Tahniah Fateen...Happy Birthday Aqeef

Hari ni meringankan jemari mencoret kisah bersejarah hari ini...Alhamdulillah kerja keras Fateen  dan penat lelah abang menghantar -mengambil Fateen selama ini berbaloi...Bermula dari awal tahun ini aku carikan pusat tuisyen untuk meningkatkan keupayaan nya dalam subjek teras...sekolah pagi..balik petang ,mencuri waktu makan kurang dari setengah jam..untuk menyambung kelas tuisyen pulak sebelah petang nya.Kadang-kadang aku kasihan melihatkan komitmennya yang tidak kurang, malah jika guru2 sekolahnya membuat kelas tambahan...dia kena "stay" sampai petang di sekolah.Tapi setiap hujung minggu...adalah aktiviti bebasnya..main telefon, menonton tv itu sudah menjadi kebiasaannya.Sebab bagi ku..5 hari persekolahannya sudah ditumpukannya dengan belajar dan tuisyen,maka 2 hari cuti dia perlu merehatkan mindanya.
Fateen ini merupakan seorang yg pemalu...malah adakalanya jika di restoran,pesanan makanan nya dibisikkannya kepada ku,sedangkan pelayan restoran sudah didepan matanya..mungklin dia mengikut perangai suamiku...kataku dalam hati..kerana jika dia mengikut..aku tidak akan segan silu bertanya dan bersuara.
Maka kisahnya hari ni aku mengambil cuti untuk memberikan semangat dan perangsang untuk Fateen.Tepat jam 10.00 pagi,di tengah-tengah kerancakan sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangannya di sekolah..aku sudah menghantar pesanan ringkas secara senyap-senyap kepada 15888 UPSR HA*****. Dalam masa kurang 2 minit keputusan fateen adalah 5A1B...syukur alhamdulillah..Tahniah Fateen...
Jauh di sudut hatiku...alamak Fateen akan meninggalkan kami untuk menyambung pelajarannya mungkin di Sekolah berasrama Penuh. Jom doakan Fateen yang terbaik!!
Fateen bersama guru kelasnya dari darjah 1 hingga 6.

Comments

Popular Posts