Legoland dan anak hilang
Sekolah Melayu southampton(SMS) telah menganjurkan trip ke LEGOland baru2 ni..so aku satu famly pun tak mahu ketinggalan...benefit yg aku dapat pergi secara berkumpulan ni ialah dapat tiket yang murah dari biasa..kalau harga asal kena byr GBP 36/head,tapi selepas discount grouping ni dapatlah jimat GBP 18/head.best kan!!!
TApi dalam keterujaan ni tiba2 ada satu peristiwa yang melanda aku satu family..masya Allah dah lah beribu2 manusia kat sana.tiba2 tanpa di sedari fateen hilang!!!...ya Allah jumpakan lah aku dengan anakku Fateen(doaku dalam hati sambil terus mencari)...sambil airmata ku sudah tidak berhenti2 keluar...kelibat Fateen pun tidak kelihatan...kami berpecah termasuklah Keluarga Kak Sal turut mencari.. terlintas di fikiranku..bagaimana Fateen hendak mengadu yang dia mencari aku/bapanya di bumi Mat salleh ni??..sedangkan dia cuma tahu sebut namanya itupun depends kalau kena dengan soalan yang selalu di dengar nya..masyaAllah..di mana Fateen?baru aku faham perasaan org yang kehilangan anak..baruku tahu betapa sakitnya....
tiba2 aku ternampak dari jauh kak sal seolah2 berlari ke arah sesuatu....haah..itu Fateen ..dikawasan yang sudah berkali2 ku lalui dalam masa mencari tadi an di situ juga terakhir sekali aku melihat Fateen sebelum kehilangannya..ALhamdulillah....!!ya Allah....
Terus ku peluk Fateen...Fateen masa tu tengah "happy" bermain dengan sesuatu...dan terus dia memandangku dengan penuh hairan.kenapa aku menangis sambil memeluknya....selepas ni kena ikat je lah Fateen dalam push chair...aku takkan lupakan peristiwa pahit ni sepanjang hayat ku!!
Comments