Pergilah ma...(mertuaku)

Pergilah ma(mertuaku)...tinggalkan sakit mu disini...pergilah bagai bidadari syurga.
Kami doakan mama dijauhkan dari siksa kubur,masuk ke syurga firdaus tanpa hisab.
Kami yang ditinggalkan ini meratapi pemergianmu...kerana kasih sayang yang kau berikan selama ini..tidak sanggup kami terima kenyataan bahawa  tidak akan ada lagi selepas ini...
Ijan...panggilan mamaku kepadaku..semenjak aku jadi menantumu,tidak pernah ku tersakiti..jauh sekali disakiti..aku merasakan aku umpama puteri di rumahmu...jika aku berkunjung pasti telah disiapkan bilik peraduan kami,dihidangkan makanan kegemaran kami..
Ijan sudah kamu sarapan?

Subuh 23 Januari 2023,kami mendapat panggilan dari kampung...yg menyatakan mama sudah tenat.Tanpa berfikir panjang aku dan suamiku membeli tiket kapal terbang ke Lahad Datu pagi itu juga...Perjalanan kami dari Membakut ke Lapangan terbang lancar hanya mengambil masa 50 minit. Anak-anak ku titipkan kepada kakakku.
Dalam perjalanan menuju ke sana,mama mertuaku telah menghembuskan nafas nya yang terakhir dikelilingi keluarga di sana.
Syukur penerbangan lancar tanpa lewat.
Walaupun aku hanya menantu,aku juga di bawa mengurus kan jenazah mama dari mandi jenazah,kafan,solat hingga dikebumikan.
Alhamdulillah segala2 nya lancar walaupun hujan turun gerimis seakan menangis bersama-sama kami.
Ma...terima kasih atas segala-galanya...itulah yang aku ungkapkan ketika mengucup jenazah nya buat kali yang terakhir.
Hanya Allah yang mampu membalas.
Doaku kita semua disatukan di syurga nanti .InsyaAllah.

Comments

Popular Posts