tag "usrah"

sebelum aku jawab tag kak kin kali ni rasanya elok aku sertakan di sini apa maksud usrah itu sendiri..

Apa itu usrah? Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang lebih akrab daripada hubungan saudara sekeluarga.
Tahukah anda Usrah merupakan satu aktiviti yang amat popular dikalangan pendakwah sebagai perantara popular masyarakat masa kini yang mana, telah terlaksana buat kali pertama di rumah sahabat Baginda S.A.W, Abu Al Arqam ketika penentangan terhadap dakwah Baginda diawal perintah Allah S.W.T kepada Baginda S.A.W

Manakala istilah yang disebut oleh ulama' gerakan ialah kumpulan individu Muslim yang beriman kepada Allah, berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam. Mereka ini melakukan kerja-kerja Islam sebagai menyahut seruan Allah s.w.t.

Maksudnya:

"Hendaklah kamu nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran."

(al-Asr, 103:3)

Kesimpulannya usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jemaah untuk melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur menegur antara sesama ahli dan nasihat menasihat adalah asas kekuatan jemaah. Kemanisan berjemaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah.

so apa tag kali ni?

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
Kak kin:
secara tak sedarnya, masa sekolah sejak form 1, tp, masa duk asrama je la... time sekolah 5 thn...on and off duk kat asrama, jadi usrah pun on and off gak la :). Yg secara sedarnya, sejak matrik, so, lebih kurang 12 thn la, bermula dr matrik...

aku: mulai mengenal usrah apabila di matrik USM penang...so upto 3rd year medic(dalam lebih kurang 3-4 tahun )

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
Kak Kin:
masa matrik, alhamdulillah dipertemukan dgn sahabat2 yg sealiran jiwanya, yg rajin promote usrah kat kita :). seterusnya, aktiviti usrah berterusan sampai sekrg, walaupun tidak la sekomited macam masa student dulu2 :).

Aku: tak ingat bagaimana bermula...semasa matrik,tapi di UsM kelantan...agaknya kawan yg ajak..tapi tak lama..sebab akak naqibah pun busy dah...

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
Kak kin:
Atas kesedaran untuk memperbaiki diri, dan sedar diri ini perlukan sahabat2 yg baik di sekeliling...

Aku:perlukan "seseorang" yang boleh sentiasa mengingatkan diriku dikala alpa...dan mengeratkan silahturahhim..dan menambah kan ilmu fardu ain n kifayah

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
Kak kin:
Syukur, seronok berukhwah, berharap org lain juga punya perasaan yg sama.

Aku:tenang,insaf,bersederhana.....

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
Kak kin:
Merasai manisnya bersahabat, menyelami hakikat perjuangan, menerokai ilmu baru, ingat memperingati sesama ahli dan melatih membentuk kepimpinan dalam diri.

Aku: 1.ilmu 2.memperbaiki diri kepada yg lebih baik 3.mengenali pelbagai karenah manusia dari yg baik hingga yg buruk 4.lebih mengenali diri 5.matlamat hidup di perjelas

hmm..kali ni taknak tag org lain...jika rasa2 nak jawab tu dipersilakan...hehe...

mekasih kak kin..

Comments

Popular Posts