Kronologi Pelajaran, Kerja dan Kehidupanku..

 Hari ini hampir sebulan setelah keputusan SPM diumumkan. Alhamdulillah. Fateen berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang. Kami tidak memandang jumlah A yang diperolehinya tetapi, yang penting inilah usahanya selama 5 tahun di bawah bimbingan guru2nya si SMKA TUNAS.

Minggu hadapan, Fateen akan menyambung pelajarannya di Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Alhamdulillah. Bagi ku.. matrik ini lebih kepada menyesuaikan diri ke alam dewasa dan mengajar mandiri , mengurus ekonomi sendiri dan kebijaksanaan mengatur masa. Kerana setelah matrik nanti ada banyak lagi ujian dan cabaran yang akan di hadapinya.

Labuan, disitulah juga aku dan kaknah meneruskan pelajaran selepas dari Sekolah Menengah. Berkat doa mama dan dorongan Arwah Pa Tgh (Hj Othman)alhamdulillah kami berada di kedudukan kami sekarang.

Jadi dalam blog ku kali ini..ku titipkan kronologi ringkas kehidupanku.....:)

7. 4.1979- Seorang budak comel telah dilahirkan di rumah di Pimping Membakut (Home delivery) dan di namakan Suzana (cahayamata ke-4)

1980-1989-Banyak lagi adik beradikku yang dilahirkan selepasku

1979-1988- Kuarters Pensyarah Maktab Gaya (kini: IPG Gaya)

1989-1992- Taman Asli (belakang Hospital Queen)

1984- Tadika St Francis (1 bulan shj)

1985-1990 - Sk Sembulan Darjah 1 hingga 6

1991-1992- SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu Ting 1-2

7.11.1992- Bapaku , Awg Piut Matumar meninggal dunia di rumah kediaman kami di Taman Asli

1992-Berpindah rumah ke Membakut, Mama pun mengajar di Sk Pg Jaya Pimping sejak itu

1993-1995- berpindah Sekolah ke Sekolah Menengah di SMK Membakut (Ting 3-5)

1995- SPM agregat 24, Pangkat 1 (dapatlah juga anugerah pelajar terbaik masa ni..alhamdulillah)

1996- Matrikulasi USM SBPL(kini SMSL)

1997- Matrikulasi USM (Kampus induk Pulau Pinang)

29.4.1998- Mendapat Tawaran Sains Perubatan di USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian Kelantan. Ketika ini aku berpisah dengan kembar ku , Kaknah kerana dia melanjutkan pelajaran nya dalam Sains Mikrobiologi di USm Pulau Pinang.

2004- Tamat belajar di USM Kubang Kerian

1 Julai 2004- Melapor diri sebagai Pegawai Perubatan Siswazah  U41 di Hospital Queen Elizabeth Gred gaji permulaan RM 2137.73

7 Ogos 2004- Menerima Ijazah Doktor Perubatan semasa Konvokesyen USM di Pulau Pinang

21 September 2004- Beli Kereta pertama Perodua Kenari Aerosport 

12.3 2005-Berkahwin dengan suamiku, Abu Bakar, tinggal di kuarters houseman , no 9, Tingkat 3, HQE.

1.9.2005- Dilantik sebagai Pegawai Perubatan  di Jabatan Kecemasan Hospital Likas

15.12.2005-Melahirkan anak pertama, Fateen Zawana

2006-Berpindah masuk ke Kuarters kerajaan di Hospital Likas (blok C1-2)

2007-2008- Bercuti mengikuti pasangan melanjutkan pelajaran di UK

18.11.2008- Melahirkan Faez Zakwan di Malaysia,, cuti bersalin sebelum bertugas semula di Jabatan Kecemasan HWKKS(dulu: Hospital Likas)

28.4.2006- Disahkan Dalam Perkhidmatan

1.2.2008- Mulai taraf berpencen.

Naik pangkat-9/3/2010( UD48)

2011- Berpindah masuk ke rumah sendiri di Taman Kingfisher 3

5.5.2011- Melahirkan Afeeq Akbar

23.11.2012-Melahirkan Aqeef Azfar

Naik pangkat- 1/7/2013 (UD52)

05.12.2014- Melahirkan Fateema Zahra, BTL done

Naik pangkat- 2/7/2017 (UD54)

2017-2019- Membina rumah di atas tanah sendiri di Membakut

24.11.2018- Mendapat kelulusan Dalam Master in Public Health UMS

17.2.2020- Sekarang -Berpindah tempat kerja ke PKK Beaufort

2023-Further study- Dr PH or PHD?

10.7.2023- Fateen masuk matrikulasi


Next ..insyaAllah

Julai 2023?- Suami mendapat PHD

Umrah? Haji?

2024?-Pindah kerja lagi?

What next??

Comments

Popular Posts