Teja buat hal 23092018
Teja buat hal... Weekend biasanya ada kelonggaran utk teja bermalam di rumah.. So malam tadi tu adalah pertama kali bermalam agak lama... Pagi2 lagi kami sudah di kejutkan oleh Zara.. Bahawa teja hilang... Hilang? Nope bukan hilang tapi terperangkap di belakang kabinet TV... Penat kami ikthiarkan dengan menhulurkan tali, papan... Tapi semuanya gagal.. Afeeq siap cadang untuk panggil bomba for rescue... Mula2.. Teja mengiau.. Tapi lama kelamaan dia semakin senyap dengan mulutnya ternganga...jam pun telah menunjukkan pukul 9pagi..3jam usaha kami mengeluarkan Teja menemui jalan buntu. Dan akhirnya usaha terakhir dan dijamin berjaya dengan mencabut kabinet TV yg terlekat di dinding.. Beratnya adalah utk 5org lelaki utk angkat.. Dan oleh kerana hanya aku dan suami... Altetnatifnya jek kereta 2 tan sebanyak dua biji digunakan utk bantu menahan kabinet yg sgt berat. ALHAMDULILLAH setelah terperangkap selama lebih kurang 10 jam, baru berjaya di selamatkan. NAUGHTY TEJA!
Comments