Tuesday, 20 May 2008

resepi daging masak palembang n bubur lambuk daging

kalau ikutkan namanya..macam banyak ja kena prepare..tapi sebenarnya simple ja..so hari ni after buat bubur lambuk tengahari tadi..ptg ni terasa nak masak daging masak palembang pulak..bukan senang aku nak begitu...selalu nya masak sekali sehari tu pun...bercinta..alhamdulllah...hari ni rasa bersemangat sikit compare u previous week...
so ni resepinya...simple dan mudah..aku cari dari internet..hajah maimunah punya resepi..(terima kasih)

1/2 kilo daging (hiris nipis)
15-20 biji bawang merah (lagi banyak lagi sedap) / 4-5 labu bawang merah (bombay) (blend halus)
6-7 ulas bawang putih (blend halus)
15-20 batang cili kering (blend halus) (kalau nak lagi pedas pun boleh)
2 tbsp kicap cair
4-5 tbsp kicap pekat
2-3 batang serai (dititik)
Minyak masak
Garam

Cara Membuatnya


Tumis bawang merah, serai dan bawang putih sehingga wangi.

Masukkan cili yang sudah diblend tadi dan masak hingga cili garing.

Masukkan daging dan kacau rata.

Masukkan kicap cair dan kicap pekat dan masak sehingga daging empuk. (boleh tambah air sedikit)

Masukkan garam untuk perisa (jangan banyak sebab sudah ada kicap cair).



sertakan kat sini resepi bubur lambuk daging...

* 1 cawan beras
* 3 cawan air
* 4-5 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* sedikit halia
* 2-3 sudu besar rempah kurma
* sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
* 1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
* 1/2 cawan santan
* minyak untuk menumis
* daun ketumbar (hiasan)
* bawang goreng (hiasan)
* garam & gula secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
2. Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
3. Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
4. Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
5. Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.


so selamat mencuba...

No comments:

Blog Archive