Never trust your contractor 100%...not even 50%

Ini pengalaman pertama aku di tipu oleh kontraktor. Yg sedihnya kontraktor ini bukan baru kami kenali sehari dua, malah ini adalah projek kedua. Mungkin kali ini membuat sebiji rumah membuatkan dia gelap mata. So this is a few tips untuk sesiapa yg berniat melantik kontraktor untuk apa jua projek.
1.Pastikan terdapat  kontrak dokumen perjanjian membuat rumah yang telah di stamp hasil. Pastikan salinan asal di simpan dan di scan untuk rujukan.
2.Semak syarat2 yang kontraktor sediakan. Anda sebagai pemilik rumah boleh letak syarat yg pastinya tidak merugikan mana2 pihak. Contoh letakkan syarat denda sekiranya terdapat kelewatan dari tarikh siap.
3.Saya juga meletakkan syarat untuk wang dikembalikan sekiranya kontraktor gagal menepati progres yang sepatutnya.

4. Jangan sesekali melayan kontraktor sekiranya beliau ingin berhutang dahulu atau menggunakan kita untuk tujuan lain e.g minta belikan tiket.

5. Jangan sesekali akur memindahkan wang ke akaun selain akaun atas nama syarikat. Pastikan pemindahan wang secara melalui bank transfer.

6. Dapatkan maklumat jelas tentang syarikat. Perundingan di luar pejabat/di kedai kopi atau rumah sendiri sebelum menandatangani kontrak perlu dielakkan.

7.Selidiki latar belakang syarikat.

8.Dapatkan sijil perniagaan dan kad pengenalan kontraktor.

9.Kerap mendapatkan progress rumah. Pasang spy sekiranya boleh. Dapatkan nombor tukang tanpa pengetahuan kontraktor.

Apa yg perlu dibuat kalau sudah ditipu.... To be continued

Comments

Popular Posts