terima kasih ma'
Entry kali ni aku ingat mahu buat satu sajak buat ibuku yng tersayang...tapi aku ni bukanlah penyajak...penyair pun bukan (kalau setakat bersyair tu boleh lah..itupun hasil didikan mama ku)...
Mama....bukan umi/bonda.mahupun ibu...MAMA...itulah perkataan pertama (agaknya...)yang aku sebut masa ku kecil...mamaku kini sudah berusia 59 tahun...berjiwa penyayang dan bersemangat kental...semenjak arwah ayah meninggal pada 7.11.1992(tarikh ni sama ngan birthday adik lelaki ku yang bongsu yang hari tu adalah hari jadinya yg ketiga)...kami sekeluarga berhijrah ke kampung Pimping(kampung kelahiran ku dan kampung mama)...alhamdulillah nasib baiklah,keluarga sebelah mama masih ada yg hendak membantu...dari segi kewangan dan moral support...segalanya terasa begitu pantas..mama masa tu tidak banyak bercakap2,aku pun sebenarnya seakan tidak percaya..betulkah kami sudah bergelar anak yatim?betulkah selepas ini aku tidak akan berjumpa dengan bapaku lagi..aku tahu...mama lagi terasa kehilangan bapa...teman hidupnya bersama mengharungi kehidupan selama 20 tahun..bersama 8 orang cahaya mata...kasihan mama terpaksa menanggung kami lapan beradik dengan gaji guru sekolah rendah...yang tiba-tiba terbeban di bahu ibuku seorang sahaja...kakmi(kakakku yang sulung) masa tu baru dalam matrikulasi UIA....yang lain semuanya baru sekolah menengah dan 2 adikku masa tu belum pun sekolah...masyaAllah..kuatnya mamaku...aku tidak dapat bayangkan apa yang ada dalam fikiran mama ku masa tu..pada siapa dia akan mengadu segala masalahnya,pada siapa dia akan berkongsi duka dan sedihnya...sedangkan kami masa tu masih budak ingusan yang baru hendak mengenal diri sendiri....mama tidak pernah tunjukkan pada kami bahawa kami ini adalah bebannya...malah sentiasa diberi galakan jika hendak sambung belajar...
Mama yang dulu terlalu "dependant" dengan bapa...sekarang harus dan terpaksa melakukan segala2nya solo...semuanya demi kami.,belajar memandu pun demi kami,dia tidak mahu ada bezanya kami dengan anak2 lain,baginya selagi mama ada kami tidak akan rasa pincang...ingat lagi semasa kami hendak menyatakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tidak pernah mama menentang/menghalang,bukannya tidak pernah terfikir di benak kami...bahawa sambung study maksudnya akan menambah beban mama...malah digalakkan agar kami jadi insan yang berguna....bagi mama wang memang masalah tapi mama percaya rezeki dari Allah sentiasa ada......
Kesabaran dan doa mama alhamdulillah di makbulkan oleh Allah...sekarang mama di kelilingi anak2 nya yang berjaya...yang menyayanginya setiap detik dan ketika,yang mendoakan kebahagiaannya dunia dan akhirat...yang mahu melihat mama terus bahagia dan gembira di usia senjanya...
Bagi mama kejayaan anak2nya adalah kekuatan nya...yang buat dia terus tabah untuk terus berdiri sebagai"mama dan bapa" di kala kami kehilangan bapa dulu..dan segalanya terbayar dan insyaAllah semoga kebahagiaan ini berkekalan...mama mungkin tidak akan membaca coretan ku ini..kerana batasan teknologi..
tapi aku mahu mama tahu yang kami sayang padanya....terima kasih mama....Allah sahaja yang layak membalas segala jasa mama....
asmi,salinah,suhana,suzana,sarina,fadli,asnizah,ghazali........
p/s puaslah aku mengesat airmata depan laptop aku ni..padahal husbd duduk belakang aku je..nasib baik dia tak perasan sebab sekarang ni tgh kena selsema satu family...
al Fatihah buat allahyarham Awang Piut Matumar....semoga rohnya bersama2 orang yang Soleh
Comments