perangai pelik semasa pegnant...

betul lah kata maid aku..setiap anak tu lain2 ceritanya...seperti kali ni mengandungkan afeeq aku nak kongsi satu perangai pelik aku...kalau aku tidak silap start bulan 6 kandungan..ada satu tabiat yang tidak pernah aku lakukan dalam kandungan ku sebelum ini...nak tahu apa dia?...Makan Sabun...(sabun buku lifebuoy warna hijau)...pelikkan!!

aku pun tak tahu kenapa..aku bukan makan seketul-seketul tu tapi..aku pegi makan buihnya..lemak berkrim...sampai pedih juga lah tekak aku..ni kalau dalam medical term di panggil "pica craving"...tapi setelah baby afeeq keluar habit itu lenyap macam tu sahaja...

Satu lagi peristiwa sebelum aku bersalin afeeq ni...aku terkena food poisoining yang sangat teruk...sampai 4 pint Hartmann drip aku kena bagi sebab dehydrated..baby afeeq pun terkesan..masa CTG dibuat afeeq punya jantung jadi tachycardiac..mujurlah bersalin normal..

bersalin kali ni aku try bersalin biasa...dengan 1 scar..alhamdulillah..walaupun proses hendak mengeluarkan afeeq tu sgtlah menyakitkan..tapi hilang segala kesakitan itu apabila afeeq dilahirkan..

Comments

Popular Posts