Kari kepala ikan...


Untuk dinner malam ni..aku masak kari kepala ikan..pelikkan!sepatutnya kari kepala ikan ni sesuai di makan masa lunch..bukan apa sebab kalau lunch aku jarang makan sebab husbnd dah pegi opis...so masak jelah yg penting boleh makan... kari kepala ikan ni...memang kami punya favourite..kalau di Malaysia ada satu restoran dekat dengan Giant kolombong di ..restoran tu ada gambar daun pisang kalau tak silap..kedai india muslim..memang sedap...
so skrg tak boleh lah mkn kari kepala ikan ni di restoran..so kena belajar masak sendiri..
resepi ni aku "cilok"dari my resepi.com...

Masuk ni dah 4 kali aku masak kari kepala ikan ni di UK...so boleh tahan juga le..hehehe cubalah
  • 2 kepala ikan merah(aku ganti ikan salmon)
  • 3 biji terung di belah 4
  • 2 sudu rempah kari
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • Sedikit bunga cengkih dan bunga lawang
  • Daun kari
  • 3 ulas bawang merah di mayang halus
  • 1 biji bawang besar warna merah di mayang halus
  • 2 cawan santan
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu basar tomato pure
  • 1 asam keping(asam jawa pun boleh)
  • Garam secukup rasa dan serbuk perasa
  • 1 inci halia di hiris halus
  • Minyak masak

Cara-cara
  1. Panaskan minyak letak, daun kari,kulit kayu manis,bunga cengkih dan lawang.
  2. Letak serbuk kari ikan, serbuk cili masak sehingga naik bau (sehingga garing)
  3. Kemudian tambah sedikit air dan tomato pure sehingga garing
  4. Tambahkan santan , susu cair dan sedikit air, kacau. selepas 4 minit masukkan kepala ikan.
  5. Tambahkan terung, asam keping, garam dan serbuk perasa. Masak sehingga terung itu lembut. Di kuali lain seperti biasa panaskan minyak goreng bawang putih, merah dan halia sehingga kekuningan kemudian masuk kedalam kari tadi dan kacau.
  6. Siap untuk di makan

Comments

Fiona said…
I always love the Kari Kepala Ikan in Kolombong oso ..Tapi klu mau masak sendiri jann ..banyak lah alasan tu ....

Popular Posts