cerita seram!! dari pengalamanku

Teringat kisah semasa student di Usm Kubang kerian dahulu..masa tu aku di tahun 4...aku antara yg di suruh pindah ke asrama yg baru siap...Desasiswa Nurani...yang berada agak terasing sedikit dengan Desasiswa yang sedia ada..tapi kelebihannya berdekatan dengan hospital...satu bonus bagi aku kerana tahun 4 lebih kepada tahun klinikal yg banyak aktiviti dan kelas di dalam wad sendiri...namanya pun asrama baru..tidak pernah diduduki..dan baru siap awal tahun itu...mulalah ada suara2 sumbang yang mengatakan asrama baru itu "berhantu" tambahan lagi dekat dengan hospital.tapi semua itu aku terima sebagai..cakap-cakap angin sahaja... berbalik kepada asrama itu kemudahan boleh dikatakan canggih dan moden...ada bilik study sendiri,lab komputer dalam asrama,laundry,bilik Tv yang luas dan ada di setiap tingkat...ada 4 tingkat semuanya...kantin pun dekat....

Tapi kali ni aku bukan nak cerita keindahan asrama ni yang memang indah...aku teringat satu kisah ngeri...dan seram!!

peringatan!!pastikan anda tiada masalah lemah jantung....dan silalah tarik nafas dalam2...sebelum meneruskan membaca entriku ini...


masa tu aku pertama kali menggunakan bilik study aras 1(iaitu aras yg sama dengan bilik tidurku..cumanya kedudukan bilik study ini agak terpencil..aku kira sebab sengaja di reka begitu untuk menambahkan kesunyian dan kedamaian study room itu...semasa aku sampai di bilik study tu..belum ada sesiapa yang datang...so erti kata lain..aku orang pertama malam itu...jam di dinding sudah menunjukkan jam1030 malam...memang hening dan agak dingin malam itu....tambahan lagi..aircond dalam bilik study itu sdhterpasang...so aku pun memulakan proses mentelaah pelajaranku...aku duduk di meja yang membelakangkan tingkap...
Dalam lebih kurang 10 minit aku di situ...tiba2 aku terdengar bunyi "Psst"..yang memecahkan keheningan malam itu...dan disusuli dengan bau wangi...yang sebelum itu aku tidak pulak menhidu bau seharum itu...hmmm..aku biarkan shaja...cuba2 berlagak berani...dan meneruskan menelaah...kali ini aku decide untuk memasang walkman...spy aku tidak akan mendengar sebarang bunyi2 yg pelik...

Tapi tidak lama selepas itu aku dengar..bunyi itu sekali lagi.."Psst'...dan sekali lagi aku terhidu bau wangi yang sama....kali ni aku nekad untuk pusing belakang untuk mengetahui apa kah itu sebenarnya....ku pandang ke tingkap...hmm..tiada apa2..tapi nyata bau itu...masih ada cuma sudah kurang sedikit...aku pun memberanikan diri untuk menjenguk ke luar tingkap.....perlahan2 aku bangun dari kerusi...dan menuju ke tingkap..tiba2"Psst" itu ku dengar lagi....tapi kali ini betul2 berada di atas kepala ku....walhal aku sdh berada di hadapan tingkap masa tu...perlahan2 aku medongakkan kepala....dalam fikiran ku sudah terbayang2 kemungkinan yang pelik dan menyeramkan...



jika anda lemah semangat sila hentikan membaca yg seterusnya...!!



dan bau wangi itu kali ini semakin kuat menusuk hidung....
ooh..rupa2nya perfume dispenser!!

"Psst"!!

!hahaha..aku ketawa sendiri.....hmm mula pandang keliling..takut2 ada org perhati muka aku yg pucat tadi...kuang..kuang..kuang!

p/s..ada juga member lain yg kena..sampai dia terus balik bilik!!takkutt!!huhuhu


Comments

kin hashim said…
uwa....ngerinya!
s.a.h said…
hahahaha..suspen jer.kalo aku confirm dah lari.

Popular Posts