Selangkah ke Universiti

 

Dear  Fateen Zawana

Blog ini ditujukan untukmu sedari mula kewujudannya. Bermula dari Fateen belum pandai berkata-kata sehingga sekarang sdh bijak berbicara.

Jalanilah hidupmu sebaik2nya.. menurut landasan Islam yang telah fateen pelajari semasa sekolah menengah. Mulai sekarang, kau akan mulai mengatur hidupmu sendiri. Mengatur kewangan mu, mengatur pilihan baju dan warna tudung, memilih sahabat dan memilih kerjaya dan kehidupanmu.

Mama dan bapa sdh semakin tua...entah esok atau lusa masih ada lagi..hanya Allah yang Maha Mengetahui. Selagi hayat , kami akan sentiasa menyokong dan mendukung pilihanmu. Pesan mama, jaga solat dan jauhkan laranganNya...Jaga adik2  sekiranya telah berjaya esok.

Kejayaan mu adalah untuk masa hadapanmu...dan kami cuma mampu tersenyum dan bangga melihat kejayaanmu kelak..

Ya Allah ku titipkan anak2ku di bawah perlindungan Mu dan JagaanMu ketika dia tiada di hadapan mataku...

Ketika blog ini di tulis, kami telah dipisahkan oleh Laut China Selatan...Fateen telah melanjutkan pelajarannya di semenanjung dalam bidang Asasi Sains UITM Dengkil.


Comments

Popular Posts