Madah2 cinta..


Terasa gerun sedikit di benak ni kalau terasa macam aku ni bakal jadi ANDALUSIA tak pun..anakdara tua kata lainnya yang tak sedap di dengar..tapi ni tak boleh nak salahkan diri sendiri...kerana ni soal jodoh bukan urusan hamba...aku dulu pun masa 3rd year baru nak terfikirkan menda2 ni semua...kakak ku yang dah grade(course 3 tahun) pun dah nak bertunang masa tu...aku??taknak fikir pasal nak cari kekasih hati ka?ramai senior2 aku yang dah kerja pun belum bertemu jodoh lagi...btw...soalnya jodoh ni bukannya semestinya kat tempat kerja...kadang2 insan itu berada depan mata atau yang kita mungkin pernah berurusan dengannya walaupun tidak lama..mungkin pada pandangan mata kita jelik pada mulanya...namun setelah di amati dengan mata hati..baru kita kenal hati budinya..

Dont judge the book by it's cover..
tu falsafah yang aku selalu dengar semasa proses mencari jodoh ni...nak kata di praktikkan..hmm..manusia..siapa yang tidak terbuai dengan seribu kemanisan paling tidak pun keindahan..kengkadang kita menilai terlalu cepat..hingga tidak menimbangkan masa depan..mahupun kesesuaian...sehingga sanggup merubah diri sendiri agar "match" dengan pilihan hati yang belum pasti...

Kita adalah diri kita sendiri...tidak perlu berubah untk orang lain?betulkah?namun sedikit perubahan itu perlu...untuk kita menjadi lebih dewasa..tetapi bukan menukar personaliti semata2...untuk menarik minat orang lain terhadap diri sendiri..berubah lah kerana Allah itu yang lebih hakiki dan di redhai...

Panjang pulak celoteh mak orang ni...bukan apa sekadar berkongsi pengalaman dengan sesiapa juga yang masih mencari(teman2ku...adik2ku barangkali)...aku sebelum bertemu dengan suami ku dahulu..aku ada pilihan..(erti kata lain...bukan kekasih..cuma yang dilihat dari jauh dan mempunyai potensi ) Untuk mencari teman hidup kena ada pilihan,dan beri peluang pada diri untuk memilih,sbb ini bukan soal seminggu atau sebulan,ini adalah keputusan untuk hidup bersama2...selagi hayat(insyaAllah)... .Ada juga falsafah yang aku ingat...
Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka; namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka.
Dan jika terluka...menangislah,buat penghilang dukamu....jangan dipendamkan perasaan...namun jangan lupa untuk bangun dan berjalan lagi,maksudnya dia bukan untukmu..pernah satu ketika..aku terasa si dia itulah calon ku yang paling tepat...dan paling sesuai untukku..tapi kenapa aku tidak dapat melakar mahupun mencorakkan masa depan bersamanya?...pasti dia bukan jodohku...

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas
kurniaan itu.
Teruskan pencarianmu temanku...jangan berhenti di situ...
dan yang paling penting titipkan doa setiap solatmu. kerana Dialah Perancang Yang Maha Hebat...

-wassalam-

Comments

s.a.h said…
wah wah jann..madah2 cinta ni..teringat kisah lama?hehehe

Popular Posts