Lusa ibu mertuaku akan balik semula ke Lahad Datu..itupun setelah aku berjaya mmujuknya untuk menangguhkan rancangannya untuk balik hari selasa lepas kepada hujung minggu sahaja...Alhamdulillah aku punya ibu mertua yang sangat sayangkan aku dan anak2ku...sayangnya memang umpama anak sendiri...so apabila dia menyatakan hasratnya untuk balik ke kampung memandangkan aku sudah agak sihat..hati ku jadi pilu..tambahan lagi..abang pulak akan pulang semula ke UK seminggu dari sekarang..
So hari ni aku ajak abang serta ayah dan ibu mertuaku untuk berkunjung ke kampung halamanku..seronok kerana di sana kakak ku yang sulung juga balik kerana cuti sekolah...FAteen pulak lagi happy kerana ada teman bermain iaitu Aliah...
Comments