikit)
garam 1/2 sudu teh

gaulkan...pastu masak di atas nonstick pan(tanpa minyak)..api sederhana..tutpkan pan sepanjang proses memasak.Dah agak2 separuh masak baru taburkan gula pasir di atasnya..biarkan sehingga gula tadi cair sebelum di angkat...




nilah rupanya kuih angin..cuma kaler hijau tu aku saja tambah2

bunyinya senang..tapi bab bancuhan tepung tu.tidak boleh terlalu lembab dan tak boleh terlalu kering...hmm ..cemana tu...??gambar aku tak snap pulak..sebab dah tak sabar nak makan...(mind u dari pagi lagi duk menahan rasa...hahah)..siapa2 nak cuba masakan sabah ..cubalah...hehe

p/s takdelah kecewa sgt pasal baju tu..sebab smlm kat carboot berjaya rembat 4 trousers + jeans dan satu top for maternity...hehe bertambah koleksi aku ngan hanya GBP1 setiap satu...(except for the top..50pence jak..)

Saturday, 9 August 2008

mee kuning...


Pagi ni hujan gerimis...cadangan asal nak berjalan2..kalau hari cerah..so ubah plan pagi ni beraksi di dapur aku..hehe dah lama aku nak buat mee kuning ni..since pasta machine aku dah ada(beli kat carboot...baru dan tak pernah digunakan dgn hanya GBP4....!!)so...surf2 mamafami's blog dan mekarmewangi...nampaknya mereka telah try resepi ni..mula2 aku pelik sedikit ..betulke 6 cup plain flour?,hmm..fikir2 balik...dah mamafami dan jo cuba for sure betul punya....seronok buat mi ni..cuma aku start agak lambat sedikit..so buat me goreng untuk lunch jek lah..hehe.... ni resepi nya..dan gambar2..semasa kejadian..hehe..6 cup tepung ni bolehlah buat untuk 3 kali goreng...hmm..jimat tuh!

Ingredients :

6 cups plain flour
1 1/2 cups water
1 egg
1 tablespoon ash water (or edible lime water)
few drops of yellow coloring

Method :

1. Mix above ingredients into a mixing bowl. Knead for about 10 minutes. Dough should not be too soft.
2. Let dough rest for 1 hour.
3. Make into small balls. Roll flat and coat with flour.
4. Put into the pasta machine, the smooth part. Repeat trice.
5. Coat the thin piece into enough flour and put through the noodle cutter on the pasta machine.
6. Mix water with some salt and oil and bring to boil. Pour the noodles into the boiling water for about 5 minutes. Keep stirring to avoid noodles from sticking to each other.
7. Pour noodles into a strainer and wash with running tap water.
8. When cold, rub noodles with oil.
9. Ready to use.

Note :

Do not put any salt in the dough as this will spoil the pasta machine because pasta machines cannot be washed.


source



adunan tepung jgn terlalu lembut...


inilah hasilnya....tadaaa...:), selebihnya boleh disimpan dalam peti sejuk ..

me...the observer...

Kali ni abang busy lagi...busy ngan trak RCnya yg baru,sanggup tidak tidur sampai ke pagi..kengkononnya tunggu subuh baru tidur...heheh..teringat pulak ketika dia menunggu trak itu sampai..setiap jam menjenguk ke tepi tingkap..kot2...ada van parcelforce parking depan rumah...menurut janji seller itu dia sudah hntr hari khamis...jumaat di tunggu2 tiada juga nampakk bayang...alamak...hari ni(jumaat lepas) dah kena bertolak ke tapak perkemahan..amacam kalau parcelforce dtg hari sabtu...ini tak boleh jadi..."aku kena tinggalkan notes di pintu supaya brg tu boleh di pas kan ke rumah abang rahman(jiran sebelah)..so 1st thing petang kami balik dari camping.ptg ahad...di hari yg renyai...tiba2 dapat call dari abang rahman...(aku lihat abg sdh tersengih...hehe..mesti trak aku dah sampai.....kuikuikui...tau2 belum sampai pon lagi....terus di check di internet..trace parcel..hmm..belum lagi tertulis out of delivery...mulalah pertanyaan...parcelforce ni tak beroperasi weekend ke ah?so penantian abang masih panjang..hari isnin..berulang alik...menjenguk ke tingkap...kot2 parcelnya dah sampai...sehinggalah jam menunjukkan jam 5 petang..hmm..tak ada harapanlah hari ni...hehhe..nak tergelak melihat muka kecewa abang..menantikan trak terchentanya yang tak kunjung datang...mengalahkan pungguk rindukan bulan...hari berikutnya..penantian diteruskan...hari ini abang lebih positif..takkan setelah sekian lama belum juga sampai..hmm..tak boleh percayalah ngan Parcelforce kalau cemgini....tiba2..aku pulak yg menjenguk ke tingkap tengahari tu..van parcelforce yg berwarna merah saga itu telah terpacak depan rumah kami...aku yg terkena tempias penantian abang yang tidak terbendung itu terus..menjerit..."bang trak dah sampai...!!"eeei...dia pulak yg excited ..kata abang kepadaku...heheh...senyum abang sampai ke telinga..tu kalau tak masak lunch pun aku kira ok...sebab abang dah"kenyang" dengan traknya...huhuhuhu....

maaf ma'...buatmu risau..

pagi tadi sebelum breakfast..aku decide mahu call mak aku di kampung dulu...sebab biasanya selepas sembang2 masa breakfast dan sambung pulak rutin harian...mesti aku terlupa atau kalau teringat jam sdh menunjukkan jam 11 malam di Malaysia...so hari ni aku nekad...walaupun nasi goreng utk sarapan pagi ini sdh terhidang dengan kopi panas di atas meja...tuut...tuut...termengah2(krn berkejar untuk sambut telefon) dan kedengaran suara mamaku yang happy di hujung talian..bukan apa..kelmarin dpat offline mesej dari adik aku yg menyatakan mama risau..kenapa aku sdh tidak telefon ke kampung sebulan lamanya...hmm..sebenarnya bukan sengaja malah perjalanan masa terlalu pantas...haah..betul...rupanya2 sdh sebulan aku tidak menanyakan khabar berita di kampung semenjak makcik aku meniggal baru2 ni...maaf ma'...sayu mama ku tadi,kerana di tanyakan kakakku yg sulung,kak nah dan nijah...semuanya menyatakan aku tidak menelefon dan memberitahu khabar...sms pun jauh sekali...pasti terlintas di hati mamaku...takut2 sesuatu yg buruk berlaku...malahan adikku menambah aku jrg benar online di yahoo mesengger(sebenarnya invisible...dan ini mesti kes tak menjenguk blog ku yg hampir setiap hari aku update...:(...)...
aku kira sebab ini adalah kebiasaan ku semenjak aku dari bangku universiti lagi..berjauhan dari kampung,at least aku akan call ke rumah every 2-3 weeks..saja2 untuk bertanya khabar dan mengkhabarkan berita...lebih2 lagi semasa aku diwaktu2 kritikal untuk menduduki professional exam ku rasa setiap hari aku akan call sebelum dan selepas setiap paper, minta doakan mama di kmpung...so tabiat ini terbawa2 sehingga lah aku beranak pinak...
tetapi aku hairan dengan abang...menelefon untuk bertanyakan khabar maknya(mak mertuaku) sangat2 boleh dikira dengan jari...bukan hanya di UK ni...even semasa di Malaysia lagi...kalau ku tanya atau ku desak...katanya memang itu kebiasaan mereka adik beradik...malahan semasa masih undergrade di ukm dulu pun memang sangat jarang call ke kampung....kengkadang kasihan pulak dengan mak mertuaku...pasti dia rindu untuk mendengar suara anaknya...dan sekarang cucu dan menantunya...so aku merangkap anak menantulah sekarang yg main peranan..supaya abang boleh ubah budaya itu..yg aku kira tiada salahnya jika di amalkan...
tetapi terdetik juga dii hati kecilku yg paling dalam...hmm..mungkin anak lelaki dan perempuan inilah perbezaannya...family-bonding...wanita walaupun sudah bersuami dan beranak pinak masih lagi "bermanja2" dengan keluarga....

p/s sempat juga bertanyakan khabar kak lin...mama kata kakakku itu masih kurang sihat...malah untuk berjalan dari living hall ke dapur (lebih kurang 20 langkah)pun dia sudah termengah2...keletihan...hmm...rasanya jantung kak lin sudah makin lemah...tidak sekuat dahulu...YA Allah berikanlah kakak ku kesihatan yang Engkau rahmati...

Friday, 8 August 2008

bun buatan sendiri....:)

roti bun....beraneka bentuk


bun sosej tu jd kegemaran fateen dan mmg kegemaran aku dari msia lagi...


makan dengan kopi panas...mmg sedap...mana nak dpt bun fresh buat sendiri..huhuhu


aku pernah cakap ngan sorang kwn,yg aku tak pernah lagi try buat kuih2 yg berasaskan yis(yeast) ni...cth..pau,donut,roti ke...dan yg sewaktu dengannya lah...aku ingat mulanya leceh kalau kena tunggu doh tu kembang..dan kalau jadi..kalau tak jadi ...mesti keras mcm batu...so...oleh kerana smlm berjaya buat pau kali kedua..walaupun tak kembang sangat..so hari ni aku pun cdg2 nak buat pau lagi..memandangkan ada lagi inti kacang hitam baki smlm...tapi kali ni tak mcm semlm,aku biarkan dulu doh tu untuk satu jam(lebih kurang) di kepanasan matahari dan aku dah tutup ngan kain putih di atasnya...dan lagi satu tepung gandum yg kebiasaan aku guna utk doh aku dah gantikan ngan tepung roti(strong bread flour)...so after 1 jam,aku pun excited apabila doh aku tuh kembang naik,...cantik...gebu...so aku pun tukar plan...nak buat bun pelbagai jenis...satu lagi inti...kelapa(guna dessicated coconut)...thanks to mekar sebab dah bagi aku idea nak buat inti dan doh yg molek tu....so aku buat bun sosej(jadi kegemaran Fateen)...dan bun inti kacang hitam dan kelapa....buat minum2 petang di hari yg cerah ini...

resepi
bahan doh...
2 cup bread flour(500 mg)
1 1/2 tea spoon instant yeast
1/4 cup minyak jagung
1/2 cup gula pasir(cairkan ngan 1 1/4 cup air suam)
(ni sebenarnya resepi doh pau..tapi aku belasah jek buat bun)
uli tepung+yis+minyak dan air gula tadi sehingga doh tidak melekat ke tangan...prefer lebih minyak dari byk air)
(biarkan doh dalam mangkuk adunan dan tutup atasnya guna kain putih dan bersih..letakkan pada hotspot..cahaya matahari tepi tingkap..hehe...selama lebih kurang 60-90 minit) atau hingga dah kembang naik...)

selepas dah kembang cantik ulilah ikut suka nak buat bentuk apa2...boleh tambah ngan sosej(jadi sosej gulung)..tambah inti coconut atau kacang hitam...ikutlah kreativiti anda...

pastu bakar dalam oven.Gas 5 atau 6...untuk 15 minit atau sampai permukaan atasnya jadi agak perang....)...selamat mencuba...

p/s..komen pertama yg kuar dari mulut abang..hmm..sedapnya(walaupun sempat aku"merajuk"sbb nak tunggu dia balik dr ofis sampai kopi dan bun aku dah mula jadi suam2...)...rupanya senang je nak buat bun ni!(dlm hati ku berkata..amboi...tu dia belum try buat sendiri tu!!dah kata senang..mana blehh)

Thursday, 7 August 2008

haaa..akhirnya..


snap guna cameraphone,camera aku tak charge battery lagi..lupa dah!!


ni tggl pau yg "kurang" comel...yg comel dan gebu semua dah on the way ke rectum..hehe
thanks to asmah sebb bagi tips..untuk buat doh nya tu..hehe

hmm..secara rasminya..hari ni baru aku habis kemas rumah..bertitik tolak dari kami balik camping tempohari...nak kemas serentak..mmg tak larat...sakit belakang weii...itu yg terpaksa menolak 2 lagi pelawaan camping selepas ni..yg jauhnya 4 jam dari sini...driver dah tentu penat semasa travel tuh..tapi aku ni yg penat 2 hari sebelum, dan seminggu selepas hari travel uh....!!!mana larat...nak kemas kan barang2 nak di bwa,pastu punggah balik nak di simpan semula...baju2 kotor tak payah cakap le...itu dah mmg jadi tugasan...so tunggu lah 2-3 hari hilang penat sebelum mula gear 5 nak kemas rumah lagi....dan tugasan rutin di dapur...No break..ok!!..contionously...so sapa yg lagi penat korang rasa kalau time jenjalan nih?..fateen?bapa fateen ?ke mama fateen yg tgh buyung ni?
oh ya tgh2 penat ni sempat lagi try buatt kuih pau (2nd time)..and martabak sardin segera...resepi kak umi..

Tuesday, 5 August 2008

tree of love...



These pictures are taken during camping last week at Avon tyrell,Newforest...since i was too obsessed with the trees that surrounding us...i felt like i was in hindi movie..but because of many "eyes" also at the same time..so we've chosen the "hidden area"just next to our tent and took picture using our tripod...kihkih....thanks abang....he was so suppporting...esp in posing like this...

p/s still remember old hindi movie ...starred by Kumar Gorev(not sure about the spelling)but the movie titled "love story"..i remember the scene in the jungle with beautiful trees like this...and so many fallen leaves...i guessedthat scene was so romantic....:)

Blog Archive