Faez: hi..bapa..



Tinggal 5 hari lagi akan mencapai 40 hari aku berpantang..berpantang ku kali ini banyak benar ujian yang terpaksa ku hadapi...berjauhan dari suami tercinta,pemergian kakak kandungku ke rahmatullah,aku dimasukkan ke wad,anak sakit...semuanya dalam tempoh kurang dari sebulan...alhamdulillah aku punya keluarga yang membantu dari segala segi..sekurang2nya tidak terlalu terbeban di bahuku seorang...aku bersyukur..pasti inilah hikmah yang Allah berikan..kerana sekiranya aku bersalin dan berpantang di negara orang...pasti semuanya akan semakin sukar bagiku..dan jika ditakdirkan semua yang berlaku itu ketika aku diperantauan pasti akan mengganggu konsentrasi abang..semoga abang terus diberikan ketabahan dirantau orang dalam meneruskan perjuangannya...jangan bimbangkan kami disini...insyaAllah semuanya akan selamat...

Comments

Anonymous said…
semoga tabah hadapi segalanya, amin

Popular Posts