"kembar siam terpisah"
bagaimana aku boleh sekelas ngan kakak aku?tu lah yg aku nak cerita ni..mulanya apabila bapa aku stop kan aku dari tadika St Francis...kat Sabah juga...bukan apa sbb masa tu byrnnya terlalu mahal..lagipun aku dah pndai membaca even sebelum aku masuk tadika lgi...kebetulan pula mama aku mengajar di srk sembulan masa tu...so aku ni...saja ja la ikut mak aku g sekolah tu...(jd penyibuk)...masa tu kaknah dalam darjah satu hijau...aku pun saja 2 join kaknah masa tu dalam darjah satu...walhal aku baru je 6 tahun masa tu...tanpa disedari rupanyadah setahun aku join kaknah kat kelas darjah 1 tu...and by right kaknah dah naik darjah 2 dan aku kena stay lagi setahun kat drjah satu tu....tapi cikgu kakak aku(igt lagi nama dia..cikgu Sinah),proposed kat mak aku..katanya biarlah aku naik je darjah dua sbb takut kalau aku boring belajar benda sama for another year..so semenjak dari tu..aku pun terus ke darjah dua tp kali ni aku kelas lain kaknah 2 hijau dan aku 2 kuning...
kitorang dalam darjah yang sama semasa form 1-until form 5..then separate class masa matrik1 kat labuan .then kuliah yang sama masa matrik 2 kat penang...tapi tak lagi selepas masuk 1st year....masing2 dah bawa diri..
ni sebab my health campus was in Kelantan,meanwhile kaknah's Biology Science plak kat Penang...ingat lagi masa kitorang kat airport Subang...sementara tunggu flight aku ke Kota Bharu, and kaknah tunggu utk ke Penang...percaya tak inilah kali pertama kitorang "berpisah setelah 13 tahun sentiasa bersama2 mcm belangkas..dan ada yg kat kembar siam....masa tu masing2 nangis...and tak tahu mcmna nak face semuanya sorang2 after this....kalau dulu ada teman bergaduh,berbeza idea,minta pandangan....dan tak rasa sangat keseorangan...
masa aku dah sampai mula2 kat kota bharu...rasa sayu dan berdebar2 tu aku simpan saja dalam hati..minta kekuatan dr Allah spy aku dpt tempuhi semuanya dgn tenang...aku pula masa tu datang sehari lebih awal drpd tarikh sebenar registration...so blum ramai freshie yg dtg masa tu...sedih jg...sbb takda sesiapa yg aku kenal lg masa tu...masa kat airport KB aku tawakkal je masa nak naik teksi..iyalah dah lah aku sorang2 dan tak pernah pun menjejakka kaki ke negeri Kelantan sebelum ni...tp aku igt lg nama pakcik yg bw teksi tu..pakcik Abdullah..aku siap minta no telefon dia kot2 aku perlukan teksi lagi lepas ni..
Aku terus ke pejabat Desasiswa Murni 4 masa tu(DM4),after minta kunci dan masuk bilik aku no 108...then aku rasa lain sgt....baru aku rasa hidup sorang2 kali ni...rasa buntu sgt..nak makan tak terasa lapar pun,dan tak tahu apa yg aku nak buat...so aku pun call rumah kat Sabah...dan nangis2.....ckp ngan mak aku....then mak aku pun kata yg baru je kaknah call dan nangis2 jg...mesti dia pun alami apa yg aku rasa....
esoknya after register ,byr yuran itu dan iini...aku pun balik semula ke bilik...sedih jg sebab tgk ramai family yg hantar anak2 mereka.... mereka pasti bangga...mak aku pun mesti bangga dan kalau mampu dia pun akan dtg hantar aku dan kaknah...dan kalau bapa aku masih ada dia pun akan turut bebangga...tapi aku tahu mama dah bekalkan doanya bersama kami...dan itulah yg kami bawa hingga ke hari ini.
Comments