kek pisang...
Hari ni teringin nak buat kuih berasaskan pisang..memandangkan pisang yg kami beli di carboot sale hari tu dah terover masak...so surf kat my resepi,jumpalah resepi kek pisang yg simple dan mencukupi dgn telur yg tggl 2 biji ja dlm tray tu...gula pun cukup2 jak..hehe...so buat nya mmg sgt simple dan mudah...tetapi silap aku p tambah tepung kat base baking tin aku tu..kengkonon takut melekat...sebenarnya tak di arahkan pon..tulah lenkali bertindak mengikut arahan!!!...kui..kui..kui..so hasilnya mmg memberangsangkan...cuma bab tepung kat bwh tu yg buat aku tak puashati...so sesape nak try sendiri ni cubalah...
resepi kek pisang
Bahan-bahan
* 2 biji pisang
* 140g butter
* 120g gula
* 2 biji telur
* 1 sudu kecil esen vanila
* 2 sudu besar fresh cream
* 1 sudu besar jus lemon
* 200g tepung gandum
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
2. Asingkan putih dan kuning telur
3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan ke dalam loyang(20cm diameter) dan bakar pada suhu 160 degree (gas 5) selama 35-40 minit
Comments