perpisahan kekal atau sementara
Satu keluarga sampai membawa anaknya(dalam lingkungan umur 4-5 tahun) yang terkena sawan di rumah...menurut ibunya...anaknya ini sudah seminggu lebih demam dan batuk...telah di bwa berjumpa GP..tetapi demamnya masih belum kebah...sehingalah kemuncaknya pagi itu(2-3 pagi) mereka datang untuk mendapatkan rawatan kecemasan...anak kecil itu masih lagi dalam keadaan"drowsy"...so kes itu di rujuk ke bahagian paediatrik untuk pemerhatian lanjut...probable diagnosis masa tu" to rule out meningitis(jangkitan otak)"...so setelah pesakit itu di masukkan ke wad kanak2...aku tidak mendengar progress selanjutnya..aku pula terlalu sibuk sehingga tiada kesempatan untuk mengetahui keadaan pesakit itu dari pihak wad..sehinggalah 2 minggu selepas itu aku didatangi semula oleh ibu pesakit itu..dan membawa anaknya yang kedua kerana bimbang yang adik pesakit itu sekarang sudah mula menunjukkan tanda2 awal demam..aku mengambil kesempatan bertanyakan khabar anaknya yg sebelum ini...rupa2nya menurut ibunya,sehari selepas di masukkan ke wad kanak2 itu..keadaan anaknya semakin teruk sehingga tidak sedarkan diri...dan dimasukkan ke unit rawatan rapi...setelah seminggu...dalam rawatn pakar paediatrik...dan CT scan dijalankan menunjukkan otaknya bengkak akibat jangkitan otak yg serius..dan keputusan dari lumbar puncture(pemeriksaan air tulang belakang) juga positif untuk jangkitan otak...kebengkakan otak yang serius itu menyebabkan anaknya dalam keadaan coma....tetapi yang paling menyedihkan..pakar telah memberitahu bahawa anaknya mengalami "brain death"...dan hanya bergantung pada alat pernafasan sahaja sekarang...ibunya nampak sdh dapat menerima berita buruk itu tetapi ayahnya masih tidak dapat menerima kenyataan...dan masih mahu mencuba perubatan alternatif...memahami keadaan ini...pakar perunding paediatrik memberi kebenaran kepada si ayah...untuk membawa sesiapa sahaja(bomoh) ke dlam bilik ICU itu untuk mencuba apa jua cara manakala segala rawatan hospital masih diteruskan...namun setelah 2 minggu dalam rawatan dan segala kaedah moden dan trdisional telah di cuba ...tiada juga tanda2 perubahanpositf pada anaknya... kali ini baru ayahnya mengambil keputusan untuk membawa anknya pulang(bermaksud...tanpa bantuan alat pernafasan) anaknya itu sudah meninggal dunia..sedih aku melihat raut wajah ibu pesakit itu,dia masih mampu meneruskan ceritanya sambil mengenggam tanganku,agar dia terus tabah(padahal aku juga ketika itu berlagak tabah didepannya tetapi di dlam hati aku turut menangis hiba)....menurut ibunya anak mereka itu lah yang paling rapat dengan ayahnya,bermain ,makan malah apa2 hal pasti akan panggil ayahnya dulu...aku kira itu sebab ayahnya paling susah untuk menerima kenyataan itu...sesiapa yang bergelar ibu/ayah pasti tahu bagaimana perasaan mereka yang kehilangan,bukannya terkilan kerana setakat mana kehidupan anak itu di berikan oleh ibu bapa tetapi terkilan kerana tiada lagi episod anak itu selepas itu,..baru semalam mendengar tawa riang dan ligat lincah si anak tetapi tiba2 hari ini terpaksa menerima takdir Illahi bahawa anak itu sudah tiada lagi...AL Fatihah..
(dipetik dari pengalamanku....)
terlalu banyak kisah duka...kematian demi kematian...tangisan demi tangisan ...dan itulah bagiku keinsafan yang paling memberi kesan...jika melihat kematian..dan perginya orang2 yang kita sayang...tidak kira lah dari usia yang paling tua..sehinggalah yang paling muda....sesungguhnya ajal maut tidak mengenal usia....ada kala kita harus bersedia menerima perpisahan sesama manusia(samada yang kekal atau sementara) kerana itu rencana Allah....
Comments
cara-caranya..
Masa mo masak telur tu kan..masukkan sekali 5 butir beras...ha'ah beras la...then panas kan air tu..beras tu sebagai indicator..bila ko liat tu beras putih sudah di dalamnya stop la api...kan beras warnanya jernih..so ko tunggu ia jadi warna putih ditengah2nya...pastu makanlah telur tu..selamat mencuba..