Kenangan raya

Tiba-tiba hatiku ini di rundung pilu apabila mendengar lagu Ayah ibu dendangan sudirman...dan makin sayu pabila lagu dari jauh ku pohon ampun...menusuk halwa telinga..lagu evergreen ni memang tidak pernah gagal mengundang sedih dek jauh diperantauan..wajah mama dan arwah bapa silih berganti....dan kali ni ntah yang keberapa kali aku tidak dapat mengunjungi pusaranya...

Arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga tanpa ada sesuatu yang boleh dibanggakan pada anak2nya...mungkin hanya Kakakku yang sulung..kerana dia sudah pun masuk ke universiti ketika itu..manakala kami semuanya budak2 ingusan yang masih terkapai2..belum pun pasti hala tuju ...itulah takdir...kadang kekurangan diri lagi menjadikan kita lebih dewasa untuk menilai hala tuju kehidupan sebenar..

Lantaran hanya mama yang bekerja ketika kami di universiti..pernah 2 kali aku tidak balik beraya di kampung halaman ku di Sabah,kerana hendak berjimat-cermat.Yang pertama kali semasa aku di tahun pertama..dan aku beraya bersama kak nah yang belajar di USM,Penang.Jika di kampung pasti ada kelupis dan kuah rendang terhidang di pagi raya...tapi kami adik beradik dan beberapa sabahan yang lain makan2 maggi selepas solat raya...memang tiada pilihan lain..kerana kedai2 makan atau pun kafeteria semuanya tutup kerana cuti raya..


nilah kelupis ;makanan tradisi masyarakat brunei


nasib baik juga ada teman2 dari semenanjung yang berbaik hati buat rumah terbuka untuk kami...seingatku kami berkunjung ke rumah kawan d alor setar...terngiang2 lagi lagu selimut putih yang jadi lagu nyanyian si anak kecil di dalam keluarga itu...

Raya yang kedua kali aku tidak balik semasa tahun akhir, lantaran exam tidak lama lagi...so kali ni kak nah sudah kembali ke Sabah kerana kursus yang di ambilnya hanya 3 tahun..so tiada lagi raya di Penang.Kali ni seorang kwnku mengajak aku pulang beraya bersama nya di kampung Penerok,Pontian Johor...sebab beraya di rumah...tidaklah terasa homesick..tiadalah makan maggi seperti dahulu...beraya di pontian yang aku paling suka adalah burasak(betul ke ejaan?)..ni kalau di Sabah samalah seperti kelupis,tapi bezanya kelupis adalah nasi pulut,manakala burasak adalah nasi lemak yang dibungkus kemas dalam daun pisang...boleh juga mengubat rindu...dan memang sedap..!!

Semasa beraya di johor,ramai benar kwn2ku rupanya yang berasal dari johor...so berkunjung2 di hari raya adalah satu kewajipan...kami beraya sampai ke JB..bertandang ke rumah roomateku di BBU...seronok..dan aku tidaklah rasa keseorangan beraya jauh dari kampung...

So kali ni nampaknya sejarah akan berulang lagi,tapi kali ni lagi jauh dari bumi ku Malaysia...dan kali ni pulak bersama suami dan anak tercinta...di bumi England..tanpa baju raya baru...tanpa langsir2 baru..yang ada hanya baju sejuk tebal..yang memanaskan badan kami di pagi raya(yang kukira pasti akan lagi sejuk) so kalau baju raya baru pun semuanya akan terlindung di sebalik jumper dan sweater(tu ayat penyedap hati..huhuhu)...

p/s ni ada cari2 resepi burasak di internet..kot2 lah ada sesapa yang teringin nak buat..hehee




Sediakan daun pisang, pucuk pisang dan daun yang telah matang. Sediakan beras yang bersih dicuci dalam 2 kg. Santan kelapa dari sebiji kelapa. Klau nak lemak lagi, tambahkanlah. Masak santan tadi hingga mendidih, bubuh sedikit garam, secukup rasa, nanti naik darah tinggi lak kalau lebih..dahlah lemak. Padamkan api.. nanti pecah minyak. Masukkan beras dalam bekas yang sesuai, tuang sedikit demi sedikit santan yang telah di panaskan kedalam beras dan gaul. Jangan sampai terlalu banyak. Pastu, bungkus dengan daun pisang, daun muda dijadikan alas di atas daun matang. Bungkus seperti buat lepat pisang, biar tipis agak agak 1cm atau kurang. Susun bertiga setiap bungkusan, dan balut dengan tali rafia yang dibelah 4. Balutan jangan terlalu ketat atau longgar. Kemudian rebus sehingga masak. Lebih kurang 1 ke 2 jam...hehe.(ni aku c&p dari forum)...

Comments

Lab papa said…
Aiseh, itu kelupis kadayan pun ada..ada rindu juga oh huhuhuhu
s.a.h said…
nak makan..nak makan burasak hehehe. wajib tu time raya. tapi kat tmpt aku guna beras pulut. meh..kita wat projek raya jann hehe..

Popular Posts