my Gynae history (part 2)

9.2.2026-Sepanjang malam aku di tempat kan di ruang pemerhatian.Aku belum pun bergerak turun katil. Masih on CBD, Pca morphine, oxygen and DKI regime. Malam tu aku tidak dpt tidur lelap, bukan sbb sakit, tapi terganggu dgn perbualan para  HO, MO dan jururawat di kaunter. Aku juga menyaksikan beberapa kemasukan pesakit baru di wad ini.
Aku mengantuk setiap kali morphine ku tekan. Alhamdulillah boleh juga tidur akhirnya. Suami ku, ku minta dia tidur di bilik 1. Sebelah siang aku tiada penjaga, sebelah malam baru suami ku dtg teman kan aku diwad.
10.2. 2026-Doktor round. Mereka plan untuk aku start dgn clear fluid dulu. Kalau tolerable (tidak muntah), aku boleh start soft diet.
So pagi hari pertama selepas op (Day 1 Post Op), aku sdh mulai dgn clear fluid. Alhamdulillah tiada muntah. Dan start minum milo atau susu. Pun alhamdulillah tiada muntah. Masa ni, aku belum berak atau kentut. Aku kira kerana mmg usus ku kosong tiada makanan langsung.
Nasal prong oksigen masih on, sbb mungkin aku masih on Pca Morphine. 
Pagi ini juga aku di review oleh GA team pain mx. Mereka review aku tkn sebanyak 25 kali pca morphine selepas pembedahan. So hari ni mereka masih sambung. Kalau aku dah tak perlukan nya mereka akan remove.
Hari kedua ni, tidak sangka ramai pelawat yg dtg melawat. Mereka terpaksa begilir2. Hanya seorang pelawat dibenarkan. Aku pulak jadi burung kakak tua, mengulang cerita ku setiap kali. Namun aku bersyukur atas kehadiran mereka melawat. Terasa diri ini disayangi.
Aku di tahan di wad sehingga hari ke empat sebelum aku di benarkan pulang.Namun proses penyembuhan ku ini banyak likunya.Setelah balik ke rumah,, aku tidak tidur di bilik kami lagi , kerana kena menaiki tangga. Untuk memudahkan pergerakan ku,aku tidur di ruang tamu .Sepanjang beberapa hari aku di rumah, selera makan ku agak terhad, walaupun kakak iparku telah datang dari Lahad Datu semata2 untuk menjaga aku dan memasakkan anak2.Kebetulan ketika itu adalah cuti sekolah selama seminggu, Fateen pun ada balik cuti. Namun selang 4 hari aku di rumah, terdapat discaj dari vagina.Selama selepas operation, tiada discaj atau pendarahan keluar dari sana.Segera aku maklumkan pakar yang menjaga ku, dan oleh kerana discaj nya tidak begitu banyak, beliau prescrip oral antibiotik. Setelah 3 hari aku makan antibiotik, discaj itu makin banyak .pada Tahun baru Cina hari kedua (18.2), Dr Dyg meminta aku ke kecemasan untuk pemeriksaan dan urusan kemasukan wad.Keesokannya aku di jadualkan untuk CT Abdomen untuk memastikan tiada kecederaan usus.ketika ini juga, jahitan pembedahan ku tidak sembuh secara sempurna. Sampel swab dari discajj luka ku pun ada jangkitan kuman. Maka aku kena tahan lagi di wad untuk menghabiskan 7 hari antibiotik. Part 3…selepas discaj dan keputusan untuk laparotomy kali kedua.

Comments

Popular Posts