Wednesday, 26 March 2008

Seorang doktor(HO) perempuan nak bunuh diri...kat HSB alor setar i think dalam bulan march tahun ni juga..dengar2 nye siap masuk TV3..berita penuh from utusan online

Terkejut juga aku apabila dengar pasal menda ni..tapi as a doktor....aku faham tekanan yg dihadapinya especially masa housemanship...tambah lagi dengan masalah peribadinya...kita yang memandang/mendengar ni tak tahu berat mana beban yang di tanggung kat dalam otak nya sehingga menyebabkan dia berada dalam severe depression...bukan dia tak tahu psychiatric matter...semua tu dia dah belajar kat medical school dulu,tapi itulah dikatakan manusia...kadang2 ketidakwarasan tu boleh menghilangkan pertimbangan diri...dan kita yang jadi pemerhati ni tak boleh lah nak salahkan dia 100%...mungkin ada kepincangan sana sini yang menyebabkan doktor tak boleh nak cope with stress....(kalau tak pernah jadi doktor..dont ever blame this girl...be in her shoe first)..kalau tak kuat semangat dan kuat iman memang menda2 ni boleh jek terjadi...mungkin rasa tak logik je kalau sebab bf dia boleh decide nak bunuh diri...tapi boleh jadi juga tekanan nya jadi lagi teruk dengan beban kerjanya yang "so hectic",
So kepada sesapa yang akan jadi doktor tu buat homework banyak2 ngan ur senior...ke..lecturer ke as ur guidance...mungkin dr experience mereka kita boleh keep ourself ready to enter "worklife as an houseman"...oh ye...sesape yang nak jadi doc husbnd/wife to be pun kena exposed ngan menda2 ni..so takdelah dah kahwin besok terkejut beruk and tiba2 rasa mcm nyesal ke hape kan...(esp yg non-medical based partner)hmm..tapi kadang 2 pelik Malaysia je ke yang ada sistem housemanship yang hectic nih?how about other country.....hmm kena kaji

p/s tak lama selepas incident tu,ada satu lagi kejadian yg mengaitkan housemanship yang maut dalam kemalangan jalan raya..difahamkan dia ni postcall...ntah ngantuk ke apa semasa memandu langgar belakang lori 10 tan...die on the spot...takziah

isle of wight tour...24/3/08






Ceh bunyinya macam international event plak...tapi sebenarnya this is one day trip to isle of wight...sebuah pulau yg terletak tak jauh dari soton,perjalanan kami bermula pukul 7 pagi dari rumah ke jeti /dock 7...dekat jek...start naik feri pkl 8 pagi...hmm..perkhidmatan ferri kat sini boleh dikatakan 1st class...compare tu feri labuan yg aku pernah naik dulu..tapi iyalah tak boleh nak compare...redfunnel ferry ni pun dah very well established...dah 150 tahun berkhidmat...so no wonder lah...kami konvoi dua kereta...satu keta 4 org...adult 5,child 3...after 45 minit kami pun sampai ke pulau ni...first place yang kami pegi ni di namakan "the needle park" terletak kat sebelah west...viewnya memang outstanding and very inspiring...walaupun pagi tu sangat sejuk..kami teruskan juga usaha untuk mengambil beberapa gambar2 di spot2 menarik..after 30 minit kat sini,kami pun bergerak ke freshwater bay...ni pun superb dia punya view...pantai berbatu..bukan pasir...after snap2 dan beli souvenir...teruskan pulak ke compton bay...masa sampai ni dah pukul 11 lebih..memandangkan perut pun dah mengamuk kami pun makan bekalan kami kat sini...dan sama juga kat sini pun aku suka pemandangannya...pas makan2 kami terus ke brighton..utk ke museum...museum dia unik sangat...seronok nya...Godshill lagi seronok...ni model village...banyak model2 rumah kecik...yg mewakili..village ni...aku adalah upload byk gambar kat aku nye Fotopages tuh...kesimpulannya pergi tempat ni memang berbaloi...dan rasa seronok sangat...itupun dalam masa sehari tak sempat nak menghabiskan semua tempat..btw...really enjoying...

Friday, 21 March 2008

limitation...

hmm..at least somethin "nice" to be implemented(Promotion for doctors..)...and hopefully the effort to keep our own doctors (government) ..will become true..but for me..maybe this is the indirect effort to "hold" our doctors..but not until turned some doctors to be more materialistic rather than to keep the nobility of this profession...why I said it indirect measure?it is because..if u worked as a doctor u will face the hectic job experiences because of lack doctor...meaning that u have to work EOS(every other shift-as in my ED)..no weekend for u.because everyday is ur stress day...thought of ur salary doesn't really much worth it...doesn’t really paid what u’ve done all these while..can caused u in more stress...many complaints from patient/relatives patient due to inefficient /less quality of performance....u've been scolded by ur superior because of the public complaint out in newspaper/email/suggestion box...although he/she (ur superior) doesn’t knew whether ur child/family at home also suffered because only can be with u for only 8 hours or maybe less due to long nap before u get up for ur next shift as less /not motivated person in the world(urself..of course).....so that's it...will ur money make u more happier after this,will ur BIG money delete all the complaint u get,will ur money bring ur family nearer to you after this...the answer is NO..please pay my time...time for myself/for my family....cause for me money CANNOT RETURN my precious time back...cannot return my baby first smile back to me…not even her first word call me "mama" or her first step…stop treated us like a robot with no heart and no feeling...we r human/not a machine...we've our limitation ...that's why it's ended up doctors "flying" to private sector..i guess or maybe not... i just hope for a better outcome...insyaAllah..

from the bottom of my heart...sad mama

Wednesday, 19 March 2008

terima kasih ma'


Entry kali ni aku ingat mahu buat satu sajak buat ibuku yng tersayang...tapi aku ni bukanlah penyajak...penyair pun bukan (kalau setakat bersyair tu boleh lah..itupun hasil didikan mama ku)...
Mama....bukan umi/bonda.mahupun ibu...MAMA...itulah perkataan pertama (agaknya...)yang aku sebut masa ku kecil...mamaku kini sudah berusia 59 tahun...berjiwa penyayang dan bersemangat kental...semenjak arwah ayah meninggal pada 7.11.1992(tarikh ni sama ngan birthday adik lelaki ku yang bongsu yang hari tu adalah hari jadinya yg ketiga)...kami sekeluarga berhijrah ke kampung Pimping(kampung kelahiran ku dan kampung mama)...alhamdulillah nasib baiklah,keluarga sebelah mama masih ada yg hendak membantu...dari segi kewangan dan moral support...segalanya terasa begitu pantas..mama masa tu tidak banyak bercakap2,aku pun sebenarnya seakan tidak percaya..betulkah kami sudah bergelar anak yatim?betulkah selepas ini aku tidak akan berjumpa dengan bapaku lagi..aku tahu...mama lagi terasa kehilangan bapa...teman hidupnya bersama mengharungi kehidupan selama 20 tahun..bersama 8 orang cahaya mata...kasihan mama terpaksa menanggung kami lapan beradik dengan gaji guru sekolah rendah...yang tiba-tiba terbeban di bahu ibuku seorang sahaja...kakmi(kakakku yang sulung) masa tu baru dalam matrikulasi UIA....yang lain semuanya baru sekolah menengah dan 2 adikku masa tu belum pun sekolah...masyaAllah..kuatnya mamaku...aku tidak dapat bayangkan apa yang ada dalam fikiran mama ku masa tu..pada siapa dia akan mengadu segala masalahnya,pada siapa dia akan berkongsi duka dan sedihnya...sedangkan kami masa tu masih budak ingusan yang baru hendak mengenal diri sendiri....mama tidak pernah tunjukkan pada kami bahawa kami ini adalah bebannya...malah sentiasa diberi galakan jika hendak sambung belajar...
Mama yang dulu terlalu "dependant" dengan bapa...sekarang harus dan terpaksa melakukan segala2nya solo...semuanya demi kami.,belajar memandu pun demi kami,dia tidak mahu ada bezanya kami dengan anak2 lain,baginya selagi mama ada kami tidak akan rasa pincang...ingat lagi semasa kami hendak menyatakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tidak pernah mama menentang/menghalang,bukannya tidak pernah terfikir di benak kami...bahawa sambung study maksudnya akan menambah beban mama...malah digalakkan agar kami jadi insan yang berguna....bagi mama wang memang masalah tapi mama percaya rezeki dari Allah sentiasa ada......
Kesabaran dan doa mama alhamdulillah di makbulkan oleh Allah...sekarang mama di kelilingi anak2 nya yang berjaya...yang menyayanginya setiap detik dan ketika,yang mendoakan kebahagiaannya dunia dan akhirat...yang mahu melihat mama terus bahagia dan gembira di usia senjanya...
Bagi mama kejayaan anak2nya adalah kekuatan nya...yang buat dia terus tabah untuk terus berdiri sebagai"mama dan bapa" di kala kami kehilangan bapa dulu..dan segalanya terbayar dan insyaAllah semoga kebahagiaan ini berkekalan...mama mungkin tidak akan membaca coretan ku ini..kerana batasan teknologi..
tapi aku mahu mama tahu yang kami sayang padanya....terima kasih mama....Allah sahaja yang layak membalas segala jasa mama....

asmi,salinah,suhana,suzana,sarina,fadli,asnizah,ghazali........

p/s puaslah aku mengesat airmata depan laptop aku ni..padahal husbd duduk belakang aku je..nasib baik dia tak perasan sebab sekarang ni tgh kena selsema satu family...

al Fatihah buat allahyarham Awang Piut Matumar....semoga rohnya bersama2 orang yang Soleh

Tuesday, 18 March 2008

dilemma pengasuh

DILEMA bagi ibu berkerja dan tidak mempunyai pembantu rumah ialah mencari pengasuh yang sesuai dan boleh dipercayai untuk anak-anak.

Banyak perkara perlu diberi perhatian serius kerana anak-anak akan ditinggalkan seharian di bawah jagaan pengasuh. Faktor keselamatan adalah paling meruncing, selain soal kaedah asuhan, penjagaan dan kebersihan.

Berikut tujuh panduan bagi mengenal-pasti pengasuh anak anda tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

* Apabila menghantar anak ke rumah pengasuh atau taska pada pagi hari, anak tidak memberikan reaksi gembira seperti senyum ketika disambut oleh pengasuhnya. Seorang pengasuh memang tidak boleh menggantikan tempat seorang ibu, namun bayi haruslah mempunyai kepercayaan serta mempunyai perasaan suka serta menyayangi pengasuhnya. Kemungkinan bayi anda dan pengasuh tidak mempunyai ‘ikatan kasih sayang’ ataupun pengasuh itu sendiri tidak menunjukkan kasih sayang serta keselesaan yang dimahukan oleh bayi. Dalam apa jua hubungan kemanusiaan, chemistry penting bagi mencapai keserasian.

* Pengasuh terlalu berahsia tentang apa yang dilakukan sepanjang hari bersama anak anda. Pengasuh yang baik, akan menceritakan perkara yang dia lakukan bersama anak anda, malah perkara baru seperti anak mula memanjat atau meminta makanan dijadikan topik perbualan mesra antara ibu bapa dan pengasuh. Sudah pasti sebagai ibu bapa kita sendiri tertanya-tanya apakah yang dilalui oleh anak sepanjang kita keluar ke tempat kerja. Katakanlah pengasuh anda itu tidak begitu fasih dalam bahasa anda (contohnya pembantu rumah dari Indonesia) ia masih bukan menjadi masalah untuk mengetahui apa yang berlaku di rumah, rumah pengasuh atau taska tentang apa yang berlaku.

* Anak anda mudah sangat terjatuh atau tersungkur, ini dapat dilihat menerusi kesan benjol di dahi atau apa saja yang nampak lain pada mata anda. Seorang pengasuh yang baik mesti sentiasa mengambil tahu tentang apa yang bayi lakukan dan pastikan persekitarannya selamat seterusnya mengelakkan sebarang kemalangan. Jika perkara seperti itu berlaku, kemungkinan anak anda dibiarkan bermain sendirian tanpa pengawasan pengasuh.

* Anda seringkali perasan bahawa arahan anda kepada pengasuh tidak diikuti. Sebagai contoh anda telah memberi nasihat kepada pengasuh bayi anda agar tidak memberikan air manis kepada anak, namun pengasuh bertindak seperti lebih tahu daripada anda.

* Jika anda mengupah pengasuh yang berulang alik ke rumah anda, pastikan dia datang tepat pada masanya, jika dia sering kali lewat, carilah pengganti yang lebih komited dan memahami kehendak anda. Sikap lepas tangan dan punca kelewatan yang tidak boleh diterima akal bermakna pengasuh itu memang tidak bertanggung jawab dalam hal menjaga anak anda juga.

* Bayi anda sering kelihatan tidak terurus dan kotor. Jika perkara asas tentang kebersihan bayi tidak dapat ditangani oleh pengasuh bayi, maka sudah tentu dia tidak mampu memberikan keperluan lain seperti makan, minum, layanan dan sebagainya.

* Pengasuh bayi anda sering kali mereka cerita. Sebagai ibu bapa jangan sesekali bertolak ansur dengan pengasuh yang suka menipu, bercakap bohong, mencuri dalam apa jua cara sekali pun. Kepercayaan serta keyakinan antara ibu bapa dan pengasuh harus wujud demi mewujudkan hubungan yang baik antara bayi, pengasuh dan ibu bapa.

* Panduan dipetik dan diubahsuai dari laman web www.babycenter.com.

Subuh Yang Terakhir

Subuh Yang Terakhir
Album : Epik
Munsyid : Rabbani


Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

what she can do...



Circle,square,star,triangle....eye, mouth,nose,cheek,hand,hair,head, kaki (doesn't know why she rather say it kaki than leg).....1,2,3......until 10....,shoe,baju, very few rhymes..like twinkle2 little star..row2 your boat(this song she will sang it together with action),10 little indian,hmm...selain mama,bapa,nenek,and wawa,makan,minum,tido,bia'....all these words/rhymes my dear fateen had learned so far....today she is 2 years+3 months+2 days...even tough she isn't that fluent in speaking yet...but i will always observe what she can do rather than what she cannot do....BE POSITIVE

Monday, 17 March 2008


Today my dear Fateen was really...really excited..when i brought her to the playsession SURESTART at the basset green school...although it was quite chilly outside but this time i have to be more stronger than a few month before...it almost 2 months,i didnt bring her to this session...it all because of weather outside and inside my self (hehe...mood-dependant)....and today also for the first time im stayed for almost 2 hours until the session over..so many new toys and new friends around..and today session i've seen new faces(from all races-including asian of course)..hmm the best thing ever..i've meet with a new friend from Korea....actually this is her first time brought her child to the session,but the interesting fact that she already here for almost 5 years..(so i thought to my self...at least 2 months"missing"...is still good enough huh)heheh..
the picture shows fateen play with colourful rice but today it had been replaced with sand...quite enjoying not only for children but also for mother and babysitter...

Saturday, 15 March 2008

masak apa hari ni?


hari ni aku dilanda kebuntuan lagi..especially time petang2 macam nilah,sebab kena prepare dinner...nak masak apa ya hari ni?tu jelah soalan yg selalu bermain dalam otak aku ni...target kena siap sebelum ayahnya balik dr ofis membawa perut yg berkeroncong(ada lgi sejam)...hmm..semalam dah buat percik(2nd time cuba tu..oklah adalah kurang sikit masam nya dr first time buat dulu)tp hari ni rasa macam nak buat tomyam....so buka lah website myresepi tu kot2 ada yg aku boleh praktikkan...tomyam ni salah satu makanan kegemaran husnd aku...sebelum ni aku tak tahu pun buat tomyam tu semudah A,B,C...hehe...janji ada kiub tom yam lah....hehe...alamak tapi hari ni aku baru perasan stok kiub pati tom yam aku dah habis...hmm..tapi still nak makan tom yam...aku pun bukalah almari stok kot2 ada yg aku boleh masak meyerupai tomyam ni...haaa...ada "laksa paste "dh lama simpan kat almari stok ni...ha ,,klautengok ingredients nya boleh lah ala-ala tomyam gtu..so aku pun mulakan operasi...masak dinner hari ni..ayam masak...hmm ..laksa lah...hahaha...takpe janji sedap dan boleh makan...

hmm..sedang aku blogging ni...ayam laksa tgh boiling masa ni..baunya pun dah menusuk ke lubang hidung ni...ok...tiba2 aku teringat tom yam masa kami menginap di peak lodge di kaki gunung kinabalu tu...kebetulan best friend aku dtg nak berjalan2 di Sabah..yg best tu tomyam tu ada udang,tenggiri,ayam ngan sotong...semuanya fresh sebab baru beli di tamu(pasar mminggu) on the way ke sana..hmm...sedapnya...tunggulah aku balik sabah...habis segala seafood aku kerjakan....heheh

Friday, 14 March 2008

Nikon D40x d-SLR








The compact Nikon D40x -- designed to deliver the picture-taking benefits of a digital SLR, yet is easy and fun to use. The D40x is ready to shoot when you are, thanks to split-second instant shutter response which eliminates annoying shutter lag. Exceptional image quality is made possible by a high resolution, 10.2-effective megapixel CCD image sensor and Nikon’s exclusive image processing engine. 10.2-megapixel resolution invites creative picture cropping freedom without loss of picture quality and delivers the ability to make enlargements of extraordinary size. Additional features include built-in flash with innovative Nikon i-TTL control, In- Camera Editing features with Nikon D-Lighting, Red-Eye Correction, Image Trimming, Image Overlay, Filter Effects and more. An ingenious HELP Menu with "Assist Images" helps you select the appropriate settings for many camera features, and the included 18-55mm f/3.5-5.6G ED II AF-S DX Zoom-Nikkor lens allows you to start shooting right away.


Thursday, 13 March 2008

hmm..anak mama

Dah 3 kali masuk kali ni fateen asyik ajak maknya bawa dia ke toilet nak"BO (bowel open)"..bia' katanya...sambil mimik muka yg macam betul2 in rush nak g toilet..so mak dia ni pun "terpedaya" lah ngan karenah si kecik ni..mentang2 mak dia nak toilet trained dia..suka pulak dia duduk atas toilet bowl tu...last2..nothing was out...then dia senyum2 kat aku..hhmmm...Fateen...fateen...yg keempat kali..baru dia BO betul...tapi kali ni dia tak bising2...malahan dia sembunyi belakang kerusi maknya yg sibuk blogging nih..."fateen...jom g toilet"...dia senyap sambil menggeleng kepala..tanda tak setuju.."last2...terkorban juga pampersnya yg baru aku tukar tadi...hmm....failedlah TT aku...

Town quay





hmm semalam kan wed anniversary kami yg ketiga....kali ni takdelah hotel2 ke/rstoran berpusing ke...cuma g "restoran taj tandoori"(hmm restoran juga tapi static)restoran ni terkenal ngan Kebab...kalau dtg sini mesti order doner kebab..daging tu di potong panjang2....selalunya takeaway je kalau g sini,tp kali ni kunun2nya nak celebrate...so lunch lah kat sini...macam biasa dah makan semua,mesti tapau sikit bawak balik sebab banyak sangat satu meal tu....selepas lunch ajak husbnd pg area dock...ni first time baru nak g...rasanya pusing2 4-5 kali jugaklah sebelum smpai ke destinasi...ada sekali tu tersesat pulak pg dock yang tak boleh masuk....nama tempat tu town quay...parking kereta atas laut...sejuk bukan main....ngan anginnya yg kuat...banyak lah burung2 camar kat situ...Fateen siap mengigil2 kesejukkan....

Wednesday, 12 March 2008

alahai fateen....

minggu ni ada islamic awareness kat uni.of southampton..malam ni pegilah satu family...dah masuk dalam dewan dah ramai yang datang khusyuk mendengar ceramah dr penceramah jemputan ustaz khalid..from US...hmm aku dah siap bawa bekal biskut ngan soft drink untuk Fateen,kot2 dia meragam...baru nak mencecah 5 minit duduk...panas pun belum lagi tempat duduk aku.fateen dah mula meragam..nak bermain2 kat tangga dewan tu...hmm..nak tak nak..kena bawa fateen keluar dewan segera..kalau tidak gamat jadinya nanti...so sudahnya...dengar "ceramah" lah aku ngan fateen kat luar dewan sampai habis...alahai Fateen...

Tuesday, 11 March 2008

jauh di mata....



esok..insyaAllah wed anniversary kami yg ke tiga...tahun ni takdelah pulak plan macam dulu2,since husbnd pun tgh busy ngan Phd nya,dan aku bz ngan fateen...our first anniversary kalau aku tak silap kami celebrate kat restoran "berputar" kat wisma tun mustapha(aka yayasan Sabah)...then tahun lepas,masa 2nd anniversary kami celebrate d hotel le meridien kat KK je...jarak ngan rumah pun tak jauh..just nak amik mood "privacy"..fateen masa tu kami tggl je ngan maid aku...duduk pun satu malam je..ngan dinner..tp takde lah "candle light dinner ke hapa....macam besa ni pun sebab tak dpt cuti ...apa2 pun tak kesah lah ada celebration ke tidak ,yng penting Allah panjangkan dan kekalkan jodoh kami berdua...dan walaupun jauh di mata nanti tapi sentiasa dekat di Hati

Kau masih kucintai…
Dari awal dulu hingga hari ini,
Aku pasti seyakinnya pasti
Kaulah satu untkku
Kau masih dewi hatiku
..sungguh
Biar sejuta tahun hilang dek hari.
Usah resah syg usah ragu
Aku milikmu…
(*) Cintaku jika kau tanya pada bintang
Kemilauan sinar takkan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam, sangsimu ..
ooo Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Takkan tercakar tinggi cintaku
Hanya hatiku tahu apa mahumu
Dan duniaku pastinya milikmu hingga keakhir hayatmu…
(*) Cintaku jika kau tanya pada bintang
Kemilauan sinar takkan hilang Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam, sangsimu ..ooo
Kau masih kucintai sungguh
Dari hari pertama kau kunikahi
Aku pasti yakin dan pasti
engkau milikku...


Saturday, 8 March 2008

ingat nikah tu..just akad nikah ja...

ni cerita di sebalik cerita aku pasal persediaan kahwin aku dulu...dalam lagi seminggu majlis pernikahan kami...tiba2 kakakku sms..."borang nikah sudah hantar"...hmm?borang apa pula yg kena isi?aku igt kan selama ni kalau mau nikah...akad nikah jek lah....rupa2nya kami terlepas pandang...kakak aku pun lupa hendak mengingatkan..ada lagi seminggu lagi masa nak nikah...aku terus ajak bakal suami ku masa tu balik ke kampung untuk urusan di pejabat agama daerah...ajak ibu ku sekali..kelam kabut kami hari tu...banyak pulak tempat kena pergi...pastu pegawai yg kami hendak jumpa pun masa tu...dah lunch break...alamak..pukul 2 ptg ja kami tercegat depan pejabat agama utk minta borang,itu ini...hehhe..adake patut...kalau tahu sdh pun di setelkan seawal mungkin..dari kgbalik semula ke KK(dalam 2 jam perjalanan)..ada pulak kena pergi jumpa pegawai di Kota kinabalu...then bakal suami pula masa tu di minta sediakan surat akuan bujang ...dalam suasana yg kelam kabut tu sempat pulak terfikir"eh sempat ke nih..kang tak kahwin lah kami..padahal urusan2 luaran..surat jemputan ..malah tok kadi pun sdh di booked awal2..."hey..ponin kepala dah.....tapi iyelah dah menda baik di permudahkan oleh Allah...akhirnya menda tu setel juga within 2days...alhamdulillah...

p/s..siapa yg nak kahwin checklist kena ada....

Friday, 7 March 2008

thanks for the award


terima kasih kak kin...kak kin seniorku masa kat Kelantan,jumpa balik masa kat Uk itupun melalui friendster..hehe...satu persamaan kami ni...dua2 ambik CTG ikut suami study. kat ukdan kami dua org ni adalah casualty MO(but obviously kak kin lagi berpengalaman dari aku ni)...hmm tak sangka yerk....mula aku tak igt,tapi dah tgk gambar..tang tahi lalat kat dagu itu buat aku berjaya mengimbas kenangan silam..hehe..thanks again kak kin...

JOM MENGUNDI

hmm esok waktu malaysia adalah hari mengundi...undilah sesiapa yg berpeluang di sana...aku?hmm ...aku kena tunggu 4 tahun lagi lah nampaknya...SELAMAT MENGUNDI SEMUA!!...kita lah yg menentukan masa depan Negara...

mari lah mari
pergi mengundi
tunaikanlah kewajipan pada negara..


Lagu ni simple tapi mesej nya sampai...

Thursday, 6 March 2008

lawak pun ada... geram pun ada...

Hmm..kalau aku jauh je dari laptop ni banyak pulak idea aku nak tulis apa,tapi kalau dah melekat kat depan ni..terus jadi mental block..hmm..oklah aku nak share skit pengalaman aku ni masa sekolah kat Maktab Sabah...masa tu form 2..umur aku baru 13 tahun,aku ni sangat lah kecik masa tu bandingkan ngan kakak aku yg aku sekelas ngannya masa tu...aku ni sebab kecik dan nampak macam fragile jek kan,ada lah budak yang suka buli aku..kesian aku...budak lelaki ni namanya pian(bukan nama sebenar)..aku still ingat lagi ngan fullname dia tapi takyah lah aku sebut semuanya...masa form 2 tu(1992)...aku ngan kak nah ni alhamdulillah dah pakai tudung ke sekolah..oleh kerana mak aku underestimate akan kekerdilan aku..tudung aku tu sangat singkat...hingga kadang2 boleh lah nampak leher aku ni(hmm..betapa singkatnya tudung tuh)...so budak yg suka buli aku tu..kerja nya menarik tudung aku ni dari belakang(kebetulan plak dia nii duk belakang aku)bukan sekali dua,malah kerap kali...sehingga sampai satu tahap aku marah sangat kat dia ni..dan cakap"ko ni pian,kalau kau nak buat apa2 kat aku buatlah,tapi jgn tarik tudung aku"sebabkan marah aku takdelah terfikir yg cakap aku tu boleh menjadi maksud yg lain,ngan muka "hampeh" dia tu dia senyum semacam kat aku...nasib baik refleks aku masa tu cepat,"paang" kena ketuk sekali kepala dia...kecik2 dah fikir ke lain pulak....baru padan muka...

i've been tagged again...

Ooh..mentang2 kak kin dah jumpa" mangsa" baru,asyik jan je ni jadi first tag
Ni pulak rules kali ni....

1. Pick up the nearest book (of at least 123 pages)
2. Open the book to page 123
3. Find the 5th Sentence.
4. Post the next 3 sentences
5. Tag 5 people

ok..sebelum jan jawab tugasan tu..ha ni akak nyer jawapan...(skema jawapan..hehehe)
Rule no 2~

Buka page 123

ok...dah buke...

Rule no 3~

Find the 5th sentence.

Ok...ni 5th sentence dia...

"Khitan itu sunnat untuk lelaki, dan suatu penghormatan untuk wanita."
(ni terjemahan daripada satu hadis, hadis tu ayat ke 4 :p)

Rule no 4~
Post the next 3 sentences

Para ulama Hadis telah mengatakan bahawa Hadis ini dha'if (lemah) dari tinjauan sanadnya, dan Hadis yang dha'if, sebagaimana yang telah termaklum pada ulama fiqh, tidak boleh dijadikan hujah dalam mengistinbath (mengambil sumber) hukum-hukum syariat. Kalaupun dikira juga bahawa Hadis itu sahih, maka maknanya bahawa Rasulullah s.a.w. telah mensyariatkan khitan dan memerintahkannya, jadi jelaslah ia menjadi wajib. Dalam bahasa Arab, Sunnat bererti Thariqah, yakni perjalanan.
Sambung sket lagi la... (wat kije lebih sket nih...hehehe) sbb nak cukupkan satu paragraph penerangan pasal hadis tadi.
Apabila dikatakan Sanantu-lahu yakni Syara'tu-lahu, yakni aku telah mensyariatkan baginya. Jadi sabda Rasulullah 'Al-Khitaanu sunnatun lil rijaali', sunnat di sini bererti syariat.


Hmmmm....pasal 'berkhitan' rupanya ...
OK..ini jan punya task....

1. Pick up the nearest book (of at least 123 pages)...jan pick up buku ni.."Fikah Luar Negara"...tulisan Maszlee malik dan Hamidah Mat.


2.Open page no 123...berkenaan "mereka yang rugi dan untung pada Tahun baru"

3. Find the 5th Sentence. ..."Berkarton-karton diangkut oleh para "penyambut" tahun baru demi merayakan ibadat yang mereka namakan sebagai new year's eve."

4. Post the next 3 sentences...."Selain dari syarikat kondom,pengusaha pengusaha hotel dan klinik klinik perbidanan yang mendapat keuntungan daripada pembedahan pengguguran anak2 yg tidak diingini.Pastinya yang beruntung adalah iblis dan syaitan..."


5. Tag 5 people...hmm..bagi kat ruth dulu lah...sebab dia ni satahu jan bnyak membaca..so boleh share ilmu skit...

so-1st ruth sabrina http://ruth_sabrina1.blogs.friendster.com/my_blog/
2nd-tia http://honeyy_deww.blogs.friendster.com/honeyy_deww/
3rd-budakhutan http://budak-hutan.blogspot.com/
4th-anna http://ordinary-mother78.blogspot.com/
5th-yus http://yuhanisyusof.blogs.friendster.com/yuhaniss_page/

novel pilihan

Kalau dulu masa student,tgh busy dgn study tu kadang2 sempat lagi mencuri masa baca novel melayu/english...ada juga dari koleksi peribadi,kdg pinjam dari kwn2,tambah pula roomate aku pun sekepala ngan aku...dan yg lagi best tu dia ni up-to date sungguh kalau ada novel2 best dan baru ,maklumlah kakak roomate ku ni kebetulan plak kerja kat kedai buku...hmm makin seronot la aku...satu perkara yg susah tu,kalau dah start baca kena baca sampai habis satu buku tu,kalau tak tak bleh lah nak start balik menelaah pelajaran...kang teringat2...antara novel2 melayu yg aku suka..hasil nukilan malee chuswan,aisya sofea dan fauziah ashari..nyesal plak aku tak bwak buku2 aku tu ke sini..kalau tak mesti dah aku pulun baca balik...hmmm...

sorry fateen...


fateen sekarang dah ada kartun favoritenya sendiri...kalau dulu asyik cinderella 24 jam..sekarang dah pandai demand nak tengok chicken little,kengkadang peterpan...ni tgh aku blogging ni,dia baring kat sofa sebelah aku sambil tgk kartun favouritenya tu...siap gelak2 lagi..amboi macam "orang besar"..oklah tu kan,kalau tak asyik merengek macam baby je...nak di dukung...padahal badan tu dah tak masuk piawaian utk didukung oleh mamanya yg ketot dan terbantut ini....
Hmm..cuma cakap nya tak begitu petah lagi..agaknya sebab dia sorang je budak kat rumah ni...dan mama budak ni pulak,asyik mengadap komputer,dan sangatlah malas mahu melayankerenahnya...hmm..kesian fateen(too bad to be a mother like me)...sorry fateen i'll be change for u...

i've been tagged


Kak kin,sebenarnya ni 1st time oh...tapi sebab kak kin yg tagged takpe..akan ku tempuhi juga...
first of all kena c&p dulu untuk panduanku yg tak tahu nih...Here come the rules:-
1. Blogger being tagged is to list out 5 of his/her favourite links. These links can be business links, favorite sites, affiliate links, whatever you want BUT must be clean and non X-rated sites.
2. Then, tag 5 bloggers to share the links.
3. Also, please link back to the person who tagged you.

so these are my fav.link...
  1. My Resipi.com: senarai resepi (hmm link ni sangat penting bagi org yg ketandusan resepi macam aku ni
  2. Perantau Holidays.com(sesuai utk kaki jalan macam aku)
  3. Fotopages.com(dah suka jalan,mestilah suka amik gmabr,so kenalah masuk fp pulak)
  4. Friendster.com(to find my old friends)
  5. PhotoBox - Digital photo prints and gifts, free online photo albums & digital photo sharing(dah amik gambar kena pula print -out..nak anto ke kg halaman) hmm...i've finished my task...so who's next...???so how about yuhanis(http://yuhanisyusof.blogs.friendster.com)..to be my first person to be tagged!!
2nd-ruth.3rd-tia.4th-budakhutan 5th-kak kin

Tuesday, 4 March 2008

wedding anniversary...just around the corner




aku sukalah kalau dekat wed anniversary kami ni...entry aku mesti pasal gambar2 kawin aku dulu...just for "refreshment"...dan semoga segala memori indah mula2 kahwin dulu keep on coming to us... :-> nak kata aku yg buat preparation tak juga,sebab susah betul nak dapat cuti masa tu..aku baru masuk o&G first week..so aku hanya start cuti sehari sebelum aku nikah..so balik kg pelamin semua dah adikku dan keluarga siapkan...aku just beli "raw material" nya...then malam nikah tu..besa adik beradik aku yg lain ptg jumaat nikah,tapi aku lain sebab ;satu tak dpt cuti jummat ptg tu..;kedua family husbnd aku dr jauh(lahad datu..7-9 jam jalan darat) kalau nak ke kampung aku..so tu yg buat sbtu malam,lagi yg lain dr kakak2 aku..aku ni dah pecahkan tradisi adik beradik aku sebab kahwin ngan org jauh walaupun satu sabah...kalau kakak2 aku...smua kawin ngan org sekampung ,tak pun kampung sebelah..... so adik lepas aku pun ikut jejak kakaknya ni..sebab dia kahwin ngan sepupu husbnd aku..hehe(yg jadi pengapit kitorang tu lah)..nak cerita lagi seminggu lepas majlis kat rumah aku...buat kat rumah suami pulak kat kg dia..penat oohh..tak sempat pun ber "honeymoon "sebab kami lakibini ni sibuk mengemas rumah(pindah rumah lain,kalau dulu aku share ngan housemate aku)selepas kahwin ni...majlis tu siap hari ahad.malam tu juga kena balik KK..nasib baik naik flight..tapi the next day aku dah kena oncall....heee...tensionnya...haa itu ujian pertama husbnd aku semenjak jadi suami doktor...hahha dah lah baru kahwin... tapi yg best tu...Allah murahkan rezeki..tak lama lepas tu aku pun mengandungkan Fateen..alhamdulillah....ohh sebelum tu aku tak igt bila kami g honeymoon...tu pun takjauh ke Rasa Ria resort jek,dekat jek dari rumah aku,lebih kurang 25 minit naik kereta..kunun2 nak sampaikan hajat yg tak kesampaian dulu tu...ceh..pergilah masa tu weekend...dah lepas check-in semua..secara tak di sangka2...aku nampak.. ketua jabatan aku ngan wife dia,then rmai lagi specialist2 yg aku kenal...ceh hampeh..org nak honeymoon pun tak jalan....rupanya hari yg sama weekend tu ada seminar utk specialist2nih kat sini...hey rosak program..tp apa2 pun honeymoon itu kenangan manis. tu...

Sunday, 2 March 2008

Jasa bonda













Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Blog Archive