Friday, 29 February 2008

Adegan airmata....



Dua hari lepas kot..staff aku bgtau ada mo baru yg nangis kat casualty...staff tu pun pernah tgk aku nangis dulu..ergh malunya aku..bukan apa aku sgt2 tertekan masa tu,bukan sebab patient tak henti2 nak dtg,tapi MO(medical officer) tak datang2...nak menambah jumlah kami yg sedia kurang...tak pernah nya nak bertambah sejak aku "bunting" sampai dah keluar fateen...tak de perubahan...bayangkan jek lah kalau dah MO yg keja 2 org jek...syif nak buat 3 syif...so every other syif kena buat...balik dari keja malam pukl 8 pagi...pukul 3 ptg dah kena masuk kerja...balik pukul 10 malam...lepas tu besoknya pkl 8 pagi kerja lagi...just imagine kitrang macm ni ada yg sampai 2 bulan non stop...mau tak pecah kepala...mau tak sakit hati...di tambah lagi patient komplen itu ini...rasa macam takde penyelesaian,tanya org atasan pun jawapan yg sama juga..."mo kurang"!sabar jek dulu...sabar apanya...masalah ni sejak sep 2005....sampailah time aku nak cuti ni pun...pertambahan cuma sorang je....itupun ada lagi mo yg tension hari ni


Tu yang jadi adegan airmata kat depan staff aku(staff lelaki pulak tu)...sebab tak tahan masalah yg tak setel2 nih,patient tengok jek napa mata aku merah...aku nangis sebab fateen, kesian kat dia...sebab jarang jumpa..walaupun dia baru 9-10 bulan masa tu lah baby sgt comel ,sgt suka di belai.....masa dia ngan org gaji lagi lama dr aku,masa aku ngan fateen boleh kira ngan jari...betapa sikitnya....padahal nak kata rumah aku jauh...hmm dekat je kat hujung ibu jari...dekat sangat.. smapi kalau jalan kaki,iyalah dah nama nya kerja takkan aku nak balik rumah,kerja kat casualty ni unexpected...kejap jek dah jadi emergency...

"Aku tak nyesal jadi doktor"...itulah yg aku bgtau kat medical student kat Soton ni...masa aku kena jadi panelis Forum Kerjaya...aku bgtau juga...lepas dah study kat sini tolonglah balik Malaysia sebab doktor tak pernah nak cukup,padahal yg grade setiap tahun...(dr IPTA/IPTS/oversea) sangat lah ramai...tapi pelik kemana hilang semua org..Hello?..where's everbody?

tahi lalat di tapak kaki...



Mesti semua dah tahu maksudnya tu...kaki jalan...kuat jalan..gila jalan...ha itulah aku(tapi aku takde tahi lalat tu..serius)..bukanlah jalan tak tentu tujuan...kalau di Sabah dulu walau penat macamana pun mesti ajak husbnd aku at least g bandar...nak release tension...sebab penat bekerja...kadang2 kalau husbnd busy..minta izin nak keluar bandar sorang2...fateen?macam biasa tggl ngan makcik nye(org gaji)..husbnd aku pula jenis yg memahami..sbb aku kata kalau aku tak kuar/jalan2 ke nanti aku kena "tension headache"..hehe..tapi sekarang..semenjak aku ikut husbnd ke sini..akulah 24 hours ngan my baby fateen nih...dah lah manja nye dah terlebih sekarang and pandai pulak say "no" to bapa dia kalau bapanya nak bermanja dgnnya..(kesian bapa...kecik hati nya)

Ok go back to crta berjalan2 ni...masa aku student dulu pun aku suka ke bandar sorang2(lone ranger)yg best tu ke kampus kesihatan nak ke bandar kena naik bas..so as usual..khamis petang was my outing day...jumaat kengkadang sebab ramai sgt pula org kat town(jgn lupa aku kat Kelantan masa tu...jumaat kan cuti)..aku ni bukanlah jenis nak bershopping...window shopping tu yelah...kalau aku naik bas biasa yg menemani aku adalah walkman sony aku ...darii generasi manual ke digital tu...sbb nak mudahkan outing ngan nya...siap sembunyikan dalam tudung tu tak nak org tahu.....tapi yg aku perasan lah...setiap kali outing mesti beli at least satu cassete(aku tak pakai cdman masa tu sbb besar sgt..susah tul nak sembunyikan...and mp3/4 player masa tu tak glamer lagi)so makin byk lah koleksi kaset2 aku...

Semenjak kat uk ni ada gak berjalan2..itupun saja jalan2 snap gambar..tapi yelah kan paham2 sendiri lah kan husbnd tgh study so kena kawal2 skit perasaan nak berjalan2 tu..tambahan lagi semenjak dah ada ekor kecik ni(fateen)..susah hoo..nak jalan sorang2...sungguh aku tak kuasa...i stiil need bapanya kalau nk outing...so aku jadi indoor girllah semenjak dtg uk nih....

p/s ni baru sorang.belum dua tiga org lagi..kang kalau empat kaki tangan dah betul2 terikat...jalan satu family le gamaknya..hmm bagus juga

Tuesday, 26 February 2008

puisi indah..please click on image

when i was a little girl...

aku anak keempat dr 8 org adik beradik..ingat lagi masa kami tinggal di perumahan pensyarah Maktab Gaya...lama ktrang duduk situ,> sepuluh tahun...aku suka duduk sini sebab masa nilah aku mempergunakan zaman kanak2 aku ni di tahap yang paling maksimum...!!aku rasa hari2 keja aku dan adik beradik aku ni.. asyik maaaiiin je...tapi yg seronok tu kawan2 pun semuanya anak2 kwn bapa aku...kebanyakan dari semenanjung...aku still igt lagi nama dorang ni semua...dan anak siapa(azwan anak pakcik baharuddin,erwan,shimi n erni anak pakcik mohd nor,fahmi anak pakcik rahman,faizal anak pakcik md nor deni)...tapi sampai sekarang aku takleh nak trace dorang kat mana sekarang...

Biasanya pagi2 kami akan main...meniti paip air besar dan panjang kat belakang rumah ktorang...bygkan jek macam org circus yg jalan atas tali tu,tapi yg hebatnya ktrang takdelah pakai galah nak balancing just depa tangan je...yg syok nye tu bukan kami je..semua anak2 jiran pun akan join sama...tersenyum aku sorang2 kalau igt balik saat tu..iyalah kalau fikir balik bukannya ada purpose pun,saja ja nak jadikan menda satu permainan..

Lagi satu favourite activity kami adik beradik,biasanya kalau nampak bapa aku balik dari kerja on the way nak masuk garaj tu kami semua pakat2...menyekat jalan bapa aku..sebab nak ikut naik kereta...rasa seronok sgt kalau dpt naik keta masa tu...yg best bapa aku "sporting"sangat sbb kalau aku lah jadi bapa masa tu...maunye anak aku tu aku marah...buat malu je...hehe

Kalau budak2 sekarang perasan tak asyik ngan "video games"PS2" lah..macam2...tapi kesian aku tgk mereka2 ni..tak adventures sungguh...tak mencabar betul zaman anak2 sekarang...kalau masa aku dulu...main "police and thief" tu kewajipan(dah besar ni baru tau mcm tu pulak dia nyer spelling...dulu siap pronounced"polis intip"kihkih...main sembunyi2(sorok2),main konda-kondi(ntah btul ke spelling dia tu)...dan panjat2 bukit...main basikal turun bukit...(rempit)hehe...haah..aku rindukan zaman budak2 aku dulu...sgt bahagia,takda apa nak pikir melainkan nak pikir seronok ja....ntah kemana dah kawan2 aku dulu...kebykn dulu kwn2 lelaki..tu yg lasak nya mengalahkan budak lelaki....

Oh yer lupa yg kami ada"sulap"..tahu tak apa tu sulap?ni rumah kecik tiang seribu...hehe...asalnya ni reban ayam sebelah rumah kami..tapi semenjak2 ayam2 dah pencen...kami lah jadi anak2 ayam..hehe(bukan ayam yg sejenis tu ye)so bapa aku ni sungguh kreatif dan pandai bertukang..so dia pun"renovate"rumah tu jadi tempat kami bermain...aku ingat lagi macamana rekabentuk sulap tu....comel...biasanya kakmi kalau balik cuti(sekolah asrama) dia lah akan jadi "otai"nak main apa kat sulap tu...selalunya main masak2...resepinya daun bunga raya masak rebus...kihkih...

satu lagii memory aku yg aku takkan lupa(taktahulah kalau aku dah tua besok)ktrang picnic kat atas flat (rumah pensyarah juga)...masa tu kak mi dah siapkan bekal lagi...mesti korang pelik knapa atas flat?ada kolam ke?weii..ingat tu kondominium ke ada kolam segala..actually takde kolam pun...sumber airnya adalah dari paip pecah..tapi air nya memang sgt laju,alah macam mandi di pancutan air terjun tuh...hehhe....seronotnya...

Dah keja ni aku ada juga ajak husbnd aku "melawat"kawasan perumahan kami dulu ni...biasanya semua memory akan dtg balik....walupun dah byk perubahan...setiap sudut tu ada saja memory buat aku...i wish i can turn back time...so aku boleh amik gambar byk2 masa tu...dan bawa ke zaman sekarang ni

tapi itu kisah aku...memory aku..

Saturday, 23 February 2008

Pengalaman Melahirkan Fateen Zawana...

Saja je nak kongsi pengalaman semasa melahirkan fateen 2 tahun dulu...blum byk pengalaman pun kalau nak share,dan mungkin bukan org yang sesuai nak kongsi pengalaman but pengalaman masing2 mungkin berbeza...masa nak melahirkan fateen dulu admitted sehari sebelum tu sebab leaking liquor...so admitted for antibiotic cover...after 24 hour fateen masih lagi "syok kat dalam rahim" so decided by specialist for induction of labour by prostin(kind of medication used put vaginally)so soon after medication in..within 15 minutes i guess,contraction pun mula terasa...sbbkan ubat tadi my contraction jadi hyperstimulation(one of the complication),besa 3 contraction in 10 minutes but me...6 contraction in 10 minutes....(6:10)...so just imagine sakitnya masa tu...lagi sakit after my membrane ruptured..my friends yg dari Obs n Gynae(o&G) and anaest keep on askingwhether i want epidural or not or any kind of painkiller that time...but
since i was purposely wanted to feel the real feeling and pain during labour ,i refused all of them. So only one technique that i've remember and applied that time was "breathing technique"..it quite helpful...especially once contraction occurred,i will took as deep breath as i could inhaled..through nose..and exhaled it slowly through mouth....it really works...because as far as u n me understood the pain is because of hypoxic(low oxygen) states of uterine(rahim) during contraction...so if u can manage ur breathing properly...u can deliver a good oxygen supply to ur rahim...so pain will be lesser...try it..insyaAllah...

dipetik dari

http"pengalamanku"..mamafateenz

Friday, 22 February 2008

Mendidik Anak Untuk Hari Tua atau Untuk Tuhan?


Bagi kebanyakan manusia, termasuk orang Melayu, anak- anak yang masih kecil dianggap sebagai cahaya mata, belahan hati, penawar jiwa, intan payung dan macam-macam lagi. Sangat disayang dan dimanjakan. Apabila besar sikit, disediakan anak-anak itu untuk menghadapi tuntutan hidup. Diberi pelajaran dan kemahiran setinggi-tingginya supaya apabila besar nanti dapat kerja, dapat jawatan dan dapat gaji lumayan.

Mereka rasakan itulah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka mahukan anak-anak mereka berjaya dan senang dalam hidup. Kadang-kadang terselit juga di hati ibu ayah, kalau-kalau anak-anak sudah besar dan berjaya, maka akan senanglah hidup ibu ayah. Anak- anak akan membantu dan membela mereka.

Anak-anaklah menjadi tempat mereka bergantung apabila tua kelak. Anak-anaklah yang menjamin masa depan mereka. Mereka bersandar kepada anak-anak mereka untuk hari tua. Memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu ayah setelah mereka tua. Ini tuntutan fitrah. Ini juga tuntutan agama.

Tuhan pun memang hendak begitu. Tetapi patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk tujuan ini semata-mata. Patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk kepentingan diri mereka sendiri? Patutkah anak-anak itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan kesenangan masa depan ibu ayah? Kalau begitu, anak-anak tidak ubah sebagai haiwan ternakan. Dibela, diternak supaya akan dapat merasakan untung dan hasilnya satu hari nanti. Kalau begitu mendidik anak tak ubah seperti satu usaha komersial atau satu penanaman modal atau satu kegiatan ekonomi. Konsep ini perlu dikikis dan dibuang jauh- jauh. Ia tersimpang dari kehendak agama dan kehendak Tuhan.

Anak-anak itu adalah amanah Tuhan. Mereka perlu dididik untuk Tuhan. Mereka perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan takutkan Tuhan. Mereka perlu dididik supaya menjadi hamba Tuhan selepas itu menjadi khalifah Tuhan dimuka bumi. Mereka perlu dididik untuk mengabdikan diri kepada Tuhan dan menjadikan cinta agung mereka.

Mereka perlu dididik supaya menjadi orang yang beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk Tuhan. Anak-anak itu anugerah Tuhan. Oleh itu, kenalah didik mereka untuk Tuhan. Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Tuhannya dan sesama manusia, lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka.

Soal anak-anak menjaga dan membela ibu ayah mereka akan terjadi dengan sendiri setelah anak-anak itu menjadi hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa. Apabila anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan tidak untuk mengenal, mencintai dan takut dengan Tuhan, maka dunialah yang akan menjadi matlamat hidup mereka.

Keinsanan mereka tidak akan terbina, nafsu mereka akan menjadi rakus dan segala sifat-sifat mazmumah yang keji seperti tamak, haloba, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan lain- lain yang bersarang dihati mereka. Mereka tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau batil, benar atau salah, adil atau zalim, manusia ataupun Tuhan. Kalau Tuhan pun mereka tidak pedulikan, apakah harapan mereka memperdulikan ibu ayah mereka, jauh sekali untuk membela dan berkhidmat kepada mereka.

Ibu ayah akan menjadi penghalang untuk mereka mengejar dunia mereka. Mereka akhirnya derhaka kepada ibu dan ayah. Di Akhirat nanti anak-anak ini akan menjadi orang yang muflis. Mereka akan menentang dan menjadi seteru kepada ibu ayah mereka. Mereka akan menuntut hak yang tidak diberikan kepada mereka.

Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka kerana tidak mendidik mereka untuk Tuhan. Ibu dan ayah yang tidak mendidik anak-anak mereka untuk Tuhan pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Di Akhirat nanti anak yang mereka sayang itu akan bertukar menjadi musuh. Kalau anak-anak dididik untuk Tuhan hingga mereka menjadi orang-orang yang beriman dan bertaqwa mereka akan menjadi aset kepada kedua ibu ayah mereka.

Mereka akan menjadi aset di dunia dan aset di Akhirat. Di dunia mereka akan berkhidmat dan membela kedua ibu ayah mereka. Apabila mati kedua ibu dan ayah, anak seperti ini akan mendoakan mereka. Doa mereka tidak terhijab. Ibu dan ayah juga akan terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat didikan dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu.

Hadis ada menyebut: "Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermenafaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh."

Kita harus ingat bahawa anak kita itu adalah hamba Tuhan. Tuhan lebih berhak ke atasnya daripada kita. Hanya Tuhan mengamanahkan dia kepada kita. Oleh itu, kita perlu didik dia untuk Tuhan, bukan untuk kita. Anak kita hanya anak kita sementara di dunia. Di Akhirat, dia bukan anak kita lagi. Di Akhirat, anak tak peduli ayah, anak tak peduli ibu. Ibu ayah juga tak pedulikan anak. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Setakat mana kita mampu mendidik anak-anak kita untuk Tuhan, setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.

*Artikel ini dipetik dari Media Muslim and blog parents and kids


Tuesday, 19 February 2008

my precious(hehe sebut betul.. macam gollum dlm LOTR)



aku selalu marah kat patient aku...esp yang datang ke hospital semata2 dtg nak gugurkan anak..first of all memang lah HARAM dan BERDOSA..and it was lawfully illegal in Malaysia.....dont care what reason behind it....terlanjur/tertipu /dan macam2 ter ....lagi yg aku dapat...bukan senang nak face patient yg dtg dengan multiple reason ni...esp kalau remaja2...or even university student...
kekadang sampai sanggup tu tipu kat doktor ..terjatuh kat toilet lah...dan macam2 lah...but yg aku paling tak terima kalau yg datang tu memang purposely dtg utk reason tu...dtg dgn muka sikit pun tak de riak wajah yg bersalah...and then mereka2 ni dtg dgn kawan2 jarang lah dtg dgn "org yg bertangungjawab" tu..kalau aku tanya siapa yg suruh buat ni...nanti dia kata boifren dia yg suruh gugurkan...sbb takut malu dsb...aku susah betul nak kawal emosi kengkadang dgn golongan2 ni...then nanti aku cakap kat mereka2 ni...korang ni tak fikir ke nanti kalau korang dah kahwin then ditakdirkan korang susah nak dpt anak...??korang akan menyesal sebab dah gugurkan anak ni nanti...zuriat korang sendiri....

ada sekali tujam 4 pagi , 2-3 org perempuan ni bawa kawan dia "bleeding",dgn baju yg menjolok mata...kata mereka ni baru sampai dr semenanjung(kerja d situ) and dtg Sabah semata2 nak gugurkan anak kwn dia ni lah....taknak gugurkan kat semenanjung sbb takut malu dan takut mak ayah dia tahu..(masyaAllah)...ntah dia tipu aku ke tak masa tu...walahua'lam...so kwn dia yg nak gugurkan anak tu...setelah aku examine memang kena masuk wad,sebab os(pintu rahim ) pun memang dah buka...so admit for induced misscarriage....korang tahu tak baby dia tu dah 24 minggu...bayangkan dah cukup sifat semua...so blum habis lagi cerita tu...korang tahu tak...kawan2 dia kata apa kat aku,masa aku kata kat kwn2 dia yg dia ni kena admit wad...dia kata tak boleh sebab flight dorang pagi tu juga kena balik sememnanjung....so dia tak boleh admitt...HELLO.!!...siapa yg nak beranak ni korang ke kwn korang ni...?kalau dia "terberanak" kat flight nanti siapa yang nak bertanggungjawab,kalau dia mati kat flight tu sbb pendarahan siapa nak jawab..korang!!...aku yg dah menahan marah aku sejak dorang dtg tadi tu..terus je jadi PANAS...sbb reason yg dia bg aku tu...at last kawan2 dia keluar dan patient aku tu admit jg akhirnya...heeii....sabar je lah...then aku fikir jg...dorang ni kerja apa?hmm...ntahlah

Then satu lagi aku terfikir kat mana mak bapa mereka ni..kdg2 dtg 2-3 pagi remaja2 ni dtg hospital...mak ayah dia tak tahu ka?atau memang dah jadi perkara biasa mak bapa dia ni biarkan anak2 dia ni merayau sampai ke pagi....???sometimes tu yg aku takut....menjaga seorang anak dara ni satu cabaran yg sgt besar...esp...kalau zaman dah makin mencabar nih...pengaruh tu dtg dari setiap sudut....kalau mak ayah lg asyik busy...heeii ni yg buat aku takut nk beranak ramai2....my baby...my precious

Monday, 18 February 2008

result....




Dari UPSR ,PMR sampailah SPM dan matrik punya result....aku tak pernah rasa betapa"THRILL" nya masa nak tahu result Profesional Exam(ikthisas) 1/2/3...masyaAllah dah lah nak duduk exam tu pun memang satu DEBARAN yang teramat..but still not over yet until u know the result....
Nak share skit pengalaman aku nih...kalau dalam medic ni....(tak tahulah kalau school lain )...masa nak announced result tu...bukan nye ambl slip result and tahu sorang2...masa result tu d umumkan besanya the whole batch akan diminta berada dalam dewan kuliah....then after 15 minit all admin staff and dekan akan datang dgn membawa satu kertas yg tertulis di atas tu nama semua yg lulus sahaja.,dekan sendiri yang akan umumkan....so just imagine...besanya ikut alphabet..so sapa nama yg start dgn huruf 'A' tu memang thrillnya sgt2 terasa...besanya masing2 dah tahu dan hafal sendiri susunan nama diri sendiri..after who and before who...candidates besa akan di minta berdiri apabila nama di sebut..ALHAMDULILLAH kalau di sebut, sebab itu maksudnya LULUS..so kalau tak di mention tu that means u r not went through in another word..U R FAILED...and u have to repeat the whole year AGAIN with totally different batch...different view...different feeling...so suasana selepas result tu di umumkan menjadi hening seketika...tak boleh terlalu suka kalau Lulus...sebab di keliling kita ramai yg berduka masa tu....so setiap detik masa tu di kongsi bersama2 just for that day...sebab siapa yg failed selepas ni akan hidup sendiri dan berjuang sendiri bersama batch repeater yg lain ...itulah medical student...namun bukan semua kegagalan tu harus kita ditangisi sampai hujung "nyawa"...perlu bangkit semula sebab kalau terus meratapi kegagalan kita akan terus tersungkur dan tidak bisa bangkit lagi....memang pedih dan payah kerana kena harungi nya sendiri...even family sendiri pun tak tahu sangat apa sebenarnya yg di rasa...cuma satu ja aku minta selalu"Ma' doakan ya...esok exam/esok rsult kuar" ...dan yang paling penting Letakkan sepenuh pengharapan hanya pada Allah swt..
mungkin kalau baca ja blog ni tak tahu lagi macam mana the real feeling as med.student kan...tak apalah yg penting i've been went through all...alhamdulillah...(hmm actually perjuangan belum pun berakhir....

Sunday, 17 February 2008

the notebook ....

Kalau masa di Malaysia dulu..tersangat terhad lah masa aku untuk "menikmati" filem filem best nih...ke cinema ? mesti korang gelakkan aku sebab selama ni baru 4 kali jak g cinema ni....cerita yg aku pernah tgk..TITANIC(ni kat Penang aku menonton ngan roomate aku),Transformer(ni best sgt tak rugi pegi walaupun penat sgt masa tu ...after heavy duty tapi nak pegi juga tgk midnight movie ngan husnd aku),Troy(nii pun tgk ngan husbnd...best jgk ni)...then1 movie lg tu aku sendiri pun lupa sd hla apa tajuk..(nampak sgt betapa tdak best nya cerita yg aku tgk tu...sampai husbnd aku pun boleh berdengkur sebelah aku masa tu) hehe...
Tapi semenjak akhir2 nih...dah makin bertambah pulak koleksi movie2 yg aku suka tgk...semenjak di uk ni lah...movie dah lama tapi aku baru pernah tgk...so sekarang ni nak add my hobby...kumpul dvd crita2 nih...so far yg aku terjatuh suka dgn movie2 ni semenjak kat uk ni...the jersey girl(ben affleck? masih muda lagi).a walk in the clouds(romantic love story) and a lot like love(ashton kutcher n amanda peet) ....mesti korag pelik kan napa lah citer2 lama je semua?...haah itulah uk...retro semuanya...

Malam kelmarin ada satu movie nih...best sgt....really touching love story....(agaknya dtayangkan pun sempena Valentine)..mesti korang2 pernah tgk cter ni....actually movie ni 2004 lagi...the notebook tajuk dia...napa aku suka..sbb scene dia sgt cantik...aku ada bagi link kalau nak tgk scene dia ni cantik ke dok...terasa macam mimpi je...ni synopses...

The Notebook is an epic love story centered around an older man who reads aloud to an older, invalid woman whom he regularly visits. From a faded notebook, the old man's words bring to life the story about a couple who is separated by World War II, and is then passionately reunited, seven years later, after they have taken different paths. Though her memory has faded, his words give her the chance to relive her turbulent youth and the unforgettable love they shared.

As teenagers, Allie (Rachel McAdams) and Noah (Ryan Gosling) begin a whirlwind courtship that soon blossoms into tender intimacy. The young couple is quickly separated by Allie's upper-class parents who insist that Noah isn't right for her. Several years pass, and, when they meet again, their passion is rekindled, forcing Allie to choose between her soul mate and class order. This beautiful tale has a particularly special meaning to an older gentleman (James Garner) who regularly reads the timeless love story to his aging companion (Gena Rowlands).



Friday, 15 February 2008

crime scene...


hari ni lagi teruk dr 2 hari lepas...dah lah 2 hari lepas...cermin kereta kami di pecah sbb "vandalisme"..sehari slps tu,kereta jiran kami plak di pecah...yg peliknya tghari pulak tu..jiran ni org Malaysia gak ...selang 4-5 buah rumah dari sini...tp yg paling menakutkan lagi adalah hari ni...bukan apa...tiba2 petang tadi polis...rentangkan tape kaler putih(nasib baik bkn yellow)merentasi broadlands road.alah macam dlm CSI tu...sekatan sepanjang jalan tu ...so takde sesapa di benarkan lalu ikut jalan tu..even yg berjalan kaki...
tiba2 husbnd call minta kunci pintu(masa tu aku ngan fateen ja dirumah)...katanya polis tgh search suspected man with armed...kat kejiranan ni...hmm...risau juga mulanya...tp tak lama lepas tu penjenayah tu tertangkap...and no one injured...alhamdulillah....first time pula mcm ni kat area ktorang ni...but sejenak terlupa...hmm...ntah2 menda macam ni dah jadi menda biasa kot bg dorang....so again..i miss Sabah....i miss my home country...peace

Wednesday, 13 February 2008

kasihan abg


Allah akan menguji setiap hambaNya yg beriman...dgn segala bentuk ujian...hari ni kami sekeluarga di kejutkan dgn berita cermin kereta kami di pecah...by who?nobody knows....menda ni berlaku mlm tadi maybe around 8-10 pm...kat sini ramai betul budak2 nakal around 9-12 tahun...terbiar(besanya dari keluarga yg single parent)...but yg peliknya kat sini bukan sahaja kita yg dewasa ni malah polis tak boleh buat apa2 kat dorang.(not even by parent)..dorang punya law adalah satu kesalahan kalau kita marah/tegur ke...dorang ni boleh sue kita nanti....(tu yg tak best nye kat sini)...sabar je lah...then now i miss Malaysia a lot...kasihan abang sdhlah sakit kepala fikirkan thesis Phd nya now nak fikir kan kereta plak....nda apa bang ni lah ujian Allah...

Monday, 11 February 2008

3 tahun usia....mac tahun ini..













insyaAllah..dengan izin Yang Maha Mengasihani...12.3.2008 ni adalah wed.anniversary kami...dah pun hndak menjangkau 3 thun usia hubungan kami(suami ister)...alhamdulillah...kalau igt2 balik mcmna aku boleh kenal ngannya?ha..komplikated sikit jlan cerita ni...aku tak de hhubungan langsung ngan dia ni,not even menjadi secret admirer..sampailah jubet(jubaida)bestfriend aku ni kenalkan(i think masa tu 2002 kot)...actually indirectly la...masa tu dia dah kerja di Bangi,selangor...dtg ke kelantan(usm kubang Kerian) semata2 utk menyambut hari raya Aidiladha...di sini..bersama ex-classmate dia(jubet ni la)...so as Sabahan kami memang rapat...masa tu accept dia as one of my new friend..tak lebih dr tu....so selepas tu ada lah sekali sekala...call(sgt jarang) dan sms(itupun antar tazkirah2 je)...nak kata hubungan kami takde yg spesial lagi...sbb aku concentrate kat menda lain....(hehe...shhh)..so takdelah terlintas nak getting into serious...

selepas first time jumpa ni...aku join lagi ngan best friend aku ni buat reunion classmate lama dia...di KL(ni aku tak igt)...di bukit cerakah seri alam...dia ni memang jenis pemalu sgt2...so kenkwan dia dan bestfriend aku pula jenis nak menkenen2 kan ktrang..so serasa mcm ada satu perasaan yg timbul kot masa tu....

nak di ringkaskan cerita...1 year after kenal ni baru che abg ni "approached and declared"hehe..how?bab tu tak pyh lah cerita kan..nanti aku dah takde rahsia dah,hehe.....masa tu jd lah aku ber"teman lelaki"hee...(seram bulu roma) ...nama saja ada boifren tapi pergaulan tetap di bataskan..iyalah belum lagi nikah kan....alhamdulillah dia dpt buat master program di UMS,sabah...2003 kot kalau tak silap...so aku le tggl kat Kelantan meneruskan pengajian yg belum selesai..........so nak kata..after 1 year aku kerja in 2004/05...barulah kami dinikahkan pada tarikh penuh barakah ini 12 mac 2005 bersamaan 1 safar 1426...alhamdulillah...semoga Allah memanjangkan jodoh kami...amiin

buat abang...apa jua kisahnya masa lalu dan masa yg bakal mendatang...suka atau duka...yg penting kita akan mengharungi bahtera rumahtangga ni bersama2...dan mendidik fateen(dan bakal adik2nya..insyaAllah)menjadi insan soleh/solehah...amin...terima kasih abang...kerana sentiasa bersabar denganku..yg kadang2 bersifat kebudak2an...dan maafkan aku..yg aku tahu pasti ada kalanya kata dan perbuatanku telah menyinggung hatimu...

interlud....

Dah masuk bulan mac ni,setiap tahun kerja aku..mengimbau kembali zaman bercinta hingga lah kawin...tu yg aku buka entry ni...kot2 lah satu hari aku dah tak ingat semua tu...cewah macam crita notebook plak....
Suamiku yg tercinta ni..bukanlah masuk dalam list "secret admire" aku ,tapi kalangan kawan biasa...tapi sebab keluhuran hati dan keikhlasan nya ,membuat aku hmm...give him the 2nd thought....Bapanya ni masa bercinta dulu,memang tidak menunjukkan sangat rasa cinta nya pada aku...maksudnya call pun sekali sekala,mesej pun kadang2, sesekali aku terfikir juga kami ni bercinta ka?,sehinggakan aku sikit lagi goyah dek dugaan dari pihak ketiga(kat tempat aku study juga).......masa tu dia sedang amik master d Sabah,manakala aku di Kelantan...tapi itulah sebenarnya Allah nak tunjukkan,siapa yg mempunyaii cinta sejati..memang dah"break-up" 2 hari gtu..aku terasa sangat 2kehilangan nya,rasa macam lain macam....sampai kitrang"rujuk" semula....yang aku kagum tu...masa kitrang bincang pasal menda ni dia cukup tenang dan tidak pun memaksa utk aku terus bersama2nya malah dia serahkan aku utuk buat pilihan..lagi satu katanya kalau aku ni sdh jadi isterinya dia tahu apa yg perlu di buat apa yang harus di pertahankannya,tapi memandangkan hubungan ni setakat "kekasih" dia tidak berhak utk menetapkan sbrg keputusan......dan dalam masa 2 hari tu jua aku tahu siapa yg ikhlas dan siapa tidak...walaupun aku tahu husbnd aku ni tidak seromantik yg aku harapkan..tapi dia lah yg berjaya membuka pintu hati ku untuk mengenal apa itu erti cinta sejati...insyaAllah..

Sunday, 10 February 2008

activity weekend...d soton






besanya pagi sabtu macam hari ni..aku dan beberapa keluarga soton ni menghadiri activiti circle family...lebih kepada pengisian rohani...then after this besanya semua samada kembali ke rumah memasing atau beraktiviti luar..kali ni kami tak mcm selalu sebab..kali ni kami pegi ronda2 sekitar soton ni...dan snap2..sekarang ni dah hampir musim bunga...banyak le bunga yang dah muncul...

Thursday, 7 February 2008

undur ke belakang(form 1-2 kat maktab Sabah)

sebelum kita terus ke depan,kita undur sikit ke belakang..masa form 1 macam besa aku dan kaknah satu kelas...arwah bapa aku registerkan kami..dan dpt kelas yg sama..masa ni..aku satu family dah pindah ke Taman Asli(rumah sendiri kat KK).Rumah ni dekat ja ngan maktab Sabah...about 3 km...kalau jalan kaki..kalau dulu selama >10 thn kot kami duduk rumah kuarters pensyarah di maktab perguruan gaya(skrg dah jd institut perguruan gaya)....
nak cerita,kalau pagi aku n kaknah akan ikut van sewa bulanan kami(pakcik jaluddin..nama dia),tapi kalau masa balik..kami akan jalan kaki dr sekolah tu. ke rumah..dlm perjalanan balik tu kami akan merentasi,kem latihan polis ,hospital Queen Elizabeth(yg aku pernah kerja dah sekarang..padahal dulu tak pernah terfikir nak kerja kat ctu pun).

aku suka sgt sekolah kat sini...persaingan cukup hebat(dr segi pelajaran)...so berlumba2 kalau study...form1 pun ktrang dah start "stayed up" macam kat university plak,sampai 2-3 pagi baru tidur...bukan apa bnyk betul homework cikgu math kitrang bagi..tp best lah mencabar betul!!tp yg aku heran tak pernah aku ataupun kakak aku dpt topten kat kelas...ramai sgt kot yg "brilliant student" kat kelas tu...sampai susah betul nak maintain position...aku rasa sekali je aku dpt top ten itupun betul2 no 10....masa form 2 kalau tak silap aku...

masa sek menengah ni..aku n kaka aku join pandu puteri..."selalu bersdia"...and KKJR(kelab keselamatan Jalanraya)...3 kali kitorang join pertandingan peringkat sekolah,pantai barat n negeri Sabah...semuanya Johan...wah best o...dapat pen cantik..dari shell...suka sgt...aik pen je ke?adalah piala pusingan...tu yg aku tak perasan tu....trek nya masih ada lagi sampai sekarang kat tg Aru Beach...aku pernah bw fateen ke sini sekali.....haaah memory memang tak boleh di beli....

sedihlah takde pun gambar2 masa aku form 1-2...ni sbb aku takde camera lagi masa tu...so i've only had picture in my mind.....

masa aku dah kerja kat QEH,aku ada beberapa kali ajak husbnd makan kat Cafeteria Rohayu..cafe ni exactly kat depan maktab Sabah...tp yg buat aku sedih...disebabkan pembangunan area ni terlalu pesat..sekolah tu dah jadi monumen....half of it dah musnah...sebab ada terowong jalan yg dibina kat bukit tepi sekolah tu....dan entire sekolah tu dah dipindah only by name....kat depan Federal Office...tp sedihlah..sepatutnya bgnan sekolah tu di preserved...ni lagu maktab sabah yg aku masih igt....

Maktab Sabah Kami Agungkan,
Majulah Putera Puteri Kita,
Berganding Bahu Menuntut Pelajaran,
Demi Mencapai Cita-cita Mulia.

Berdiri Atas Kaki Sendiri,
Lambang Kemegahan Kami,
Menuntut Ilmu dengan Berani,
Dengan Hati Penuh Suci dan Murni

Berdikari Arah Kemajuan
Dengan Hati Yang Sabah dan Tabah
Maju Terus Maju Kehadapaan
Di Bawah Naungan Maktab Sabah.

hmm..sempat study kat Maktab Sabah ni pun 2 tahun jerk...itupun takde farewell yg proper memandangkn kitrng balik kampung the day arwah bapa aku meninggal...on 7 Nov 1992@ 7.10 am...same birth date dgn adik aku yg bongsu...(masa tu dia exactly 3 thn)...masa arwah meninggal tu pun kitorang yang attend adik beradik ngan mak aku(arwah hembuskan nafas terakhir kat rumah)...igt lagi masa tu aku kat telinga kiri ayah aku...ucapkan syahadah...(semoga Rohnya bersama org2 yang beriman..AL FATIHAH)

nak cerita semuanya berlaku terlalu pantas...tahu2...kami adik beradik dah tggl di kampung dan sekolah pun di kampung....termasuk lah mak aku.....kitrang tggl bersama nenek n datuk belah mak aku...tak sempat pun nak bertukar2 alamat ngan kwn2 kat Maktab Sabah...tahu2 dah kena berkenalan ngan org baru di SMK Membakut.pula..as usual aku n kaknah sekelas...

aku pernah citer yg our position kat Maktab Sabah hari tu tak pernahnya nak dpt top ten...tahu tak apa pula position kitrang kat sekolah kat kampung ni?huii..aku pun tak sangka boleh jadi best student tu kat sekolah ni.,ktrang dua org la...Alhamdulillah...ni mungkin serba sedikit sbb sebelum ni fight dgn "brilliant student" kat bandar tu jadi habit yg terbawa2 ke kampung....

"kembar siam terpisah"



bagaimana aku boleh sekelas ngan kakak aku?tu lah yg aku nak cerita ni..mulanya apabila bapa aku stop kan aku dari tadika St Francis...kat Sabah juga...bukan apa sbb masa tu byrnnya terlalu mahal..lagipun aku dah pndai membaca even sebelum aku masuk tadika lgi...kebetulan pula mama aku mengajar di srk sembulan masa tu...so aku ni...saja ja la ikut mak aku g sekolah tu...(jd penyibuk)...masa tu kaknah dalam darjah satu hijau...aku pun saja 2 join kaknah masa tu dalam darjah satu...walhal aku baru je 6 tahun masa tu...tanpa disedari rupanyadah setahun aku join kaknah kat kelas darjah 1 tu...and by right kaknah dah naik darjah 2 dan aku kena stay lagi setahun kat drjah satu tu....tapi cikgu kakak aku(igt lagi nama dia..cikgu Sinah),proposed kat mak aku..katanya biarlah aku naik je darjah dua sbb takut kalau aku boring belajar benda sama for another year..so semenjak dari tu..aku pun terus ke darjah dua tp kali ni aku kelas lain kaknah 2 hijau dan aku 2 kuning...
kitorang dalam darjah yang sama semasa form 1-until form 5..then separate class masa matrik1 kat labuan .then kuliah yang sama masa matrik 2 kat penang...tapi tak lagi selepas masuk 1st year....masing2 dah bawa diri..

ni sebab my health campus was in Kelantan,meanwhile kaknah's Biology Science plak kat Penang...ingat lagi masa kitorang kat airport Subang...sementara tunggu flight aku ke Kota Bharu, and kaknah tunggu utk ke Penang...percaya tak inilah kali pertama kitorang "berpisah setelah 13 tahun sentiasa bersama2 mcm belangkas..dan ada yg kat kembar siam....masa tu masing2 nangis...and tak tahu mcmna nak face semuanya sorang2 after this....kalau dulu ada teman bergaduh,berbeza idea,minta pandangan....dan tak rasa sangat keseorangan...

masa aku dah sampai mula2 kat kota bharu...rasa sayu dan berdebar2 tu aku simpan saja dalam hati..minta kekuatan dr Allah spy aku dpt tempuhi semuanya dgn tenang...aku pula masa tu datang sehari lebih awal drpd tarikh sebenar registration...so blum ramai freshie yg dtg masa tu...sedih jg...sbb takda sesiapa yg aku kenal lg masa tu...masa kat airport KB aku tawakkal je masa nak naik teksi..iyalah dah lah aku sorang2 dan tak pernah pun menjejakka kaki ke negeri Kelantan sebelum ni...tp aku igt lg nama pakcik yg bw teksi tu..pakcik Abdullah..aku siap minta no telefon dia kot2 aku perlukan teksi lagi lepas ni..

Aku terus ke pejabat Desasiswa Murni 4 masa tu(DM4),after minta kunci dan masuk bilik aku no 108...then aku rasa lain sgt....baru aku rasa hidup sorang2 kali ni...rasa buntu sgt..nak makan tak terasa lapar pun,dan tak tahu apa yg aku nak buat...so aku pun call rumah kat Sabah...dan nangis2.....ckp ngan mak aku....then mak aku pun kata yg baru je kaknah call dan nangis2 jg...mesti dia pun alami apa yg aku rasa....

esoknya after register ,byr yuran itu dan iini...aku pun balik semula ke bilik...sedih jg sebab tgk ramai family yg hantar anak2 mereka.... mereka pasti bangga...mak aku pun mesti bangga dan kalau mampu dia pun akan dtg hantar aku dan kaknah...dan kalau bapa aku masih ada dia pun akan turut bebangga...tapi aku tahu mama dah bekalkan doanya bersama kami...dan itulah yg kami bawa hingga ke hari ini.

Wednesday, 6 February 2008

matrik usm..penang




dah setahun kat Labuan...skrg ni kitorang further study kat oversea(Penang)...merentasi laut china Selatan tu....dr Sabah..first time ni naik flight..aku igt lagi aku pernah ckp kat mak aku...yg aku ni sampai bila2 pun takkan merasa naik flight....apa mak aku jwb...
"study je kuat 2 nanti sampai ko sendiri pun boring dah nak naik flight"...hmmm ada betulnya mak aku ckp tu...smapi skrg ni pun aku dah boring dah nak naik flight....tp alhamdulillah bab study rerajin tu berkat doa mak aku tu....makasih mak
mula2 kitrang menjejakkan kaki ke Lapangan terbang Subang(time tu KLIA belum wujud lagi)..kebetulan Kakak aku(kak mi kakakku yg sulung) jemput kami kat airport...bukan mcm student2 lain yang first time nak masuk Universiti...satu "kampung" mai nak anta anak2 nya dr registration sampai lah bab masuk bilik..ktrang masa tu bukan apa..iyalah bukan nya dekat Sabah-Penang masa tu....saudara pun takda yg tggl kat semenanjung...so nasib baik kakak aku ada...hari pertama kitrang sampai..kakak aku suruh Jamak -Qasar Solat...sebab kejap lagi dia nak bw kitrang jenjalan kat KL...masa tu ktorang squatting kat bilik kakak aku kat UIA,kat PJ kot masa tu aku pun tak sure...
then petang tu kakak aku bwa naik teksi(LRT/Komuter takde lagi rasanya masa tu)....kakak aku belanja kitorang mkn PIZZA HUT...ceh..first time tu masuk PH tu,sbb sebelum ni..igtkan kalau masuk PH tu..nak kena ckp omputih...(hehe tergelak sendiri aku kalau igt balik)nak kata sedap...sedap kot tapi masa tu tak bleh appreciate lagi ,sbb first time makan...nay way ..tima kasih kak mi.....rasa 2 hari kot kami di KL sebelum ke Penang utk tujuan utama kami merantau....ke semenanjung...by air/by bus aku dah lupa lak...

so nak dijadikan cerita..kami pun mendaftar itu ini...dgn bantuan kakak ku yg sulung...couldnt imagine kalau takda kakmi..and kak nah masa tu....iyalah satu kelebihan juga aku ikut2 kelas kaknah masa dia darjah satu dulu..at least ke mana pun pergi ada geng.Masa tu aku berkenalan ngan ramai org dr smnjung/sabah/sarawak....kitrg duduk kat Desasiswa Gemilang masa tu(ground floor) satu floor jg ngan kak nah...cuma lain2 bilik..nasib baik bapa aku dulu nama kan kami ni dekat2....kalau tak dah berpisah desa...sbb ikut alphabet...

lepas dah melalui orientasi selama seminggu....teringat kat sorang abg ajko ni...kitrang panggil dia abg "tujuh" sbb dia ni org Sabah..kalau asal Sabah mcm aku mcm besa ja dgr slang gtu.tp d klgn org2 semenanjung ni...beza skit...hmm macam2 dah...kami pun memulakan kuliyyah seperti biasa..mcm besa..ada susah,ada senang...yg susah tu kena pulun banyak2 sikitlah kan...every morning...kena jalan kaki cepat2 ke dk(dewan kuliah) yg boleh thn juga jauhnye dr Desasiswa Gemilang ni...tp tak terasa pun menda tu dah jd rutin semua org...

Dalam banyak2 subjek yg aku sgt2 suka masa matrik ni adalah Math...tak tau sbb cikgu yg ajar tu sgt2 best...very happy go lucky..sampai kalau 2 jam berturut2 kuliah dia pun pun aku tak rasa ngantuk punya la...cikgu Suhaimi.....aku igt lg nama dia..tp tak tahu dah apa cerita beliau tu sekarang ni...apa2 pun..tabik kat cikgu ni...cara dia mengajar membolehkan aku dpt A dlm subjek ni...alhamdulillah......

Tu crta kuliah...satu yg aku masih igt sampai skrag pasal Penang ni adalah..air neslo yg di buat oleh srg abg kantin ni..(kitrg panggil dia abg Neslo)suka hati jek nak gelar2 org ek....tp seriusly memang sedap ,pekat,dan sgt buat aku ilang ngantuk....heheh..

hah..perasan tak pintu bilik ktorang tu...tu hasil kreativiti bersama my roomates...setiap gambar tu serba sedikit mewakili diri masing2....(nasib baik masa tu sempat gak amik gambo)

Kat Penang aku sempat setahun je sebelum aku sambung study kat Kelantan....entry lepas ni kisah"kembar siam berpisah"....???

Tuesday, 5 February 2008

kehidupan semasa matrik...labuan


Alhamdulillah aku dan kakak aku diterima masuk matrik USM...spt yg kami idam2kan..tp bygkan jelah...single parent mcm mak aku..bukan senang nak sekolahkan kitorang ni serentak...nasib baik mak aku ni jenis penyabar orgnya,tak mudah mengalah...diteruskan jg...dgn bantuan pakcik aku(arwah abg mak aku)...arwah byk sgt tolong kitorang bukan masa kitrang masuk matrik ni je...kakak aku yg kat UIA pun masa tu byk ihsan dari arwah...YaAllah Engkau saja yg dpt membalas budi arwah..AL FATIHAH untuk Allahyarham Hj Othman Abd Razak...amin...
masa tulah kehidupan berasrama penuh first time kitorang rasa...baru aku tahu..patutlah student2 berasrama penuh ni bijak2 dan cemerlang semuanya...sbb sistem pembelajarannya...sgt efektif...kalau kitrang kat rumah ada lagi diselang selikan ngan kerja2 rumah..tak mcm kat sini..tp no wonderlah jg student2 yg dr form one kat sini esp...pompuan..tak reti sgt buat kerja2 rumah mcm memasak..(tp tak semualah kan)..
nak citer ni...how student kat sini study memang aku sendiri pun terkezut dan terikut2...la...aku rasa selain mkn tidur n solat..yg lain semuanya ditumpukan utk study...yg lagi memakjubkan aku..even after lampu semua(dorm) dpadamkan pun berpusu2 my junior ni ke arah pintu siap ambik buku memasing and bantal memasing..aku igt nak buat apalah kan..rupanya nak sambung study kat tepi pintu(sbb lampu korridor masih menyala)...nama yg aku masih igt...hafizah ngan adiknya,e-in(sama matrik ngan aku),siti muhairah,ivonne(tak igt nak spell mcmna,sorang org srawak(tp tak igt nama ddia)...

lagi yg best masa hari Ahad....inspection day....semua org kena cantikkan dorm..dan kemaskan diri..sbb akan ada prefect and guru pengawas akan buat spotcheck from dorm by dorm...oh aku baru igt...biasanya selepas inspection lebih kurang pukul 11 pg satu dorm pakat2 makan maggi ramai2...."as a BRUNCH(breakfast and lunch)hehe...dont get me wrong yg ni just menu dorm jerk...menu dewan makan lagi best....
setahun kat labuan.. pelbagai kisah suka n duka...yg duka n horror masa kitorang satu asrama pompuan jadi takut sbb hura2...hantu pompuan yg terkena sumpahannya sendiri tgh cari mangsa nya kat labuan..."hantu" tu asalnya dr semenanjung...dia cari mangsa anak dara sunti..apalagi semua org jadi takut..but kalau fikirkan balik sekarang n i..mcm tak logik pula...hehe...

SMSL labuan ni cantik sebab location dia betul2 tepi laut...aku nyer kelas masa tu(matrik pendeta) duduk atas sekali dan hujung bgunan, so view dia pheweet...memang stunning esp kalau msa nak hujan ngan awan gelap..so air laut tu jadi cantik sgt...rugila masa tu aku blum ada camera lagi...takpa nanti aku usahakan pegi situ lagi..insyaAllah...

alhamdulillah result matrik 1 mengizinkan kitrang dua beradik ni further matrik 2...nak citer....lagi susah masa ni...sbb yuran pengajian kat penang tambahn lg nak naik flight ke semenanjung masa tu....mahal...bukan ada mcm air asia skrg ni tambang murah2...rezeki dr Allah tu sentiasa ada...nasib baik kami ada baki dermasisiwa yayasan Sabah...about rm1000....so ada lah buat membantu sdikit ngan duit rumah sewa....(masa tu la..lepas rumah tu dijual)...after this...entry pasal matrik penang pulak(1st time naik flight ke semenanjung)

imbasan....lalu


halloo...idea dtg mencurah2ok...takpelah kan..bagilah aku pluang mlm ni melayan idea aku ni..yg tak sabar2 nak tunggu hari esuk..hmm fateen pun masih sedia nak temankan mama nya ni..masa form 3 hmm aku ni budak ingusan..takdelah tahu nak bercintan cintun macam budak2 zaman sekarang nih...aku tu low profile gtu...hmm tak glamour pun...cuma bercita2 nak jadi yg terbaik kat sekolah...(walaupun selalu jadi bukan yg pertama)...
rutinnya lepas habis sekolah..kitrang akan jalan kaki ke pekan membakut untuk tunggu van tumpangan kami sewa bulan...kitorang adik beradik semua nya masih bersekolah meanwhile mamaku(seorg guru sekolah rendah masa tu) sorang saja yg menanggung kami adik beradik(lapan org semuanya)...semenjak ayah aku tiada...dgn gaji basic around rm 1700 masa tu..alhamdulillah Allah cukupkan rezeki kami adik beradik....oh yep aku lupa nak bagtau..yg aku ngan akak aku adalah in the same class....walaupun aku ni muda setahundr dia tapi kitrang sekelas...macam twin lah plak kan...why?nantilah aku citer dlm entry yg akan dtg.....pmr result kitorang takdelah hebat sgt...so sambung form 4 pun kat sekolah yg sama SMK Membakut....kat sinilah jg akak aku menemui cinta pertama and terakhirnye,,,aku?hmm....byk lagi kalau nak citer.....takpe aku cter psl akuu dulu la..ktrang adik beradik byk pompuan dr lelaki...so as wanita sejati...besanya klau balik dr sekolah tu..buat kerja2 rumah dululah kan,memasak..tak pon basuh baju..yg best dan menariknya...kitrang siap buat turn lagi..sbb banyak sgt pompuan...p yg nilah sebenarnya yg jadikan kami ni manusia yg berguna...cewah..takdelah dah kawin besok tak tahu nak masak lah,tak tahu nak maintain hal rumahtanggalah..baru aku sedar kepentinganya...makasih ma'...selalunya lepas bt kerja rumah semua tu baru start mentelaah buku2 pelajaran...since aku n kakak satu kelas yg sama(n tahun yg sama),so buku2 rujukan kena kongsilah...kalau hari ni dia study math..aku study add. math...kalau aku study sejarah..dia study menda lain a...itu salah satu kebaikan ktorang satu kelas...beli buku satu untuk 2 org sekali..jimat belanjo!!

yang aku tak bleh lupa time kami nak amik SPM....masa exam week ni..punyelah best,kitorang duduk rumah cikgu(cikguu ni dr semenanjung balik cuti...so dia pinjamkan rumah dia sbb dekat ngan sekolah)ni masa tu...jalan dr kg aku ke sekolah tu selalu aja banjir sbb musim tengkujuh..so taknaklah terkandas kat banjir sampai terlepas spm...masa tu ktorang berlima(aku,kakak aku,jun,bibi,suzi,dyg)...eh enam org la...so kitrang memasak,makan .study belajo and buat rumah tu mcm rumah sendiri...and aku baru perasan..masa tu hndphone takdelah glamer mcm skrg ni...so aku tak igt aku ada call mak aku ke ah masa nak amik exam tuh?

dah abis SPM...time cuti takdelah kitorang keja mcmada sesetengah kwn aku buat...yelah kat kg ko nak buat kja apa jg?so buat keja2 rumah le sudahnya....nak di pendekkan cerita...after result SPM diumumkan...aku ngan kaka aku dah pilih USM sbg U yg kitorang nak further study..ni dr ilham Abg abas(tutor math ktrang masa spm)sbb dia amik civil enginnering kat usm...salute kat abg ni...dia ni pun org kg aku jg...dia ikhlas bantu kami buat tuition tu...free ja....terima kasih abg abas..Allah ja yang mampu membalas...so Alhamdulillah kami diterima masuk ke matrikulasi Usm ....1st year matrik kat SMSL Labuan....ok...stop dulu..more story to come..

diary of my life....(kampungku)




pelik kan..hari yg sama 2 entry sekali...napa ek?ntah..mula2 nak tulis pasal diri sendiri..tp last 2 nak citer pasal kampung aku...kampung Pimping,membakut Sabah...gambar kat sebelah tu adalah sungai exactly kat depan rumah mak aku...bukanlah maksud perahu tu kerja org kampung ni nelayan semata2...macam2 dah jadi kat org kampung aku nih..ada yg dah jadi engineer,guru,hmm..doktor pun ada( mcm aku lah...)tp jgn heran even specialist)doktor pakar) pun ada yg berasal dr kampung aku ni...ianya sebuah perkampungan kecil je...tp majoriti nya berbangsa Brunei(maksudnya ada ketururnan ngan Keluarga Brunei kot)....aku memangkelahiran pure kampung nih...home delivery plak tu(phew...nasib baik takde complication hah...alhamdulillah)...ktorang pindah totally ke kmpung ni dalam bulan Nov 1992...selepas arwahayah aku meninggal(sebelum tuh 13 thn kitorang jd org kota)...so selepas tuh..kitorang adik beradik sekolah kat kampung jek...until form 5...after form 5 kitrang sambung matrikulasi kat SMSL labuan(kitorang tu means me and my sis)....alhamdulillah..berpeluang jg kitrang hidup di asrama penuh walaupun utk setahun..maklumlah..selama ni duduk sekolah harian je...(anyway i love being a student in this school)....still remember my teacher's name..yg berjasa..Cikgu Kadir Ag Kanak,Cikgu Redwann Abdullah,CikguZulkiflee,ustaz Nurul Aqmar,and sgt2 byk lagi tak dan ambo nak sebutkan....to be continue..(how's life during form 3-5)
blog ni sebenarnya dah lama aku tinggal ketepi..ntah kenapa ari ni aku tergerak hati untuk mengisi secoret/dua coret....my hobby actually bukan nak nuat blog but nak baca blog org...salah satu yang aku paling suka baca..."just ordinary mother"...tak yahla aku mention sapa punye...tapi serius...kalau tak weekly .at least dlm sebulan tu mesti aku jenguklah blog dia ni...dia buat blog tuu mcm diari di alah...tp bezanya yg ni..boleh di baca org hehe...ingat lagi dulu2 masa student mmg suka sgt tulis diari...hari2 ada aje....input..samada psl study/family/buahhati ke(secret admire) haha....tp semenjak dah kerja dan berkeluarg ani...habit aku yg satu tu...tak pernah lagi wujud...napa ntah aku pun tak tau...skrg ni aku lebih suka bubuh gambar....lagi byk dr perkataan...sbb bagi aku...setiap event yang kita amik tu...penuh ngan cerita yang kita sendiri boleh recall sebenarnya...


Hmm..fateen dah nak tidur ni...mcm tu lah dia..kalau mak dia ni asyik mengadap laptop ni dia pun bored la..so start la nak lelapkan mata....

pejam celik2,dah almost 3 months i was in Soton(southampton,uk) ni...best sgt...sbb im not working like hell....tension like crazy...actually this is a temporarily releive,yeah but...by the time imm back to work..i hope the burden already settling down...

Blog Archive