Sesuatu yang besar untuk diriku..selepas 5 kali bersalin
Hari ini Jumaat, 6 Feb 2026,17 Syaaban....
3 hari lagi....Pembedahan buang rahim (hysterectomy) ..kerana "Multiple Fibroid"...Setelah 12 tahun rahim ku ini tidak mengandung anak....ada lah "benda" yang menumpang...Fibroid.
Fibroid ini most of it, are benign (tidak bahaya atau bukan kanser)..last endometrial sampling pun confirm not cancer
Tapi because it multiple...ada risiko akan tukar jadi cancer later in life.
Kenapa aku decide mau buang...Pertamanya kerana haid aku jadi panjang dan banyak..bulan pertama sebelum mendapat treatment, setiap langkah kaki ku akan diikuti pendarahan yang sgt banyak (dan berketul2)...mcm air di tuang..jadi beberapa bulan tu, aku start ubat Tranexamic acid dan Tab Provera 2 b.d.
Kedua, completed family,Alhamdulillah aku dah "ikat" (bTL) sejak 12 tahun lalu, so rahim ku hanya berfungsi untuk menses sahaja. kalau tiada masalah pendarahan berlebihan,definitely i will keep... rumah pertama anak2 ku ini.
Terima kasih "Uterus"/Rahim/Peranakkan....ku...yg telah banyak berjasa menjaga selama 9 bulaa semua anak2 ku. Maaf kan aku terpaksa buang untuk kesihatan diri ini.
Kepada semua, aku ingin memohon maaf kepada kalian, sekiranya aku ada buat salah secara sengaja atau tidak.Pasti aku ada pernah menyinggung sesiapa selama aku hidup ini,Namun sebagai manusia yang mudah lupa...Maafkan aku ya kawan2 dan seteru sekalian.
Pembedahan ku ini kira besar juga ya...kali ini aku akan di beri General Anaestesia (GA).Doakan semoga pembedahan ku lancar dan tiada komplikasi.
Semoga kita semua berjumpa lagi.InsyaAllah.


Comments