Teruskan bersyukur

 

Baru-baru ini aku menghadiri Roadshow PSK di Kota Kinabalu. Pada hari kedua, dan terakhir aku balik ke Membakut dengan menggunakan perkhidmatan Keretapi dari Sembulan ke Membakut. Keretapi biasanya akan sampai pada pukul 5 dan berlepas pada pukul 5.30. Ku lihat ramai juga anggota kesihatan yang bekerja di Wisma Persekutuan menggunakan perkhidmatan ini. Bagi aku , aku memang suka menggunakan perkhidmatan awam seperti ini kerana aku ni bukan jenis suka memandu.

Aku di temani salah seorang peserta roadshow. Sementara menunggu keretapi tiba, lama kami berbual mengenai kesihatan anak bongsunya. Beliau menceritakan pengalaman nya keluar masuk wad demi untuk memastikan kesihatan anaknya. Anaknya baru berumur 12 tahun. Sekali sekala aku kagum dengan ketabahan nya. Dan jauh di sudut hatiku, ku mendoakan agar anaknya diberikan kesihatan yang baik.Kadang-kadang kita tidak sedar , mereka ini terpilih untuk diuji kerana Allah sayang.






Comments

Popular Posts