awaiting CT Scan report
Alhamdulillah Ya Allah, segala puji untuk Mu. Selawat dan salam kepada kekasihMu Nabi Muhammad SAW.
Hari ini hari ke 19, aku berada di wad Kenanga 4,untuk Misi mengembalikan kesihatan fizikal dan mental.
Ada kala, jika terlalu lama terperuk dalam wad ini, mcm2 perasaan timbul. Awal2 hari pembedahan, perasaan tidak akan kembali kepangkuan keluarga itu amat kuat, namun alhamdulillah Allah panjang kan umurku.
Dalam tempoh 6-7 minggu yg lalu, aku lebih byk masa berada dihospital berbanding dirumah. Dalam tempoh itu, 3 kali masuk wad, dan 2 kali pembedahan major yg dilakukan. Asalnya utk buang rahim akibat pendarahan yg berpunca dari fibroid. Namun komplikasi nya jangkitan tempat pembedahan tambahan lagi bakteria nya, bukan junior bakteria, semuanya yg pro-pro.
As a doctor, aku aware apa risikonya jika iv antibiotik tidak di lengkapkan pada tempoh yg ditetapkan. 4 disiplin sdh masuk pengurusan sakit ku ini(Gynae, Anaes, Surgical dan Medical (ID) team. Hari ini, aku sdh complete 2 minggu Intravenous Cefepim.
Hari aku pembedahan kali kedua tu, 12.3 adalah tarikh ulangtahun kami yang ke 21,raya 21.3 pun aku masih di tahan di wad. Aku harap pada hari jadiku aku boleh dibenarkan pulang.
Terima kasih suami ku dan anak2ku, ibuku, ipar duaiku, adik beradikku, anak2 buah ku, Rakan dan taulan yg tidak jemu mendoakan ku dan juga menemaniku dikala aku sangat perlu.
Di kala sedih dalam keadaan ku, Allah dtg kan aku insan2 di kalangan pesakit lain yg keadaannya jauh lebih menyedihkan. Ada yg belum pembedahan tapi, keputusan biopsies sdh menunjukkan mereka menghidap kanser. Aku doakan mereka semua diberikan ketabahan dalam meneruskan rawatan dan diberi kesembuhan. Sokongan moral dari keluarga, doktor (HO, MO, Pakar) dan jururawat sangat membantu terutamanya yang memerlukan rawatan jangka panjang. Pengertian dari mereka itu ada emotional support yg sgt2 diperlukan oleh pesakit untuk terus bersemangat utk sembuh.
Doakan keputusan CT Abdomen saya kembali normal. Hari ini anak sulung ku akan balik ke KL, esok 2 org anak lelaki ku akan kembali ke asrama dan lusa anakku akan ambil result SPM. Terasa ralat tu sejak dari hari raya pertama lagi kerana aku tiada menemani suami ku menghantar mereka kembali ke sekolah dan lapangan terbang.
Untuk anak2 ku, mama doakan semoga perjalanan kamu dipermudahkan. InsyaAllah lepas mama sembuh kita jumpa lagi.
Untuk semua yg berada di wad sepanjang hari raya ini, jgn bersedih.Syukuri Nikmat hidup yang masih kita rasa kan, sementara nikmat sihat itu di tarik sekejap. Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita dan diberikan kesembuhan dan peluang kembali bersama keluarga. InsyaAllah
Kepada rakan2 ku semua, terus doakan kesihatan ku dan juga semua yg sedang berjuang melawan penyakit mereka.
P/s Masih di wad... Sampai bila (belum tahu),
Jan
29.3.2026
Wad K4, HWKkS

Comments