Biarku menjadi lilin....


ni ketika di pulau pinang...ketika menghadiri majlis konvo ku...




Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
baru sebentar tadi aku telefon ke kampung...mama ku kata kak lin masih kurang sihat...berkesempatan berbual singkat dengannya...kerana kak lin pun kedengaran.."lelah"..walaupun berbual sambil duduk di kerusi...tapi dalam perbualan singkat itu pun..aku tidak dapat menahan aimataku dari terus mengalir...aku tidak dapat berlagak tabah dihadapannya...aku tahu suara kak lin pun tersekat2....dan dia kata jangan bimbang...mama ada di sini menjaganya...aku sedikit rasa terkilan kerana tidak dapat menjenguk kak lin di kala dia tidak sihat ...
"Ya Allah berikanlah kesihatan kepada kak lin..panjang kan umurnya".
..awalnya aku ingin beritahunya berita gembira....dan itupun kaklin masih keuarkan nada riang nya...itulah rutin yg kak lin selalu lakukan..berkongsi suka duka dengan kami adik beradiknya..walaupun duka dihatinya...jarang sekali dikongsi bersama...kak lin selalu menjadi pendengar setia..berkongsi kebahagaiaan adik beradiknya dari kejauhan...

p/s lagu ini khas buat kak lin tersayang...semoga sihat sentiasa...dan berada di bawah kasih sayang Allah...kau lah lilin hidup kami...hanya doa dapat ku panjatkan dari kejauhan...

Comments

Popular Posts