Monday, 30 June 2008

Daging masak kicap pedas

  • 500g daging batang pinang - di hiris(hehe..mula2 tengok resepi ni,terfikir..manalah aku nak cari batang pinang kat UK ni...hehe..tak perasan..daging tu)
  • 15 tangkai cili kering
  • 1/2 camca teh jintan besar
  • 1/2 camca teh jintan kecil
  • 1 camca teh lada hitam
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • kicap pekat
  • sedikit air asam jawa
  • 2-3 biji bawang besar dimayang
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. kisar cili, jintan, lada hitam, halia, bwg merah & bwg putih
  2. tumis bahan kisar sehingga naik minyak
  3. masukkan daging
  4. masukkan air asam jawa, kicap, garam & gula
  5. renihkan seketika, masukkan bawang besar
  6. tutup api, sedia utk dihidan

Hari ni aku terasa sedikit tersentuh melihat Fateen happy ja dengan kehadiran adik Muhammad..(anak jiran yang baru berumur 3 bulan +)..mulanya timbul perasaan risau takut2 kalau Fateen menunjukkan rasa tidak senangnya...namun alhamdulillah bukan sahaj aku nampak dia selesa dan boleh terima malahan dialah yang membantu menghulurkan botol susu di kala adiknya itu menangis...seperti kebanyakan kakak yang menunjukkan kasih sayangnya...mungkin ini tanda2 awal yang Fateen sdh layak bergelar kakak..insyaAllah menjadi kakak yang penyayang..tetapi kengkadang tu ada juga terkeluar dari mulut keciknya itu"not fair"..jika aku terlalu lama dengan adik Muhammad didalam bilik(hati kecilku..tahu pulak dia apa itu fair.InsyaAllah...by the time "adik"nya ni keluar..Fateen sdh berusia 3 tahun...

aku semakin suka melihat Fateen boleh share brg2 mainannya dan pandai pula membuat nada bermain dengan adik kecil ini...

Sunday, 29 June 2008

Rehlah di stoneham


kak aizam,dan asmah(n farouk)


jagung bakar satu!


Fateen yg tengah nangis..hehe(thank kak anom-nasib baik ada yg sudi ambik gambarku kalau tidak takda lah muka aku dalam entry ni...)


bapa fateen ngan RC trucknya

amboi..ramai peminat cilik ni..

Aku seperti biasa tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil detik2 manis sepanjang aktiviti ni...itulah hobi aku...jika dapat merakamkan setiap aksi membuatkan aku semakin teruja..more photos in my photoblog

Saturday, 28 June 2008

i did mention about this before i guess...what i like about Briton(english people)...

  1. They have good-manner on the road...esp when ur at the junction and there were a lot of cars on the road(seems that it is imposible for u to "get through" easily..)then out of sudden(or shud i say miracle) there will be a car stop and highlighted u..so that u can move...ooh..thank u..thank u..
  2. They have their own "car sign language" to say thank u for giving way..just using right and left signal light..esp on the highway.
  3. They always using word like"thank u love" to any body..whether u r englishman/foreigner like me...or..that lovely my love/sweetheart...even over the counter/or in the public transport....
  4. when they gave u high beam light ..that's mean he giving u a way..especially in one way road...and the other car came from the opposite direction...(not in m'sia when u give signal that way that 's mean they'r angry....)

Friday, 27 June 2008

perfect doctor...


source

Memang betul apa gambar kartun ni..especially masa aku housemanship dulu...kerja sampai tak ingat nak makan..tak menyempat nak mandi...balik rumah memang tak pernah masak..sbb mkn kat luar aje yg sempat...mangsanya adalah bakal suami aku(masa tu bujang lagi)..minta dia dtg dari jauhUMS nun ke QEH..membelikan mknan...hehe.....kalau oncall lagi satu hal..walaupun pihak hospital dengan"baik hati"nya meneydiakan makanan untuk doktor2 yg oncall..tapi menunya sebijik ngan Patient..rasanya selera lagi aku tgk makanan pesakit2 tu...sbb masih panas2...lepas tu buat kerja sampai pagi...tak siap2 lagi..kejap lagi 6 pagi kena buat round di wad sendiri sebelum MO n specialist sampai...so mandi nye belum lagi(hmm takpelah kalau dah siap kerja baru aku curi masa mandi...tapi memang tak sempat lah..berus gigi jelah nampaknya...heee..pastu dah penat tuh,mata pun dah tak boleh nak buka sebab ngantuk2 oncall heavy malam tadi...pagi tu kena marah pulak ngan specialist(marah tanpa usul periksa tu yg aku tak tahan)..org lain punya salah..aku pulak yg kena jawab...hee..tension betul...
pastu kalau jumpa lagi specialist yg nak result semua on the spot lagi mau gila rasanya...adakah patut tissue biopsy yg baru buat pagi tadi...dia nak preliminary resultnya by that afternoon..ingat pathologist tu semua tak de kerja lain agaknya...pastu kalau nak cepat sepatutnya dialah yg call sendiri,tapi adakah patut dia nak HO(yang baru tak sampai setahun jagung) juga yang kena merayu ngan pathologist...kena "sembur" lagi adalah...
tapi macaman hebat pun"kesiksaan"dlm dunia houseman tu aku dapat juga laluinya ngan tabah..dan kengkadang mcm tidak percaya...dan yang paling aku suka jika ada pesakit atau relatif yang faham kat houseman ni yang dia nampak kita ni buat kerja non-stop(tak sempat nak duduk) sejak dari ptg semalam dan tak sempat rehat pun oncall malamnya...mereka pasti dtg menenangkan hati 2 yang sdh sedih akibat di marah oleh SPc yang tidak berperikemanusiaan itu..
So takde yang glamernya jadi doktor ni...penat je lebih..gaji kurang...tapi jika balik kepada niat asal aku dulu..redha jelah..takda sesiapa pun paksa aku jd dr...ingat lagi masa interview nak jadi DR di USM dulu...intrviewer tu tanya kenapa nak jadi doktor?sebab nak bantu orang...cewah...hehe..tersenyum kambing aku di buatnya...


rumah idaman ku...

hmm..tengah2 malam ni mulala berangan..mau buat rumah mcm gini...surroundingnya pun sdh mcm ala2. tanah di kampung..hehe...perasan!!
tapi aku sukalah style gini..ni boleh lah c latiff tolong buat draftnya ah..hehe
cantikkan dapurnya..ndaklah aku memasak kalau cem gini...
ni rumah yg real tau..di scotland sana...rumah tepi bukit

p/s iih..aku ni kena "sampuk" ka apa?sampai 5 entry satu hari ni....ishk..ishk..ishk

tag "usrah"

sebelum aku jawab tag kak kin kali ni rasanya elok aku sertakan di sini apa maksud usrah itu sendiri..

Apa itu usrah? Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang lebih akrab daripada hubungan saudara sekeluarga.
Tahukah anda Usrah merupakan satu aktiviti yang amat popular dikalangan pendakwah sebagai perantara popular masyarakat masa kini yang mana, telah terlaksana buat kali pertama di rumah sahabat Baginda S.A.W, Abu Al Arqam ketika penentangan terhadap dakwah Baginda diawal perintah Allah S.W.T kepada Baginda S.A.W

Manakala istilah yang disebut oleh ulama' gerakan ialah kumpulan individu Muslim yang beriman kepada Allah, berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam. Mereka ini melakukan kerja-kerja Islam sebagai menyahut seruan Allah s.w.t.

Maksudnya:

"Hendaklah kamu nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran."

(al-Asr, 103:3)

Kesimpulannya usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jemaah untuk melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur menegur antara sesama ahli dan nasihat menasihat adalah asas kekuatan jemaah. Kemanisan berjemaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah.

so apa tag kali ni?

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
Kak kin:
secara tak sedarnya, masa sekolah sejak form 1, tp, masa duk asrama je la... time sekolah 5 thn...on and off duk kat asrama, jadi usrah pun on and off gak la :). Yg secara sedarnya, sejak matrik, so, lebih kurang 12 thn la, bermula dr matrik...

aku: mulai mengenal usrah apabila di matrik USM penang...so upto 3rd year medic(dalam lebih kurang 3-4 tahun )

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
Kak Kin:
masa matrik, alhamdulillah dipertemukan dgn sahabat2 yg sealiran jiwanya, yg rajin promote usrah kat kita :). seterusnya, aktiviti usrah berterusan sampai sekrg, walaupun tidak la sekomited macam masa student dulu2 :).

Aku: tak ingat bagaimana bermula...semasa matrik,tapi di UsM kelantan...agaknya kawan yg ajak..tapi tak lama..sebab akak naqibah pun busy dah...

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
Kak kin:
Atas kesedaran untuk memperbaiki diri, dan sedar diri ini perlukan sahabat2 yg baik di sekeliling...

Aku:perlukan "seseorang" yang boleh sentiasa mengingatkan diriku dikala alpa...dan mengeratkan silahturahhim..dan menambah kan ilmu fardu ain n kifayah

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
Kak kin:
Syukur, seronok berukhwah, berharap org lain juga punya perasaan yg sama.

Aku:tenang,insaf,bersederhana.....

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
Kak kin:
Merasai manisnya bersahabat, menyelami hakikat perjuangan, menerokai ilmu baru, ingat memperingati sesama ahli dan melatih membentuk kepimpinan dalam diri.

Aku: 1.ilmu 2.memperbaiki diri kepada yg lebih baik 3.mengenali pelbagai karenah manusia dari yg baik hingga yg buruk 4.lebih mengenali diri 5.matlamat hidup di perjelas

hmm..kali ni taknak tag org lain...jika rasa2 nak jawab tu dipersilakan...hehe...

mekasih kak kin..

Momhood moment...tag


Instructions:
1. Copy and paste this tag from "Start Here" to "End Here". (don't forget the image)
2. Place your blog's name with your URL at the end of the tag. If you have more that one blog, please add them too! Just make sure that you post this tag in all of your blogs.
3. Tag 5 blogs that is not yet in this post (just to avoid duplications ^_^ )
4. This is the twist... Go to the 5 blogs that you tagged and comment on any of their posts. Why? So that search engines can crawl to your site. ^_^
5. Return to the Momhood Moments blog and leave a comment saying that you joined the tag together with the URL of the tag. I'll be checking on it and add you in the master list.Momhood Moments Tags You List: (updated June 13, 2008 10:14pm GMT+8)

1. Momhood Moments 2. Business Mars 3. Concealed Mind 4. http://www.ritzie.info/ 5. Personal Development Blog For Money 6. Vhiel's Corner 7. Anything and Everything in Between 8. Can of Thoughts 9. moms..... check nyo 10. Pinay dot US 11. My Blog Entry 12. Byaheng Pinay 13. The Sweet Life 14. A Mother's Journal 15. Welcome to my World 16. Thoughts of Mine 17. Pheandy's blog 18. stolen shots 19.veniz-great things come in small packages 20. Motherly Instinct 21. A Mother of Yesterday, Today & Tomorrow 22. Filipino love stories 23. A mom's note 24. Tasteful voyage 25.Pinaymama's Diary 26. My So Called Life 27. Straight from the Heart 28. Deranged Insanity 29. Aeirin Collections 30. FunFierceFabulous 31. Teacher's Corner 32. Hailey's Beats and Bits 33. Twerlermz Blog 34. Our Family Adventure! 35. Complex Life 36. .Bisdak's Footprints 37. Mummy Diaries 38. It Is Nap Time 39.Motherhood and All Its Adventures 40. Phoebe N Wyatt Diaries 41. MY LIFE
42.
--------- END HERE -------------
wuinaa...sanang saja pula ni...hehe...punyalah saya baca balik2 ni instruction..bah okie dokie...this time saya mau kasi tag org lain juga lah..since sanang jakk kan...

  1. kak kin
  2. Asmah
  3. Kak Anom
  4. Anna
  5. ?volunteer anybody

Thursday, 26 June 2008

dulu n sekarang

hmm..semalam pergi ASDA supermarket untuk beli brg2 keperluan yg telah pun kehabisan..hmm..byk perbezaan ngan perbelanjaan kali ni..lebih bayk fikir dulu daripada terus ambil dan masuk trolley...sbb harga2 dulu dan sekarang sdh byk perbezaannya..contohnya sahaja pizza instant yang biasanya kami beli dgn harga GBP 3 jika beli 3 kotak sekarang dah jadi GBP4.. so walaupun brg2 keperluan sudah pun di listkan..kena byk fikir dan pertimbangan untuk beli produk yg biasa guna atau yang lagi murah harganya...contohnya kalau dulu aku beli Ariel tablet untuk cuci baju..skrg aku kena beli alternatif yng lagi murah..kali ni try ASDA brand...lavender..hmm smlm dah try...hmm..bau nya aku kurang suka sebenarnya but since bapanya kata oklah tu...aku ikut mengOKie-dokie kan sahaja....satu lagi produk yg aku dah biasa guna Fairy washing liquid...semenjak aku dtg UK ni lagi...but since aku tgk harga Persil tu jauh lagi murah dan kualiti lebih kurang sama..so aku decide cuba yg ni lah...(bezanya dalam 10-12 pence)
Di UK ni kalau cari produk baby sangat2 lah byk..rasa nak beli je semua..semasa melihat2 brg2n baby semalam ,aku decide nak belikan "puting botol" yg baru untuk fateen...since dia masih minum susu dalam botol dan puting susunya ni pun dah koyak makin besar...so masa aku survey tu kebanyakan yg dijual untuk 0-6 months...hehe..so aku decide beli botol satu set yg kalau di compare harganya lagi murah...
so semasa balik rumah ..fateen pun mau minum seperti biasa...but setelah dia nampak the whole set tu yg baru..she just hold it and not even drink the whole night-that's mean she still need her old bottle+the koyak2 one...so aku ni mau psycho fateen ,kunun kalau aku berkeras maksudnya no milk at all or drink from the cup..but even her breakfast milk pun she refused because it was in the new bottle and only drink a sip from her cup...so after 15 hours waiting...without milk in..so in the end i've decided to give her the old one...at last she drink and she win!!
Hari ni cuaca di soton ni sgt2 cerah2...breakfast hari ni Garlic bread+mushroom soup+teh susu...pada tag diberikan tu..harap bersabar...but to be true..once i've been tagged i will not pass over the tag to somebody else..hehe...so when i will complete it as well depends on my mood...btw thanks for tagging me...

Tuesday, 24 June 2008

perpisahan kekal atau sementara

Satu keluarga sampai membawa anaknya(dalam lingkungan umur 4-5 tahun) yang terkena sawan di rumah...menurut ibunya...anaknya ini sudah seminggu lebih demam dan batuk...telah di bwa berjumpa GP..tetapi demamnya masih belum kebah...sehingalah kemuncaknya pagi itu(2-3 pagi) mereka datang untuk mendapatkan rawatan kecemasan...anak kecil itu masih lagi dalam keadaan"drowsy"...so kes itu di rujuk ke bahagian paediatrik untuk pemerhatian lanjut...probable diagnosis masa tu" to rule out meningitis(jangkitan otak)"...so setelah pesakit itu di masukkan ke wad kanak2...aku tidak mendengar progress selanjutnya..aku pula terlalu sibuk sehingga tiada kesempatan untuk mengetahui keadaan pesakit itu dari pihak wad..sehinggalah 2 minggu selepas itu aku didatangi semula oleh ibu pesakit itu..dan membawa anaknya yang kedua kerana bimbang yang adik pesakit itu sekarang sudah mula menunjukkan tanda2 awal demam..aku mengambil kesempatan bertanyakan khabar anaknya yg sebelum ini...rupa2nya menurut ibunya,sehari selepas di masukkan ke wad kanak2 itu..keadaan anaknya semakin teruk sehingga tidak sedarkan diri...dan dimasukkan ke unit rawatan rapi...setelah seminggu...dalam rawatn pakar paediatrik...dan CT scan dijalankan menunjukkan otaknya bengkak akibat jangkitan otak yg serius..dan keputusan dari lumbar puncture(pemeriksaan air tulang belakang) juga positif untuk jangkitan otak...kebengkakan otak yang serius itu menyebabkan anaknya dalam keadaan coma....tetapi yang paling menyedihkan..pakar telah memberitahu bahawa anaknya mengalami "brain death"...dan hanya bergantung pada alat pernafasan sahaja sekarang...ibunya nampak sdh dapat menerima berita buruk itu tetapi ayahnya masih tidak dapat menerima kenyataan...dan masih mahu mencuba perubatan alternatif...memahami keadaan ini...pakar perunding paediatrik memberi kebenaran kepada si ayah...untuk membawa sesiapa sahaja(bomoh) ke dlam bilik ICU itu untuk mencuba apa jua cara manakala segala rawatan hospital masih diteruskan...namun setelah 2 minggu dalam rawatan dan segala kaedah moden dan trdisional telah di cuba ...tiada juga tanda2 perubahanpositf pada anaknya... kali ini baru ayahnya mengambil keputusan untuk membawa anknya pulang(bermaksud...tanpa bantuan alat pernafasan) anaknya itu sudah meninggal dunia..
(dipetik dari pengalamanku....)
sedih aku melihat raut wajah ibu pesakit itu,dia masih mampu meneruskan ceritanya sambil mengenggam tanganku,agar dia terus tabah(padahal aku juga ketika itu berlagak tabah didepannya tetapi di dlam hati aku turut menangis hiba)....menurut ibunya anak mereka itu lah yang paling rapat dengan ayahnya,bermain ,makan malah apa2 hal pasti akan panggil ayahnya dulu...aku kira itu sebab ayahnya paling susah untuk menerima kenyataan itu...sesiapa yang bergelar ibu/ayah pasti tahu bagaimana perasaan mereka yang kehilangan,bukannya terkilan kerana setakat mana kehidupan anak itu di berikan oleh ibu bapa tetapi terkilan kerana tiada lagi episod anak itu selepas itu,..baru semalam mendengar tawa riang dan ligat lincah si anak tetapi tiba2 hari ini terpaksa menerima takdir Illahi bahawa anak itu sudah tiada lagi...AL Fatihah..

terlalu banyak kisah duka...kematian demi kematian...tangisan demi tangisan ...dan itulah bagiku keinsafan yang paling memberi kesan...jika melihat kematian..dan perginya orang2 yang kita sayang...tidak kira lah dari usia yang paling tua..sehinggalah yang paling muda....sesungguhnya ajal maut tidak mengenal usia....ada kala kita harus bersedia menerima perpisahan sesama manusia(samada yang kekal atau sementara) kerana itu rencana Allah....

Monday, 23 June 2008

7 perihal diriku....tag from kak kin...

7 perihal diriku....(tag dari kak kin)...
  1. Meminati dunia fotografi..esp view yang berkaitan dengan keindahan alam ciptaan Allah(subhanallah)
  2. Berjiwa seni..melukis dan bermain muzik terkecuali...nyanyi boleh sikit,setakat back up singer ok kot...haha
  3. Suka pada perubahan untuk mengelak rasa bosan...etc tukar2 perabot rumah,tukar lagu2 pada imeem playlistku,tukar template blogku,"take a break "jap dari kerjayaku yg sibuk memanjang..hehe
  4. Suka mencari kawan dan tak suka cari lawan...(terasa tak selesa hidup ni kalau tahu diriku ini punya musuh)...so far musuhku adalah syaitan dan hawa nafsu..kalau sesapa terasa yg aku ni adalah musuhnya..please cntct me personally...so we can be a friend..
  5. Mood sangat mempengaruhi tugasnku sebagai fulltime housewife
  6. sangat mementingkan kebersihan/kekemasan rumah...esp my kitchen n toilet...living hall..susah mau cakap esp kalau anak kecil aku ni sangat suka "tolong kemas"
  7. suka warna coklat tua(dark brown)untuk pakaian/kasut/tudung...tapi sangat tidak gemar makan coklat dan kacang..

5 ways to beat the monday blues...



Monday mornings always seem to be here all too soon. Just when you are getting used to the weekend — Whoosh! — it's already flown by. And all too soon, it's Monday the dread day. But no matter how much we moan or groan, there is no escaping the M days.


But hey, don't let 'em darn Mondays get you down. Get your spirits up, take a deep breath and charge on, full steam ahead. And just in case you find it hard, here are five ways to chase the Monday blues away.

1Just get out
The best thing to do on a Monday morning is to get some exercise or go for a walk that gets your feel-good hormones working. Ah, exercise makes you cringe does it? Never mind then, just find a green spot (lawn or nearby park) to stroll or even just sit down. Fresh air, sunshine and greenery are tremendous mood uplifters.

2.Turn on the music
Once back from your exercise/ stroll, nothing works better than blanking your mind out with... some music. Take your pick — peppy numbers, lilting instrumentals, chants or whatever else works for you. Turn on your music system and let the notes set the tone for the day. Music to pep you

3.Wear your best
Make Mondays your look-my-best day and should be strictly for wearing the clothes you like most. Even if it means wearing that red shirt/sari you were saving for a special occasion. Instead of the greys and navys, go for bright colours, some of that sunshine yellow or fiery red is bound to rub your blues away.

4.Make your Monday Hater club!
If you're really down, call up a friend — in all probability, he might be equally blue and would love to hear from you. Or mail your pals and bitch about your blues. As all of them crib about Mondays (this does work!), you'd know you aren't alone and will feel better. Those not big on mails, read something funny, start the day with a smile!

5Just hog it
For all you foodies — grab your favourite chocolate and eat it all by yourself, right in the morning. Nothing is better than the guilty pleasure of early-morning-chocolate. A high for sure. You're on a diet? Then make Monday your binge day. Believe you me, food is the best way to beat the blues.

Finally, make sure you finish all the dirty work on Friday itself. Keep Monday for a fresh start. That way, at least there's one thing less to bog you down on a Monday. Now that you know how to chase your blues, have a very happy Monday, remember the weekend's just five days away!


source

Sunday, 22 June 2008

carboot sale..charity shop


even pushchair Mama & Papas ni pun aku beli di CS masa mula2 dtg UK dulu...
Kedengaran hujan turun dengan lebat diluar sana..adakah ini petanda...esok aku tak boleh pegi "Carboot Sale"....pergh...penat aku menunggu saban minggu...idea mau beli apa pun sdh ter"list"..dalam kotak fikiran aku nih...


Carboot ni lah tempat mau cari benda2 yg branded 2nd hand yg masih boleh pakai..contohnya..MP3 player sony...tu boleh dapat sekitar GBP 2(rm14) ,Jersey original...boleh dapat serendah 50 pence(rm3.50)...kadang2 menda tu siap ada tagged dan lagi tak pernah pakai pun,macam ada satu skirt M&S(mark and spencer)...harga asal nya GBP 20(rm140)..aku boleh dapat harga GBP 2 jek(rm 14)..tapi kena pandai2 cari dan bargain..selain dr tu..tool2/kerusi/perhiasan rumah/baju2..from 0-70 y.o.../kasut(apa jenis brand)/permainan budak2(ha...di sinilah 'sorga'budak2)/painting/kitchenware/jam)pelbagai jenis)/golf stick/almari/electronics-jgn terkejut kalau kalau nampak TV/laptop/komputer/vhr player/dvd player di carboot...dlm erti kata lain..semuanya ada..kdg2 "car for sale" pun ada...org jual rumah jelah takda di CS ni...

Dalam pemerhatian aku yg singkat ini(< a year)aku rasa mereka(omputih) ni suka shopping tapi pakai nya sekejap bebenor...dan carboot sale ni..adalah tempat mereka "recycle" balik duit mereka untuk menda lain contohnya melancong....satu perkara yg aku respect kat dendorang ni..mereka pandai sangat jaga reta benda mereka ni,tak kiralah,baju/perhiasan/..so that brg2 yg mereka jual balik...masih dalam keadaan yg baik...

lagi satu...carboot ni tempat mereka nak clearkan barang yg sudahh tidak digunakan dan mereka nak mengemas rumahh dan perlukan ruang..atau dlm erti kata lain.."daripada di buang baik jual...at least ada juga hasilnya"..dan tak heran rata2 penjual nya..kereta bukan calang2...maksudnya tak kira kaya/tak berharta...boleh jual disini...

Ada satu lagi alternatif mereka kat sini..kalau ada brg2 yg nak dibuang tapi masih boleh pakai(etc baju/perkakas dapur)..bolehlah hantar ke "charity shop"..kedai ni menerima sumbangan public dan akan jual balik dgn arga yg murah(w/pun tidak semurah carboot sale)..hasil dari kedai ini adalah untuk sumbanagn kepada pesakit2...cth..cancer,heart patient even for animal charity....bagus kan...kalau ada di Malaysia...ada juga tempat mahu hantar brg2 yg sdh tidak dperlukan ni...daripada dilonggok di tong sampah

p/skalau di malaysia..ada juga kedai bundle..tapi ni sdh lebih kepada trader...bukannya individu sendiri yang jual brg2 personal mereka...

Saturday, 21 June 2008

Tangan Yang Indah


Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusatmembeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

di petik dari fwd email...

Friday, 20 June 2008

Jasa bonda...

Warisan-Jasa Bonda -

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

lagu ni dah 2nd time aku masukkan dlm entry...semoga kita(anak2) tidak mudah lupa jasa bonda....

Thursday, 19 June 2008

Coffee Drinkers Have Slightly Lower Death Rates, Study Finds

A new study has good news for coffee drinkers: Regular coffee drinking (up to 6 cups per day) is not associated with increased deaths in either men or women. In fact, both caffeinated and decaffeinated coffee consumption is associated with a somewhat smaller rate of death from heart disease.MORE
Cakap pasal kopi/coffee...ni ni memang minuman kegemaran satu family aku...kalau buat satu jug pagi....tak sempat sejuk pun kopi tu dah habis...so total 2 jug per day(kadang2 3 jug kalau semua family ada)...tambahan pulak KOPI Tenom(local made)...memang sedap..hitam ,pekat, ...baunya sahaja dah buat anak tekak aku ni haus.........dan esp kalau kak lin atau mama yg buat ...

Masa aku sekolah menengah dulu..aku suka makan nasi kuah kopi+ikan goreng panas....hehe..sedap ooo...percayalah...2 kali tambah tu....tapi aksi ni di rumah ja...tak pernah lagi aku bawa bekal ke sekolah menu ni...yg penting kopinya mesti panas2....

Hari ni mentari memancarkan cahayanya di bumi soton...walaupun sejuk bayu yg menghembus masih sama darjah kesejukkannya...malam tadi..fateen tak dapat tidur lena.....akibat hidungnya yg blocked...lantaran selsema yg baru menjengahnya semenjak pagi lagi...tapi kebiasaannya budak2...kala malam sahaja dia meragam,tapi sebelah paginya..berlari2/melompat....dan masih lagi ceria seperti tidak sakit sahaja lagaknya...

Apa2 pun..semoga Fateen cepat sembuh....

Wednesday, 18 June 2008


Fateen ngan bapa melawat mama yg sedang kerja..dan tak reti2 nak balik rumah...
Kurang lah sikit tekanan kerja...apbila org2 tersyg menjenguk aku yg sdh "lotih" nih..

“Ummiiii…. baliklah rumah!!!”, Saiful Islam menjerit di tingkap.

Hening tengah hari itu terganggu dengan jeritan anak sulung saya dari tingkap rumah kami di tingkat 11.

“Yop… jangan menjerit macam tu. Nanti orang marah”, saya menegah Saiful Islam dari perbuatannya.

“Ummi pergi mana?”, tanyanya kepada saya.

Tersentak hati saya.

Kalau dihitung jumlah hari, saya lebih banyak out station dan ghaib dari rumah berbanding Ummu Saif. Perginya saya juga ada kalanya jauh lebih lama. Jika saya mengisi jemputan program di luar negara, mahu sahaja lima hari ke seminggu saya tiada di rumah.

Tetapi mungkin ketiadaan bapa itu tidak seberat ketiadaan ibu. Naluri anak-anak…

Sudah masuk tiga malam Ummu Saif bekerja shif malam. Itulah mungkin punca anak-anak terasa kehilangannya. Walhal bukan tidak bertemu di kala siang.


MEMBENCI KESIBUKAN IBU BAPA

Kesibukan ibu bapa bekerja itu ada baik dan ada buruknya. Tekanan ekonomi mendesak kita untuk bekerja keras, suami dan isteri. Malah adakalanya, bukanlah disebabkan oleh dorongan ekonomi, tetapi kerana tanggungjawab yang terpikul di bahu.

Namun tanpa sedar, si anak mungkin membenci pekerjaan ibu bapanya. Pekerjaan yang mencuri ibu bapa dari kehidupan mereka.

Bukan sahaja pekerjaan, malah perjuangan.

Saya tidak terkejut, anak-anak pendakwah membenci dakwah dan wadah dakwah ibu bapa mereka, kerana melihat perjuangan itu sebagai punca mereka terabai.

Keadaan ini menjadi lebih ketara apabila ibu bapa dan anak-anak tidak berkongsi nilai yang sama. Apa yang dianggap berharga, penting dan berguna dalam perjuangan ibu bapa, tidak pernah dikongsi bersama anak-anak. Mungkin pemergian ibu atau bapa ke medan bakti, sama ada dakwah, atau pekerjaan biasa, dirumuskan secara mudah oleh anak-anak sebagai sibuk, sibuk dan sibuk.

selanjutnya


MEMUPUK, BUKAN MENGHASUT

Di sinilah peranan ibu dan bapa untuk tidak menjadi kanak-kanak di depan anak.

“Ayah kamu memang macam tu. Asyik kerja sahaja!”, kata si emak kepada anak yang bertanya.

“Mama kamu lebih pentingkan orang lain dari kita!”, ‘hasut’ si ayah kepada anak yang rindukan ibunya.

Apabila ayah atau ibu menghasut anak untuk turut marah, geram dan dendam kepada ibu dan ayahnya, ia adalah situasi yang lose-lose. Tiada siapa yang menang. Anak kecewa dengan ayah yang bekerja, di samping emak yang membenci ayah sama. Anak berduka dengan ibu yang bekerja, di samping ayah yang membenci ibunya.

Beritahulah sisi positif pekerjaan suami kepada si anak. Agar si anak melihat bapanya dengan pandangan yang tinggi. Jelaskan kepada anak, bahawa ibunya yang bekerja itu bukan sekadar bekerja, tetapi ada jasa dan bakti yang sedang diberi.


Dipetik dari blog saifulislam
Ni pun tengah aku cuti ni fateen selalu ckp ngan aku.."Bapa kija(bapa dah g opis)...mama kija"(padahal aku masa tu tgh blogging....agaknya fateen igt aku tgh kerja kot...)..tu petanda awal anak kecik aku ni..dah pandai menilai dan dah nak start komplen tu..ergh..sayang anak mama...

Tuesday, 17 June 2008

Avocado juice...anybody?

Kalau kat Sabah,sangat suka avocado juice ni...selalu beli kat Merdeka Complex...ground floor..last time kalau beli...with ice-blended...yum yum....selalu juga buat sendiri..esp kalau my MIL dtg sebab dia sgt suka avocado jus ni...
since kat uk ni avocado dia boleh tahan murah juga...so kali ni buatlah juice avocado ni...yang ni takde ice jek...just letak ice cream...+cube avocado sebagai hiasan...
Caranya mudah ja...buangkan kulit avocado tu dulu...then blend sekali ngan evaporated milk+gula secukupnya...tambah air kalau taknak terlalu pekat...kalau ada ice cube lagi bgus(blend sekali)......so dah siap blend semua..masukkan ke dalam gelas yg cantik(nasib baik ada yg bagi hadiah gelas ni...hehe)then hiaskan dengan ice-cream vanilla and avocado cube atasnya.....sedap di minum after disejukkan...mm...nyam2nyam...cubalah..

p/s..gmbar ni diambik guna cameraphone je..sbb camera aku abis baterilah pulak...

info:

Nutritional value

A whole medium avocado contains approximately 21 grams of fat, though most of it is monounsaturated fat. Avocados also have 60% more potassium than bananas. They are rich in B vitamins, as well as vitamin E and vitamin K.[16] They have the highest fiber content of any fruit - including 75% insoluble and 25% soluble fiber.[17]SOURCE

Sunday, 15 June 2008

my little witch





sebenarnya mau cari baju princess ...tapi jumpa baju witch...hehe...kalau ada pun baju princess..besar dan panjang sangat utk fateen...

Malaysian Day....


ibu2 n anak2 memberi semangat


ayam2 panggang


apa nama game ni?


tiup2 jgn tak tiup


kaum ibu2 dan adik


tarik tali pun ada

title ni kalau kat Malaysia sure orang tak heran kecuali Merdeka day...Malaysian Day ni di anjurkan oleh MSA(malaysian Student association)..hari ni 14 june 2008 bertempat di padang Stoneham...acara di mulakan dgn lunch with menu Nasi Ayam yang sedap(thanks to abg bard and sesapa yg terlibat menyediakan mknan yg sedap itu..)yang pastinya aku terlibat dalam menghabiskan makanan2 yang ada...heehe...so after makan2...ada solat zohor berjemaah di hall yg berdekatan sementara yang lain masih menjamu selera...so lebih kurang 2.30 ptg ...acara pertama pun dimulakan dengan acara meletupkan belon....hehe..kerja aku mengambik gambr ja...byk juga acara2 lain selepas tu..perancangan acara ni akan berakhir pukul 6 ptg....so few picture aku upload kat sini...the rest kat my photoblog

Monday, 9 June 2008

Why give others the chance to rule your life?'

Warrent Buffet's interview

There was a one hour interview on CNBC with
Warren Buffet, the richest man who has donated $31 billion to charity.(Buffett becomes the richest man in the world according to Forbes,[33] dethroning Bill Gates, who held the title for thirteen years.)

Here are some very interesting aspects of his life:

1. He bought his first share of stock at age 11 and he now regrets that he started too late!
2. He bought a small farm at age 14 with savings from delivering newspapers.
3. He still lives in the same, small 3-bedroom house in midtown Omaha that he bought after he got married 50 years ago. He says that he has everything he needs in that house. His house does not have a wall or a fence.
4. He drives his own car everywhere and does not have a driver or security people around him.
5. He never travels by private jet, although he owns the world's largest private jet company.
6. His company, Berkshire Hathaway, owns 63 companies. He writes only one letter each year to the CEOs of these companies, giving them goals for the year. He never holds meetings or calls them on a regular basis. He has given his CEO's only two rules.
1. Rule number 1: Do not lose any of your shareholder's money.
2. Rule number 2: Do not forget rule number 1.
7. He does not socialize with the high society crowd. His pastime after he gets home is to make himself some popcorn and watch television.
8. Bill Gates, the world's richest man, met him for the first time only 5 years ago. Bill Gates did not think he had anything in common with Warren Buffet. So, he had scheduled his meeting only for half hour. But when Gates met him, the meeting lasted for ten hours and Bill Gates became a devotee of Warren Buffet.
9. Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.

His advice to young entrepreneurs:

'Stay away from credit cards and invest in yourself and remember:

1. Money doesn't create man, but it is the man who created money.
2. Live your life as simple as you are.
3. Don't do what others say. Just listen to them, but do what makes you feel good.
4. Don't go on brand name. Wear those things in which you feel comfortable.
5. Don't waste your money on unnecessary things. Spend on those who really are in need.
6. After all, it's your life. Why give others the chance to rule your life?'


Warrent buffet wikipedia

isu kenaikan harga...

Jangan salahkan sesiapa jika harga Petrol /minyak melambung naik,begitu juga brg2 lain...ini isu global,satu dunia rasa,tapi yg menyebabkan kita terasa bebannya sebab kita tinggal di negara yg membangun...jika hidup di negara maju seperti UK ni..mungkin tak terasa sangat kerana pengguna ada pilihan lain dalam membeli brg2 yg murah....kat sini ada supermarket yg boleh jual harga 2 barangan keperluan...dgn harga murah setiap hari...so atas pengguna nak beli yg mahal atau yg murah...even diapers kat sini..walaupun huggies dan pampers ada dan hargnya mahal...di supermarket ni ada juga jual pampers jenama mereka sendiri yg kualiti nya tidak jauh beza dengan diapers yg berjenama...

Bukan diapers saja,malah barang makanannya pun sama...mungkin kalau segi mknan...dari segi rasa tidak dinafikan tidaklah sesedap y branded..tapi still boleh telan...dan sumber khasiat nya masih sama..agaknya itu salah satu faktor kenapa efek kenaikan harga petrol di uk ini tidak sehebat efek di malaysia....so what the moral of the story...mungkin kerajaan boleh buat pendekatan begini daripada hanya terus2an minta kita ubah cara hidup...sedangkan kita tidak diberi alternatif...

Satu lagi yg penting...perancangan kewangan kita sendiri..kitalah menteri kewangan dalam kehidupan kita...perbelanjaan yg tidak perlu boleh di kurangkan...seperti makan2 di restoran/belanja2 makan...tak perlu jalan2 /melancong sementara waktu ini...mungkin selama ini kita terlalu hidup mewah...menjadikan kita berbelanja atas/luar kemampuan kita...pernah seorg penceramah kewangan berkata..orang yg bijak akan berbelanja di bawah kemampuan...contohnya...jika gaji seseoarng iturm 3k sebulan..jika dii kira2 dia mampu beli sebuah kereta luar negara atau yg bercc besar (more than 2.5cc)...tapi jika dia bijak dia hanay akan membelanjakan wang nya untuk membeli kancil/kenari/atau yg sewaktu dengannya(<2.o cc)..ini yg dikatakan berbelanja di bwh kemampuan bukan atas/lebih dr mampu....fikir2 kan...begitu juga dalam hal membeli rumah atau brg2 lain...

bukan senang nak ubah cara hidup yg telah di amalkan selama bertahun2,malah datuk nenek moyang kita juga amalkan yg sama dengan kita....tetapi ini tidaklah mustahil...malah kita boleh lakukan nya secara perlahan2...dan bukan perubahan yg terlalu drastik...

p/s beringat sebelum kena...jika dah kena lebih waspada

Saturday, 7 June 2008

JImat

Dalam 2-3 hari ni...aku dalam mood masak bubur...bukan bubur kosong,tapi bubur beranika.cewah..campur sayur+tempe+kacang....kadang2 bolehlah tambah telur tak pun udang...so dalam kegawatan ekonomi ni...apa kata pakat2 mkn bubur...minyak tak payah guna...sepot bubur pun dah cukup mkn utk berkali2...masa pun sekejap jek...jimat gas apa....hehe..ni cadangan dr aku yg malas..haha..dan nak berjimat(ceh konon)...

mama..painting...


sempat lagi posing..


fateen tgh memerhati hasil lukisannya ...


tangan si kecik yg berhati besar..

Malam tadi selepas balik dari ASDA(supermarket) dalam jam 11 mlm...Fateen tiba2 jadi bersemangat untuk melukis...semasa di ASDA tadi belikan satu painting set(apron/painting brush/water paint/ngan segulung kertas....ingat kan fateen tak berapa berminat pada mulanya...berkali dia desak mama ngan bapa nya yg sudah letih ni untuk bukakan colour painting tu..."fateen..there will be no painting for tonight..mama promise we will painting tommorow morning..ok"tu ayat memujuk yg tak dilayan oleh anak kecilku ini...dia masih membawa kehulu ke hilir colour yg satu2 nya lagi belum dibuka(masa ni dia dah ready ngan apron)....
selepas solat isyak...dalam pukul 12 tgh malam..fateen masih lagi merayu mamanya ni..dengan wajah 15 sen nya...hmm...luluh juga hati ibuku ini...melihatkan anakku ni beria2 untuk melukis malam ini juga (to be exact ...tengah malam ni jga)...oklah setelah aku start bentangkan kertas surat khabar di ruang tamu rumah..rengekan fateen sdh berubah jadi senyuman yg paling puas...aku pun buka satu colour ja mlm tu...supaya tidak menambahkan lagi keseronokannya mlm ni..sekadar utk melepas batuk di tanggalah katakan...supaya fateen boleh tidur nyenyak malam ni ...hmm.."FAteen ...r u happy?",setelah biar dia melukis lebih kurang sejam juga...aku pun dah nampak yg fateen dah mula ngantuk dan penat...then dia bangun dari bentangan surat khabar tadi,dan ajak mamanya tidur.."mama...tidu"..then cepat2 aku buka apron nya sebelum dia bertukar fiikiran lagi...."jom tidur" kataku sambil mematikan suis lampu...fateen..fateen...

Friday, 6 June 2008


menuju puncak


tengah tunggu bas nak ke Karambunai


alhamdulillah ..sampai juga ke puncak

Lagu SO7 ni famous kalau tak silap aku masa 2002..agak2nya...kebetulan satu study grup aku minat gila lagu ni...lagu ni hari2 kitorang pasang semasa buat elektif di UMS sabah...tu jadi theme song kitorang lah..klau dgr lagu ni..teringat kala jalan kaki dari school perhutanan ke kampung A jauh nun atas bukit nun,malam pulak tu...makan soto jawa yg sedap kat restoran jawa,makan "chicken wing".....
pastu tajuk elektif kitorang masa tu berkenaan "semut"..seronok...sbb boleh g free buat fieldwork kat Poring Hot water...siap boleh mandi hot water tu malam2..since kitorang sebagai "researcher"..hehe....dah siap buat elektif tu pegi lah jalan2 kat Sabah...sempat lagi naik gunung kinabalu....pegi Pulau Manukan...Karambunai....hmm..miss everything..

p/s Ella,Mas,Ana and Sab..i really miss u all....

Thursday, 5 June 2008

Don't underestimated ur child,they are not too small to understand many things(including adult matter) that maybe we not even thought of it when we were their aged(young/teen) ...nowadays internet will allow whoever who want to now about everything including "sex"..we as parent should do close monitoring of them...don't let them find their own information and digested it alone...as we knew this stage of development they have "semangat inkuiri" yg tinggi...


In a front-page report in Metro Ahad, a 14-year-old student known as "Andy" admitted to paying RM5 "for a round of sex" with a senior at school, adding they would either "do it" at his or her home.

He said both parents were unaware of the activities as they thought the two were studying together and confessed that sometimes, one of his friends would join them for a "threesome".

"If I need sex, I only have to call or send her an SMS for an appointment.

"It all started when I began watching pornographic clips with my friend two years ago. Since then, my desire for sex grew and when I knew that this girl in school did not mind doing it for a fee, I decided to try it with her," he said.

Camp organising committee secretary Mahezan Baharom said the counsellors were shocked with how "frank and candid" the students were about their sexual activities although they were aware that they should not be having sex at their age.

Mahezan said apart from sex, the participants – aged between 13 and 15 – admitted to masturbating in a group, having multiple sex partners, consuming alcohol, glue sniffing, theft and smoking.MORE

ASTAGFIRULLAHALAZIM ...
mamafateenz


Ahmed Deedat

Wednesday, 4 June 2008

Fuel hike again..and again...and

"Effective from tomorrow, June 5, 2008, the price of petrol will be raised by 78 sen and the price of diesel will be raised by RM1," Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told a press conference.

The price of diesel will increase by a whopping 63.3 percent - from RM1.58 per litre to RM2.58.
more

Tenaga Nasional Bhd pula dibenarkan menaikkan tarif elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai ini memandangkan ia perlu kos yang tinggi bagi gas.
Bagaimanapun perubahan harga bahan api tidak melibatkan gas.
selanjutnya

p/s apa pula kenaikan lepas ni..?

[155]Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan
sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan
merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan
dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan
berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa
oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya
kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah
kami kembali."
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi
dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta
rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat
petunjuk hidayahNya.

(surah al-Baqarah)
Masa aku kecik2 dulu...darjah 2 atau 3..pernah lah cikgu suruh menari untuk majlis penyampaian hadiah...masa tu tak tau apa pun..semuanya baru belajar...hehe..so setiap petang after sekolah kami akan stay di rumah cikgu ASmah di flat guru...cikgu ni memang pandai menari...kalau aku tak silap tajuk lagu tu "Selamat Datang"...masa budak2 manalah kenal erti penat..seronok adalah...balik ptg dalam pukul 6...
ada sekali tu bapa aku dtg lambat ambik dari kelas menari...rasanya bapa dah pesan pun yg dia akan lambat...aku masa tu ngan kak nah (pun ikut menari gak)mula2 bersabarlah menunggu...cikgu minta kami tunggu dirumahnya tapi kami mau jugak tunggu di bwh flat tu..agaknya sebab lambat sangat ,malam pun dah makin kelam...kami pun jadi takut.dan menangis2 adik beradik...agaknya tangisan kami tu didengari oleh gurubesar seklah kami yg duduk di kuarters berdekatan...so kami pun di ajak naik...dengan berat hati dan muka monyok...(kalau fikir balik...bahaya juga kami ni budak2 tunggu kat luar esp malam2...kalau zaman sekarang jgnkan mlm..siang2 pun boleh hilang juga)tak lama lepas tu bapa pun dtg...hmm baru lega....
oh ya kisah menari tu...dah letih berlatih tak tahu berapa lama...tibalah hari penyampaian hadiah...so hari tu yg buat aku seronok masa cikgu make up2...hehe..pastu pakai kain pelikat bapa aku yg berkilat..kalau tak silap aku warna biru...hmm..masa persembahan tu ok...semuanya berjalan lancar...tapi biasalah budak2 ..ada juga yg tak ikut tempo...hehe..aku rasa aku ada lagi gambar tu...tapi kat msia lah..takpa..nanti balik msia aku nak scan semua....hehe buat kenangan...

p/s..ni yg tengah dalam mood irama Malaysia nih...

Tuesday, 3 June 2008

Zapin Yang Tinggal

Masih ada lagi, rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang, masih lagi terbayang lagumu
Rasa wangi lagi, haruman mu ibu
Keringat ayah, di kamar yang tinggal

Ibu... aku telah dimiliki
Jauh... kutinggalkan desa ini
Pusaramu kusiram, kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan, aku kini rasa disayangi

Pulang abang, pulang saudaraku
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi

Ku mohon ampunmu, pinta ibu tidak kutunaikan
Kutinggalkan jua, desa ibu yang sangat kucinta
Harus kuikuti, tempat ku berpegang
Selepas kau pergi, kami yang tertinggal

Saudaraku, dengar nyanyianku
Kalau boleh, ulanglah selalu


p/s nice song

Rear seat belt enforced...

Betulkah, saya pun tak tahu (Is it, I did not know),” he said, suggesting that more information be disseminated via the media on the new rule.

A 50-year-old businessman, who only wanted to be known as Choy, went one step further by questioned the need for the ruling.

“Most cars have only two rear seat belts. Does that mean I can only drive four people in my car?” he asked.

more

satu langkah yang baik untuk diimplementasi...kalau kat UK ni..even car seat for child is compulsory...no child would be allowed to travel without their own safety car seat...so there will be a passenger limitation....no over-crowded...no ore child jumping here and there....or the worse case scenario...the child may accidentally open the rear door(those who forgot to set the child lock) while the car moving and the sequenced may be fatal...so after this...hope will be no more preventale event like this in the future...


booster seat for bigger child


Fateen tidur awal hari ni..kebiasaannya kalau terbangun dari tidur dia akan menangis...kenapa?ntah aku pun nda faham...tapi kali ni aku biar kan saja dia menangis sampai dia berhenti sendiri...agaknya kering tekaknya sbb lama menangis...dia pun memangil aku dan kata.."mama...mau minum"dan buat muka sedihnya tu..hehe..selepas minum dia sambung tidur semula....haus rupanya..

tengahari tadi terkejut aku ngan bapanya apabila tiba2 saja Fateen tanya bapanya..."what r u doing?'aku yang masa tu tengah tidur2 ayam..pun tersenyum dan buka mata..betulka fateen yg ckp tu...bapanya yg menjenguk ke tingkap pun terpana..apabila diajukan soalan oleh putri kecilnya tu...alhamdulillah..ada perkembangan...pastu satu lagi klau bapanya tegah dia buat sesuatu...then dia tanya balik"why?"...amboi...pastu dia sambung dgn ckp2 budak2 yg kami dua pun tak faham...konon2 nya membebel lah tu....hehe.Fateen...fateen...penyejuk mata bapa dan mama..

Blog Archive