Tips..semarak kasih suami isteri...

1.Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium
pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya
atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)

2.Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang
paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri
berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.

3.Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda
membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter
atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan
merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)

4.Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari
sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan
mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan
anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.

5.Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi
bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan
pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat
atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda
akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.

6.Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala
pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang
hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah
satu-satunya yang ku cintai".

7.Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain,
terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda.
Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah
tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.

8.Sekiranya pasangan anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah
ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak
perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan
yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya
layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.

9.Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk
merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan
anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada
anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja
mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan
sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit
pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata `inginkan
seseorang yg dapat membantu'. Jangan la hanya ingin senang bersama,
bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di
baca apabila umurnya 40-an.

10.Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan
baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga
pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan
la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya
yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada,
jangan sekali di caci-keji.

Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..

Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi
isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami
anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat
mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak
menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting,
pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.

Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta
kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri
bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa
depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal
yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan
terhadap ekonomi rumahtangga.

Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda
hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil
menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan
suami akan merasakan kenikmatannya.

Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu
untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang
lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan
membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia
bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh
anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan
sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak
dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan
kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.


sumber:frwded email

Comments

Popular Posts