Fateen ngan bapa melawat mama yg sedang kerja..dan tak reti2 nak balik rumah...
Kurang lah sikit tekanan kerja...apbila org2 tersyg menjenguk aku yg sdh "lotih" nih..

“Ummiiii…. baliklah rumah!!!”, Saiful Islam menjerit di tingkap.

Hening tengah hari itu terganggu dengan jeritan anak sulung saya dari tingkap rumah kami di tingkat 11.

“Yop… jangan menjerit macam tu. Nanti orang marah”, saya menegah Saiful Islam dari perbuatannya.

“Ummi pergi mana?”, tanyanya kepada saya.

Tersentak hati saya.

Kalau dihitung jumlah hari, saya lebih banyak out station dan ghaib dari rumah berbanding Ummu Saif. Perginya saya juga ada kalanya jauh lebih lama. Jika saya mengisi jemputan program di luar negara, mahu sahaja lima hari ke seminggu saya tiada di rumah.

Tetapi mungkin ketiadaan bapa itu tidak seberat ketiadaan ibu. Naluri anak-anak…

Sudah masuk tiga malam Ummu Saif bekerja shif malam. Itulah mungkin punca anak-anak terasa kehilangannya. Walhal bukan tidak bertemu di kala siang.


MEMBENCI KESIBUKAN IBU BAPA

Kesibukan ibu bapa bekerja itu ada baik dan ada buruknya. Tekanan ekonomi mendesak kita untuk bekerja keras, suami dan isteri. Malah adakalanya, bukanlah disebabkan oleh dorongan ekonomi, tetapi kerana tanggungjawab yang terpikul di bahu.

Namun tanpa sedar, si anak mungkin membenci pekerjaan ibu bapanya. Pekerjaan yang mencuri ibu bapa dari kehidupan mereka.

Bukan sahaja pekerjaan, malah perjuangan.

Saya tidak terkejut, anak-anak pendakwah membenci dakwah dan wadah dakwah ibu bapa mereka, kerana melihat perjuangan itu sebagai punca mereka terabai.

Keadaan ini menjadi lebih ketara apabila ibu bapa dan anak-anak tidak berkongsi nilai yang sama. Apa yang dianggap berharga, penting dan berguna dalam perjuangan ibu bapa, tidak pernah dikongsi bersama anak-anak. Mungkin pemergian ibu atau bapa ke medan bakti, sama ada dakwah, atau pekerjaan biasa, dirumuskan secara mudah oleh anak-anak sebagai sibuk, sibuk dan sibuk.

selanjutnya


MEMUPUK, BUKAN MENGHASUT

Di sinilah peranan ibu dan bapa untuk tidak menjadi kanak-kanak di depan anak.

“Ayah kamu memang macam tu. Asyik kerja sahaja!”, kata si emak kepada anak yang bertanya.

“Mama kamu lebih pentingkan orang lain dari kita!”, ‘hasut’ si ayah kepada anak yang rindukan ibunya.

Apabila ayah atau ibu menghasut anak untuk turut marah, geram dan dendam kepada ibu dan ayahnya, ia adalah situasi yang lose-lose. Tiada siapa yang menang. Anak kecewa dengan ayah yang bekerja, di samping emak yang membenci ayah sama. Anak berduka dengan ibu yang bekerja, di samping ayah yang membenci ibunya.

Beritahulah sisi positif pekerjaan suami kepada si anak. Agar si anak melihat bapanya dengan pandangan yang tinggi. Jelaskan kepada anak, bahawa ibunya yang bekerja itu bukan sekadar bekerja, tetapi ada jasa dan bakti yang sedang diberi.


Dipetik dari blog saifulislam
Ni pun tengah aku cuti ni fateen selalu ckp ngan aku.."Bapa kija(bapa dah g opis)...mama kija"(padahal aku masa tu tgh blogging....agaknya fateen igt aku tgh kerja kot...)..tu petanda awal anak kecik aku ni..dah pandai menilai dan dah nak start komplen tu..ergh..sayang anak mama...

Comments

Fiona said…
Huhu.. yalah kan Jan , My daughter pun selalu tanya sia "do u have to go to work?" ..oh my! komplen lah sudah tu .. nasib sia kerja 5 days a week ja

Popular Posts